Skip to main content

Kutemui kelompok Jawa di Gronigen


Gronigen adalah sebuah bandar utara yang agak jauh dari Kota Amsterdam.  Yang hamba pernah dengar tentang bandar ini ialah semasa Fandi Ahmad, pemain bola sepak terkenal Singapura yang popular dulu pernah mewakili Kelab Gronigen FC


Gronigen adalah sebuah bandar yang kecil sahaja tak banyak tempat yang menarik di sini.


Ketika hamba sampai di sini masih awal pagi dan keadaan belum ramai orang lagi.


Di kawasan "centre"nya yang ditandai dengan susunan batu laluan kuda.  Kalau kita nak jalan ke pusat bandar atau kota di Eropah senang aja.  Tanya Google map dengan perkataan centre, central, center sentral atau apa sahaja yang semakna dengannya.


Ini macam dataran - tempat orang ramai lepak.


Basikal terdampar di mana-mana...basikal adalah kenderaan utama di bandar ini tak canggih pula ..... macam basikal buat gi kebun aja

Entah macam mana jumpa satu street yang ramai orang jawa.
"Sur...Javaans Afhaal Centrum.."

Haaa .... baru datang satu pertanyaan bagaimana orang Jawa ini boleh menetap dan berniaga di Gronigen ini.


‘Etnisminderheden’ atau allechtone adalah istilah yang digunakan bagi imigran dari negara luar yang telah menjadi warganegara Belanda. Semasa di Gronigen, hamba tersua dengan komuniti orang Jawa yang menpunyai butik dan kedai-kedai. Hamba ingin mengetahui bagaimana mereka ini boleh menetap dan menjadi warganegara di sini. 


Kalau di Malaysia terutama di Johor, ramai penduduknya berasal dari Tanah Jawa. Mereka berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu dan membuka perkampungan baru. Namun generasi terkini sudah tidak mahir berbahasa Jawa dan tidak mengamalkan budaya Jawa lagi. Namun dalam banyak hal mereka bersatu hati dan bangga sebagai orang Jawa. Agak menyedihkan juga kebanyakan mereka terutama generasi terkini telah terputus hubungan silaturahim dengan leluhur mereka dari Tanah Jawa. 


Ada juga kedai-kedai orang Jawa di sini..."Toko Melati". Kuat juga kecintaan orang Jawa ini terhadap bahasa ibundanya....

Dikatakan terdapat tiga kelompok orang Jawa di Belanda iaitu kelompok turunan Jawa Belanda, kelompok Jawa Suriname dan kelompok Jawa merdeka. 


Kelompok turunan Jawa Belanda merupakan kelompok pertama yang berhijrah ke Belanda. Generasi ini terjadi hasil perkawinan antara tuan Belanda dan pengasuh rumah tangga berbangsa Jawa di zaman Kolonial Belanda. Mereka menganggap diri mereka sebagai orang Belanda, walaupun orang Belanda sendiri menganggap mereka sebagai orang asing. 


Kelompok Jawa Suriname pula adalah orang Jawa yang bekerja menjadi buruh di lading tebu di Suriname. Mereka akhirnya menetap di situ dan bila Suriname merdeka mereka membentuk satu komuniti Jawa Suriname. Setengah-setengah daripada mereka ini berhijrah ke Belanda dan membentuk komuniti di sana. Kelompok Jawa Suriname ini, tetap merasa sebagai orang Jawa, tetapi sudah tidak merasa menjadi sebahagian komuniti Tanah Jawa lagi. 


Kelompok Jawa merdeka pula ialah mereka yang berhijrah ke Belanda dengan kemahuan dan usaha mereka sendiri. Mereka masih mempunyai ikatan silaturahim dengan leluhur mereka di Tanah Jawa. Mereka masih bangga sebagai orang Jawa.


Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...