Dinasti
Al Qatai ini lebih dikenali sebagai Dinasti Tulun sempena nama pengasas dinasti
ini iaitu Ahmad Ibn Tulun. Baginda merupakan
putra dari seorang rakyat biasa semasa pemerintahan Khalifah Al Ma’mun dari
dinasti Abbasyiah. Baginda lahir di Baghdad (Iraq)
pada bulan Ramadhan 200H (September 835M). Pada tahun 868M, Ahmad Ibn Tulun
dihantar ke Mesir dan dilantik sebagai Gabenor Al-Fustat. Akhirnya dua tahun kemudian,
baginda menjadi Gabenor bagi seluruh
negeri Mesir menggantikan ayah angkatnya yang meninggal dunia padai tahun 870M.
Ahmad
Ibn Tulun kemudiannya telah enggan mengirimkan upti tahunan ke pemerintahan Abbasiyah
dan mengisytiharkan kemerdekaan Mesir dari pemerintahan Khalifah Abbasyiah. Dinasti Tulun ini telah memerintah Mesir
selama 135 tahun. Dinasti ini bertahan hingga tahun 905M. Ahmad Ibn Tulun sendiri
memerintah dari tahun 868 hingga 884. Semasa
berkuasa Ahmad Ibn Tulun mendirikan kota kerajaan di atas bukit batu yang
disebut Jabal Yashkur (bukit Syukur) dekat dengan kawasan Muqattam di Timur
laut Al-Fustat.
Bagi mengenangi kehebatan dinasti
ini hamba telah menyusuri setiap inci bangunan masjid peninggalan Ahmad Ibn
Tulun. Masjid Ibn Thulun ini didirikan pada tahun 876 hingga 879M. Lokasinya
sekarang terletak di kawasan Sayyidah Zainab. Keunikan masjid ini terletak pada menaranya
yang mempunyai tangga melingkar sebagaimana menara Sumeria yang terkenal di
negara Iraq. Masjid ini mempunyai kawasan yang luas dengan tiang-tiang besar
dihiasi corak Khat al-Quran.
Bayangkan pada kurun ke 9, masjid ini telah ada |
Masjid
Ibnu Tulun ini juga merupakan masjid kedua
paling tua di Mesir setelah Masjid Amru Al Ash. Ahmad Ibn Tulun
membina masjid ini bagi menggantikan Masjid Amru yang terlalu sempit untuk
menampung pasukan tentera dan para pengikut Ibnu Tulun yang begitu besar. Istana
Ibnu Tulun yang diberi nama Dar Al-Imara terhubung langsung dengan masjid pada
sisi kiblat, disediakan pintu khas di sebelah mimbar sebagai pintu khusus bagi
Ibnu Tulun masuk ke dalam masjid. Pada tahun 905M, Dinasti Tulun ini ditewaskan
oleh Kerajaan Abbasyiah, dan kota kebanggan dinasti ini telah dimusnahkan
hingga rata dengan tanah kecuali yang tidak dimusnahkan bangunan masjid yang
menjadi kebanggaan Ahmad Ibnu Tulun. Luas
keseluruhan Masjid Ibn Tulun ialah 2.6
hektar. Luas bangunan masjid pula ialah 140m x 116m. Ukuran ini termasuk luas
bahagian dalam 90m x 90m. Keluasan masjid ini setara dengan Masjid Umawi di
Damsyik. Masjid Ibnu Tulun mencerminkan corak
binaan Samarra, kampung halaman Ahmad Ibnu Tulun di Iraq.
Menara Spiral di Belakang masjid |
Bangunan menara pertama masjid Ibnu Tulun
inipun dibina dalam bentuk “spiral” seperti bangunan menara pada Masjid Agung
Kota Samarra, Iraq. Keseluruhan bangunan masjid dibina menggunakan batu bata
merah yang kemudian diperindah dengan ukiran lapisan plaster simen, ukiran
dalam bentuk yang berliku liku dengan atap disokong oleh arcade di atas tiang-tiang
besar. Menara batu berbentuk spiral di bagian tengah masjid dengan Mabkhara
finial (bentuk kubah bertulang di atas struktur octagonal) dibangun dan
dibaikpulih semasa zaman Sultan Lajin pada
tahun 1296.
Tempat
wudhu di kawasan bangunan “fawara” (pancuran air) dibina oleh Ibnu Tulun telah
rosak dalam kebakaran tahun 986. Keseluruhan dinding mihrab masjid ini pula
dihiasi dengan ukiran berbahan plaster simen dan kayu serta mozaik kaca pada bahagian
atas dan panel manner pada bagian bawah mihrab. Pada bagian atas mihrab
terpahat tulisan dua kalimat syahadah menggunakan gaya tulisan kaligrafi Kufi.
Di
dalam ruang sholat utama di bahagian dalam masjid yang menghadap ke arah
mihrab, terdapat lima baris tiang seri yang membentuk ruang bagi barisan saf
solat. Terdapat lima baris ruang barisan saf ini, yang terbentuk di antara tiang seri tersebut
secara selari mengadap mihrab mulai dari garis belakang hingga saf terdepan.
Barisan tiang seri tersebut melibatkan jumlah sebanyak 80 tiang yang melintang antara
.
Berhati-hati menara spiral ini tiada grill penghadang |
Binaan
paling unik Masjid Ibnu Tulun ini adalah “menara spiral” yang terdapat di bahagian
belakang masjid. Menara spiral ini bercantum dengan bangunan utama masjid. Bahkan, untuk menaiki menaranya, setiap orang hendak
tidak hendak mesti naik ke tingkat dua
masjid dahulu. Caranya, bila saja keluar
dari pintu utama masjid, berjalanlah ke arah belakang untuk naik ke menara
spiral yang ada di luar masjid. Dari situ ada tangga menuju tingkat dua masjid dan
ke menara spiral. Tingkat dua ini merupakan ruang terbuka yang sangat luas,
tanpa tembok atau pagar, oleh itu semua pengunjung perlu berhati-hati jika tidak
ingin jatuh ke bawah.
Pesan Spitirual: Merangkak tetapi sampai lebih baik dari berlari putus di tengah jalan. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Amal yang baik, biar sikit tapi istiqamah.
Comments