Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kembara Filipina

Manila - Nostalgia Jeepney yang menjadi raja kota

Jeepney yang berwarna warni Sesuatu yang menarik perhatian di Kota Manila ialah kehadiran Jeepney yang melata membelah kota tak kira siang atau malam. Untuk ke Kiapo, sebuah kawasan pinggir kota yang didiami oleh orang-orang Islam Mindanao, hamba menaiki sebuah jeepney yang cantik ini.  Memang tak ada keselesaan, sama seperti "Angkutan Kota" di Indonesia atau kalau di Malaysia dulu "Bas Mini".  Kenderaan antik ini berasal dari 'Jeep Humphrey' iaitu sejenis tentera milik USA. Setelah Amerika meninggalkan Filipina, jeep ini telah diubahsuai di mana body nya telah dipanjangkan sehingga menjadi Jeepney sekarang ini. Kerana body-nya yang panjang, jeepney mampu menmbawa sehinga 20 orang penumpang. Bentuknya unik ini telah menghilangkan imej kenderaan berperang ini kepada seperti kenderaan mainan sahaja.  T iada pintu di bahagian depan pemandu.  Nama Jeepney ini pula pelbagai dan memberi nama dan imej yang tertentu. Selalunya nama yang ...

Kiampo Manila: Melayu Mindanao merempat di negeri sendiri

KIAMPO MANILA Meredah sebatang jalan di Kiampo Manila yang dipenuhi oleh perumahan setinggan dan didiami oleh bangsa melayu mindanao yang islam tapi miskin.  Mereka merempat di ibu kota tanpa pembelaan.  Di jalan ini di malam hari dipenuhi dengan penjual kaki lima yang menjual cd dan vcd cetak rompak secara bebas dan leluasa.  Namun hamba kagum bila melihat jemaah yang hampir penuh di masjid di sini, walau tanpa carpet atau sejadah semasa solat maghrib. berbeza dengan di negara kita yang sejadahnya lebih banyak dari jemaah. Kekuatan ini menyebabkan melayu mindanao kekal islam walau dijajah oleh spain dan amerika. Hamba hanya beli cenderahati sahaja Di sebelah Malati Manila pula, shopping complex moden mendominasi pandangan, tiada orang Melayu Mindanao.  Mereka terpinggir tanpa ada hak istimewa sebagai warganegara.  Salahkah mereka jika balik semula di daerah selatan yang sudah tentu mereka akan mendapat pekerjaan turun temurun mereka iaitu seorang p...