Saturday 25 April 2015

Palembang - Kudakapi Jambatan Ampera ketika mentari semakin hilang

Jambatan Ampera: Kudakapi kau ketika mentari semakin terbenam


 Setelah penat melihat-lihat di muzium dan tempat bersejarah di kota Palembang, aku menghirup udara segar Sungai Musi sambil melihat kecantikan Jambatan Ampera di waktu senja. 


Orang semakin ramai dengan membawa seribu satu macam ragam.

Diberitakan Jambatan Ampera adalah mercu tanda kebanggaan rakyat Palembang. 

Jambatan yang dibina merentasi Sungai Musi ini menghubungkan daerah hulu dan hilir Palembang. 
Mengikut sejarahnya jambatan ini merupakan hadiah Sukarno pada rakyat Palembang. yang dananya diambil dari dana rampasan perang Jepun. 
Jambatan ini pernah dikenali sebagai Jambatan Bung Karno, tetapi beliau tidak setuju lalu ditukar nama Ampera singkatan kepada “ Amanat Penderitaan Rakyat,” yang pernah menjadi slogan bangsa Indonesia pada tahun 1960-an.

Jambatan ini mula dibina pada bulan April 1962, dan siap pada tahun 1965. Perasmian jambatan ini telah dibuat oleh Jenderal Ahmad Yani pada 30 September 1965. Yang menariknya, itulah sumbangan terakhir bagi jenderal tersebut kerana pada subuh 1 Oktober 1965, beliau telah ditembak mati dalam peristiwa Gestapo 30 PKI.

Jambatan Ampera derita kau menentang rempuhan arus sungai Musi yang deras, tanpa penat menjadi laluan manusia sepanjang hari, namun di waktu mentari semakin menghilang dan cahaya lampu menyinar di sepanjang tubuhmu, kau tiba-tiba menjadi penyegar kepada mata dan minda yang lesu. 

Syabas Jambatan Ampera kaulah ratu di malam hari.

Tuesday 7 April 2015

Singapura - Melayu Singapura yang kukenali

Hari itu hamba jadi wakil keluarga anak saudara hamba, dalam upacara menghantar "belanja" dan nikah dengan pasangannya di Masjid Kg. Sembawang Singapura. 

Hantarannya SD 10,000.  Selepas sesi ucapan dan berbalas-balas hantaran, terus dinikahkan. 

Esoknya baru majlis walimatul urus di kawasan "apartment" di Yishun. Jarak Yishun dan Kg. Sembawang jauh jugaklah.  Naik kereta ada setengah jam.

Hamba tanya kenapa nikah di masjid ini.  Kata mereka di kampung itulah dulu mereka dilahirkan. Walaupun kampung itu tidak ada penghuni lagi, mereka secara istiqamah masih memakmurkan masjid tersebut. 

Hebat komuniti ini.  Majlis itu memang meriah, ramai yang datang.  Masih ada suasana masyarakat Melayu.  Tak benar juga propaganda yang mengatakan mereka telah hilang identiti Melayunya.

Pantai Kg. Sembawang. nun di seberang sana Kg. Senibong, Pasir Gudang. Dulu-dulu pantai ni tempat P Ramlee berlakon. Dan dulu-dulu mereka selalu bersampan sahaja untuk ke Kg. Senibong. Bukan mereka yang memisahkan diri dari Tanah Melayu tetapi ..... mereka yang telah dipinggirkan oleh abang kandungnya tanpa rela.

Motive for Action 01






Hinakah mereka kerana keberanian mereka meminta-minta?


Dilema Si Peminta 

         Semasa hamba merayau-rayau di muka bumi yang indah ini, satu subjek yang selalu hamba cari ialah insan berpakaian lusuh yang meminta-minta. Hamba mahu satu proof bahawa kemiskinan ini ada di mana-mana di muka dunia ini.

Ia bersifat universal. Kadang-kadang rasa bersalah juga kerana mengambil gambar mereka.  Satu perbuatan yang tidak beretika.  Namun ia bukan bertujuan untuk menghina mereka, hanya sebagai proof bagi observation yang saya buat. Itu sahaja. 
Si Peminta di kota Frankfurt

        Perbuatan mengemis bagi sebagian orang lebih diminati daripada kerja-kerja lainnya, kerana cukup hanya dengan menghulurkan tangan, dia boleh mendapatkan sejumlah wang yang cukup banyak tanpa harus bersusah payah. Masyarakat pada umumnya memandang bahawa pengemis itu berkeadaan tidak terurus, pakaiannya lusuh dan rambut kusut masai dengan tujuan untuk menarik simpati orang ramai. Mengemis adalah perbuatan meminta untuk kepentingan diri sendiri bukan untuk kemaslahatan organisasi atau komuniti. 
Gelandangan di kota Copenhagen

        Mengemis tidak disyari’atkan dalam agama Islam, apalagi jika dilakukan dengan cara menipu atau berdusta dengan cara menampakkan dirinya seakan-akan dalam kesulitan ekonomi, atau sangat mengharapkan sumbangan pendidikan anak sekolah, atau perawatan dan pengubatan keluarganya yang sakit, atau untuk membiayai kegiatan tertentu, maka hukumnya haram. 
Peminta sopan di kota Zagreb Crotia

Nabi bersabda; "Barangsiapa meminta-minta kepada orang lain tanpa ada keperluan, maka seolah-olah ia memakan bara api. (Hadis Riwayat Ahmad IV/165 no.17543). Walaubagimana pun terdapat beberapa keadaan meminta-minta kepada seseorang diharuskan di dalam beberapa keadaan Di antaranya ialah :
1. Ketika seseorang menanggung beban diyat (denda) atau membayar hutang orang lain, ia boleh meminta-minta sampai ia melangsaikannya, kemudian berhenti.
2. Ketika seseorang ditimpa musibah yang melenyapkan seluruh hartanya, ia boleh meminta-minta sampai ia mendapatkan keperluan hidup.
Si Peminta di kotaTianjin China

3. Ketika seseorang tertimpa kefakiran yang sangat dan dia memiliki 3 orang saksi dari orang sekitarnya atas kefakiran yang menimpanya. Orang seperti ini, halal baginya meminta-minta sampai dia mendapatkan bantuan untuk kehidupannya.
Sang Peminta di kota Milan dengan fesyenya.

Sabda Nabi yang maksudnya : "Sungguh salah seorang di antara kamu mencari kayu bakar diikat, lalu diangkat di atas punggungnya lalu dijual, itu lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain” (Hadis Shahih. Riwayat Bukhari II/730 no.1968)
 


Gelandangan "kaya" di kota  Munich