Skip to main content

Palembang - Kudakapi Jambatan Ampera ketika mentari semakin hilang

Jambatan Ampera: Kudakapi kau ketika mentari semakin terbenam


 Setelah penat melihat-lihat di muzium dan tempat bersejarah di kota Palembang, aku menghirup udara segar Sungai Musi sambil melihat kecantikan Jambatan Ampera di waktu senja. 


Orang semakin ramai dengan membawa seribu satu macam ragam.

Diberitakan Jambatan Ampera adalah mercu tanda kebanggaan rakyat Palembang. 

Jambatan yang dibina merentasi Sungai Musi ini menghubungkan daerah hulu dan hilir Palembang. 
Mengikut sejarahnya jambatan ini merupakan hadiah Sukarno pada rakyat Palembang. yang dananya diambil dari dana rampasan perang Jepun. 
Jambatan ini pernah dikenali sebagai Jambatan Bung Karno, tetapi beliau tidak setuju lalu ditukar nama Ampera singkatan kepada “ Amanat Penderitaan Rakyat,” yang pernah menjadi slogan bangsa Indonesia pada tahun 1960-an.

Jambatan ini mula dibina pada bulan April 1962, dan siap pada tahun 1965. Perasmian jambatan ini telah dibuat oleh Jenderal Ahmad Yani pada 30 September 1965. Yang menariknya, itulah sumbangan terakhir bagi jenderal tersebut kerana pada subuh 1 Oktober 1965, beliau telah ditembak mati dalam peristiwa Gestapo 30 PKI.

Jambatan Ampera derita kau menentang rempuhan arus sungai Musi yang deras, tanpa penat menjadi laluan manusia sepanjang hari, namun di waktu mentari semakin menghilang dan cahaya lampu menyinar di sepanjang tubuhmu, kau tiba-tiba menjadi penyegar kepada mata dan minda yang lesu. 

Syabas Jambatan Ampera kaulah ratu di malam hari.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...