Saturday 30 January 2016

Wednesday 27 January 2016

Skuter bersepah di Eropah

Skuter tak berapa populer di Malaysia.  yang banyak kupcai. Tetapi jika di Eropah, untuk jarak perjalananan yang dekat dan padat, mereka menjadikan skuter sebagai besi tunggangan.
Tak kisah perbezaan usia, yang tua atau remaja atau pelajar universiti mereka bergerak menggunakan skuter yang pelbagai jenis.
Perempuan pun selamba aja bawak skuter
 Ada juga yang parking sesuka hati, gambar ni dirakam di madrid,
 Gambar bawah ni, nampak skuter diparking secara tersusun
 Ada juga yang parking sesuka hati.  Orang Spain atau orang Portugal kureng sikit sifat gentlemen.
  Yang pasti skuter jenama Vespa atau Piaggio masih tetap popular di kota-kota besar Eropah.

Tuesday 26 January 2016

Paris - Ku beradu di De Bercy ketika dedaunan maplenya sedang bertaburan

 
Paris adalah kota yang seronok untuk dikunjungi berulang-ulang kali.  Masa terasa singkat berlalu kerana aktiviti yang penuh sepanjang hari.
Aku landing di De Gaulle Airport Paris di awal pagi.  kemudian aku bergegas naik train untuk ke Bercy, kawasan pinggir kota Paris.
 Biasalah kalau naik train jarak dekat ni, mata tak lepas melihat stesyen yang seterusnya sebelum sampai destinasi.
Keluar dari perut bumi de Bercy, inilah bangunan yang dilihat, suasana agak tenang. Tak banyak pergerakan.
  Apalagi kena menapaklah untuk mencari hotel yang telah dibooking online.
 Cuaca agak muram kerana hujan gerimis ditambah suhu yang mencecah 10 darjah celsius.  Jam menunjukkan pukul 5 pm.
 Menambah serabut melihat daun maple yang kekuningan bertebaran di jalan raya.  Maklumlah musim gugur...
 Mat Saleh pun takut hujan,  Baru gerimis...
 Tengok mamat Melayu ni redah aja  gerimis, no problem dah biasa.
 Akhirnya setelah merayau-rayau hampir satu setengah jam dan menapak hampir 3 km, baru jumpa hotel Kyriad.  Apa nak buat, cari hotel murah.  Tentulah tersorok dan di hujung kota. 
 Besoknya pagi-pagi dah merayau lagi.  Hotel tak sedia breakfast.  Apa lagi makan maggilah jawabnya. Maggi dari Malaysia tentunya sambil menghirup kopi Hang Tuah beli kat Myddin.
 Inilah suasana di De Bercy.  Dipenuhi dengan daun maple yang berguguran di sana sini
 Namun pemandangan di musim gugur ini memang nostalgik
 Cantik....kerana daun yang sekata bentuk dan warna. Daun maple,,
 satu yang boleh kita apply ialah tanam pokok di kota atau tepi jalan, satu jenis saja, jangan caca merba.  Campur semua pokok.  tak klasik.
 Kawasan hotel Kyriad ni memang agak tenang.  tengok gambar ni dah boleh bayang suasananya.
 Tapi kat sini ada stadium tenis paling terkenal di Paris. 
Masa aku duduk kat sini, ada pertandingaan tenis.  France Open.  Aku tengok dari luar aaja.  tak mampu beli tiket,
 
Ini bahagian belakang stadium.  Tempat player masuk.
 
hahhh.... Bercy kau tak ada apa-apa yang dibanggakan.
 Hinggakan aku terpaksa posing di bus stop sampai menunggu bas untuk ke Paris, kota metropolitan. ya Paris yang tak jemu untuk ditemui bagi sekian kalinya..