Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kembara marhaen

MAK CIK PICKERS YG KUKENALI

Mak cik yang ku kenali sejak tahun 90an ini memang mempunyai karekter yang unik. Aku mengenali ahli keluarga ini walau ada orang lain yang tak berapa ngam dengan keluarga ini. Setelah pencen, mak cik ini mula menjadi pengumpul kertas dll di tempat pembuangan sampah.  Dia seorang yang tak betah duduk diam …kerja itu dapat menenangkan hatinya Kawasan perumahan di sekeliling rumah ini semakin maju, tak jauh dari stesen LRT UPM Serdang. Kalau sahabat terjumpa mak cik pickers ini sekitar Flat Bosnia Seri Kembangan ini, hulurkan wang sedikit sebanyak untuk survival hidupnya. Lutut mak cik dah tak berapa kuat untuk memungut kertas atau botol dan lagi semakin ramai orang yang menjadi pickers ini, katanya. Semoga makcik terus sihat dan ceria.  

Busker - Seniman jalanan yang selalu disalahertikan

Busker di kota Amsterdam Satu lagi subjek yang suka hamba tekuni bila berjalan-jalan ialah seniman jalanan atau busker yang menunjukkan kebolehan mereka di pelbagai pelosok kota di dunia ini. Busker di Bergen Norway. Busker di Malaysia belum berapa popular dan diterima oleh masyarakat. Masih ada segelintir masyarakat yang menganggap busker seperti peminta sedekah. Bezanya, peminta sedekah menghulurkan tangan dan mengharapkan simpati orang ramai atau kalau tidak pun, mereka menjual tisu.  Busker di kota Beijing Busker pula bermain alat muzik sambil bernyanyi dan mengharapkan orang ramai menghargai penat lelah mereka itu dengan meletakkan wang di dalam bekas yang disediakan. Busker di kota London Busker atau pemuzik jalanan adalah fenomena yang merentasi pelbagai pelosok dunia.  Busker di Bath London Mereka mungkin berbeza dari metod persembahan, alat muzik yang digunakan, bilangan ahli kumpulan dan dan tahap usia mereka....

Jeepney - menaikki "jeep" yang penumpangnya bertemu "knee" di kota Manila

  Dasar kerajaan Filipina yang mempertahankan kelestarian Jeepney sebagai alat pengangkutan awam di Filipina terbukti tepat kerana jeepney kini menjadi ikon Filipina dan menjadi tarikan pelancung untung datang ke negara ini. Jeepney yang ada pada hari ini adalah berasal dari jeep yang digunakan oleh tentera Amerika ketika Perang Dunia II. Setelah tentera Amerika pulang, jeep ini diubahsuai untuk tujuan pengangkutan awam. Sebab itu bahagian depan jeepney berbentuk jeep tetapi bahagian belakangnya seperti bas mini. Kata Jeepney berasal dari dua kata iaitu "Jeep” (kenderaan jenis jeep) dan “ney” (knee atau lutut). Penumpang jeepney akan duduk secara berhadapan dan akan saling bertemu lutut.. Bahagian depan Jeepney terdiri dari tempat duduk pemandu dan disebelahnya ada satu tempat duduk penumpang. Sementara di bahagian belakang terdapat dua tempat duduk seperti bangku yang memanjang di kiri dan kanan. Penumpang akan duduk secara berhadap-hadapan. ...

Dilema si Gelandangan - Hinakah mereka memilih jalan hidup begitu?

Semasa hamba merayau-rayau di muka bumi yang indah ini, satu subjek yang selalu hamba cari ialah insan berpakaian lusuh yang tidur sesuka hati mereka dan kadang-kadang meminta-minta pada orang ramai yang lalu lalang. Hamba hanya mahu buktikan kemiskinan ini ada di mana-mana di muka dunia ini. Ia bersifat universal. Kadang-kadang rasa bersalah juga kerana mengambil gambar mereka. Satu perbuatan yang tidak beretika. Namun ia bukan bertujuan untuk menghina mereka, hanya sebagai eviden bagi observation yang saya buat. Itu sahaja.  Si Gelandangan di kota Frankfurt Perbuatan mengemis bagi sebagian orang lebih diminati daripada kerja-kerja lainnya, kerana cukup hanya dengan menghulurkan tangan, dia boleh mendapatkan sejumlah wang yang cukup banyak tanpa harus bersusah payah. Masyarakat pada umumnya memandang bahawa pengemis itu berkeadaan tidak terurus, pakaiannya lusuh dan rambut kusut masai dengan tujuan untuk menarik simpati orang ramai. Mengemis adalah perbuatan mem...

WC yang kutemui.

Skuter bersepah di Eropah

Skuter tak berapa populer di Malaysia.  yang banyak kupcai. Tetapi jika di Eropah, untuk jarak perjalananan yang dekat dan padat, mereka menjadikan skuter sebagai besi tunggangan. Tak kisah perbezaan usia, yang tua atau remaja atau pelajar universiti mereka bergerak menggunakan skuter yang pelbagai jenis. Perempuan pun selamba aja bawak skuter   Ada juga yang parking sesuka hati, gambar ni dirakam di madrid,   Gambar bawah ni, nampak skuter diparking secara tersusun   Ada juga yang parking sesuka hati.  Orang Spain atau orang Portugal kureng sikit sifat gentlemen.     Yang pasti skuter jenama Vespa atau Piaggio masih tetap popular di kota-kota besar Eropah.