Saturday 31 January 2015

Manila - Nostalgia Jeepney yang menjadi raja kota

Jeepney yang berwarna warni




Sesuatu yang menarik perhatian di Kota Manila ialah kehadiran Jeepney yang melata membelah kota tak kira siang atau malam. Untuk ke Kiapo, sebuah kawasan pinggir kota yang didiami oleh orang-orang Islam Mindanao, hamba menaiki sebuah jeepney yang cantik ini.  Memang tak ada keselesaan, sama seperti "Angkutan Kota" di Indonesia atau kalau di Malaysia dulu "Bas Mini". 








Kenderaan antik ini berasal dari 'Jeep Humphrey' iaitu sejenis tentera milik USA. Setelah Amerika meninggalkan Filipina, jeep ini telah diubahsuai di mana body nya telah dipanjangkan sehingga menjadi Jeepney sekarang ini. Kerana body-nya yang panjang, jeepney mampu menmbawa sehinga 20 orang penumpang. Bentuknya unik ini telah menghilangkan imej kenderaan berperang ini kepada seperti kenderaan mainan sahaja.  Tiada pintu di bahagian depan pemandu.  Nama Jeepney ini pula pelbagai dan memberi nama dan imej yang tertentu. Selalunya nama yang diberi adalah nama yang pelik.  Kebanyakan Jeepney ini di cat dengan cat yang terang, metalik yang dikrom berkilat. Dan bendaa yang penting ialah aksesori muzik yang berdentum.





Jeepney di Filipina  memang banyak, ada di mana-mana sehingga memberi sumbangan terhadap kesesakan jalanraya di Manila. Sesuatu yang menarik ialah sistem bayaran terhadap peumpang.  Tiada tiket atau pemungut wang, penumpang secara terus bayar kepada pemandu. Penumpang akan memungut wang secara kolektif dan bayar pada pemandu. Kalau ada baki bayaran, pemandu akan beri kepada penumpang tersebut dan dipanjang-paanjangkan oleh penumpang lain. Penumpang sangat sporting untuk bekerjasama.  





Menarik juga untuk mengetahui pemandu Jeepney ini tiada konduktur dan tidak pernah melihat ke belakang, hanya menjeling pada cermin sisinya sahaja.  Yang penting padanya menadah tangan ke belakang, untuk menerima wang tambang dan mengambil kembali wang baki di tangannya. 

















Saturday 17 January 2015

Puisi kembara - Musafir Lara di Angin Lalu.


LAGU MUSAFIR LARA



Kita hidup umpama musafir lara di angin lalu

Menempuh jalan yang panjang dan penuh berliku-liku

Sambil mendendang lagu-lagu rindu.

Sebelum sampai destinasi yang dituju.


Si musafir pasti tahu

Takdir untuk berhenti melara sudah tertulis di buku

Namun tidak siapa yang tahu di mana dan bila ia berlaku.


Si musafir bebas memilih dalam perjalanannya

Bisa bermain dengan dunia sepuasnya

Berlakon di pentas perhiasan atau menyanyi di padang permainan

Mengejar dunia ibarat mengejar fatamorgana di Gurun Sahara

Bak kelkatu mengejar cahaya lampu malam selepas hujan

Mati terbakar bila mendekatnya.


Si Musafir bebas memilih hidup melara mencari redha-Nya

Dunia hanya pinjaman, tempat berteduh sementara waktu.

Dunia bukan tujuan tetapi hanya keperluan.


Musafir yang bijak membawa bekal sebelum ajalnya

Tiada guna sesalan di hati jika

Tanpa iman kental saat melepasi sakaratul maut.

Tanpa meninggalkan anak yang soleh bisa mendoakan

Tanpa ilmu yang bermanfaat atau

Tanpa bekal amal yang ikhlas.


Musafir yang ceria jiwanya 

Hatinya hanya melara terkenang

Duka jika taatnya tidak diterima

Bimbang keampunan ditolak-Nya

Risau iman di tarik-Nya.

Ujian yang lain melanda tidak melarakan jiwanya.

Tempoh bermusafir itu dirasa cepat bila mengurus dunia

Panjang dan bosan bila mengurus akhirat.

Kekadang tertipu bila salah idola

Si Qarun yang gila harta disanjungi

Si Haman yang mementingkan kuasa dari kebenaran dicontohi

Mengagongkan nafsu dari segalanya.


Perhentian abadi si musafir dua tiada pertengahannya

Surga atau neraka

Bahagia atau sengsara.

Musafir ceria mengharap redha-Nya.

Musafir bahagia mendapat ampunan-Nya.



Puisi kembara - Si mata biru di tasik Hamburg

Biru tasik di pusat kota
Tempat si mata biru melepas lelah
Atau sejoli melepas rindu 
Di kesemaran rembulan
Di langit biru
Angin sejuk sepoi-sepoi bertebaran
Menikam leher dan telinga nan panjang
Si mata biru bergenang matanya
Menunggu si dia yang tidak pulang-pulang
Di kesibukan pelabuhan.
Entah sedang mengumpul wang untuk di bawa pulang
Atau mungkin menghabis wang sambil berjalang.
Hamburg
Ku catatkan di bangku tepi tasik biru mu
Aku akan datang lagi
Untuk melihat si mata biru itu
Jernih matanya dengan senyum berjela
Kerana prianya telah pulang
untuk memahat kesetiaan

Puisi Kembara - Nostalgia Tembok Maut Berlin

Zalim kau 
Kerana memisahkan
Kasih sayang satu bangsa
Hanya kerana kedegilan seorang pemimpinnya
Sisi Timurnya menjerit untuk kebebasan
Sisi Baratnya setia menunggu tanpa jemu
Kau menghalang mereka
Nyawa jadi gadaian untuk bersatu
Tembok Berlin
Kau sudah jadi sejarah
Kini kau menjadi
Lukisan terbuka yang indah
Sebagai lambang perjuangan
Kebebasan untuk
penyatuan bangsa

Puisi Kembara - Jengkelku melihat si pembelot Gronigen


JENGKELKU DI GRONIGEN


Mentari baru muncul
Ku kesejukan di Kota Gronigen
Speda bersimpang siur menuju destinasi

Mobil masih tersadai di sisi sederet rumah
menunggu tuannya yang masih berdengkur
Rumah itu bertuankan mereka yang bernama Jawa
tapi jiwanya sudah menjadi Belanda
Lari dari perjuangan rakyat
Membebas negara dengan tulang sekerat.
Si Kitul ini 
bersengkokol dengan penjarah bangsa
lalu diterima menjadi 
warga Gronigen yang aman ini.
Ku tinggalkan Gronigen
Dengan hati yang jengkel
Kesal dengan insan pembelot
Yang dilayan dengan karpet merah
di negara penjajah.

Thursday 15 January 2015

Puisi Kembara - Merantai cinta di Frankfurt Sentral

Frankfurt Sentral berbaur
antara disiplin kaum Aryan dan
gelandangan migran Eropah Timur
Keretapi peluru terus meluru tanpa penat
manusia bergerak seperti anai-anai di celah busut
Bezanya anai-anai ada hati
bulat untuk hidup bersama
Tapi Frankfurter bertebaran
menjaga kepentingan diri
Di sudut kedai kecil kebab
minah saleh yang lusuh
mencuit pejalan kaki
mohon dicampak euro
Migran tua itu letih merayu
namun tiada yang simpati
Frankfurter yang kacau
antara bangunan moden dan tua
Dilanda migran yang menumpah tuah
Namun masih ada romantisnya kota ini
mereka masih merantai cinta di jambatan tua itu
Mengenang nostalgia lama
Cinta yang tidak pernah padam
Termangga di celah-celah besi 
Jembatan kota Frankfurt.
Salam harmonis warga Frankfurt
Terimalah si migran itu dengan berlapang dada.

Thursday 8 January 2015

Sayang anak tangan-tangankan?


Bersama Famili di Songkla
Kita mempunyai "pendapat" sendiri dalam mendidik anak. Ada kata kita perlu keras terhadap anak sehingga dengan "menjegilkan" mata pun, anak sudah "menikus". Ada pula kata pendekatan secara lembut dan "reasoning" lebih berkesan. Kedua-dua pendekatan ini ada pro dan kontranya, ada keluarga yang berjaya dan ada yang gagal mengendalikan anak-anaknya.
Rasulullah s.a.w telah mencadangkan empat tahap mendidik anak iaitu:

 TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah sebagai ibubapa kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

 TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.

  TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.

  TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Wednesday 7 January 2015

Know Your Blood

BLOOD GROUP




Blood type and Rh
How many people have it?
O +
40 %
O -
7 %
A +
34 %
A -
6 %
B +
8 %
B -
1 %
AB +
3 %
AB -
1 %

Blood Type and Your Personality

According to a Japanese institute that does research on blood types, there are certain personality traits that seem to match up with certain blood types. How do you rate?

TYPE O: You want to be a leader, and when you see something you want, you keep striving until you achieve your goal. You are a trend-setter, loyal, passionate, and self-confident. Your weaknesses include vanity and jealously and a tendency to be too competitive.

TYPE A: You like harmony, peace and organization. You work well with others, and are sensitive, patient and affectionate. Among your weaknesses are stubbornness and an inability to relax.

TYPE B: You're a rugged individualist, who's straightforward and likes to do things your own way. Creative and flexible, you adapt easily to any situation. But your insistence on being independent can sometimes go too far and become a weakness.

TYPE AB: Cool and controlled, you're generally well liked and always put people at ease. You're a natural entertainer who's tactful and fair. But you're standoffish, blunt, and have difficulty making decisions.

Jika menebang pokok jangan lupa mengasah kapak.


                
                        "Melihat dunia adalah "batu asah" kepada "kapak kehidupan"



Malangnya peluang nak jalan melihat dunia hanya semasa "OLD"
ketika
masa ada, duit ada tapi tenaga kurang.....!
"TO HANDLE YOURSELF, USE YOUR HEAD.
TO HANDLE OTHERS, USE YOUR HEART"

          Once upon a time, there was a very strong man. He asked for a job from a timber merchant and he got it.  The pay was really good and so were the work conditions.  For that reason, the man was determined to do his best. His boss gave him  an axe and showed him the area where he is supposed to work.             
      The first day, he brought down 18 trees. The Boss was very much impressed  and said, "Congratulations. Go on that way! Very motivated by the words of the boss, he tried harder the next day, but only could bring down 15 trees.  The third day he tried even harder, but he could only bring down 10 trees.  
          Day after day he was bringing down less and less trees. "I must be losing my strength", he thought to himself.  He went to the Boss and apologized, saying that he could not understand  what was going on.  "When was the last time you sharpened your axe?" the boss asked.  "Sharpen? I had no time to sharpen my axe. I have been busy cutting trees.

The moral of this story:
Our lives are like that. We sometimes get so busy that we don't take time to sharpen the axe.  In today's world, it seems that everyone is busier than ever, but less  happy than ever.  Why is that? Could it be that we have forgotten how to stay sharp?  There's nothing wrong with activity and hard work. But we should not get so busy and neglect the truly important things in life, like our personal life, taking time to care for others,  Taking time to read etc. We all need time to relax, to think and meditate, to  learn and grow.  If you don't take the time to sharpen the axe, we will become dull and lose our effectiveness.  So, start from today, think about the ways by which you could do your job more effectively and add a lot of value to it. Hope this story has given you some insight to life, may you be happy always!