Tuesday 17 February 2015

Melayu mana yang pelupa?

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa 

Tiada daulat 
Tiada maruah 
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
sayang, orang melayu memang lupa

Sajak ini hamba tak ingat siapa penulisnya.  Minta izin untuk salin.......


When we are ANGRY

One day, a professor asked his students

'Why do we SHOUT instead of speak when we are ANGRY?'

All the students thought for a while. 
One answered 'Because we lost our cool. That's why we SHOUT.'
Asked the professor again, 
'But the person is just right next to you, 
why can't we talk softly but have to SHOUT?'

Everyone gave their opinions but none was accepted by the professor.
Lastly explained by the professor. 
'When we are ANGRY, our hearts drift apart. 
To mask the DISTANCE we felt, 
we instinctively SHOUT instead of speak 
so the other party can hear us.'

‘But as we SHOUT, we get ANGRIER.
And we felt we drift apart further. 
So we SHOUT even louder...'
'It is the opposite when we are in love.
Not only we do not shout, 
we whisper into each other ears. Why?'
'This is because our hearts are very close, almost never apart.
As our loves deepen, we reach a state of communication 
where there is no need for words.'
'We understand each other well enough just by exchanging look,' 

concluded the professor.
'Therefore, when we are arguing, 
DO NOT speak words that will make our hearts drift apart. 
WAIT a few days. 
When you feel your hearts are no longer far apart, 
pick up the conversation and continue from there...

Coretan pengembara - Busker yang kutemui

Aku Menyanyi Bukan kerana Nama?

Busker di Copenhagen 

Busker atau pemuzik jalanan adalah fenomena yang merentasi pelbagai pelosok dunia. Mereka mungkin berbeza dari metod persembahan, alat muzik yang digunakan, bilangan ahli kumpulan dan dan tahap usia mereka. 
Busker pada kebiasaannya membuat persembahan secara spontan di lokasi popular seperti kaki lima atau tempat tumpuan pengunjung atau pelancong.

Busker di Vienna
Mereka tidak memerlukan set lampu, pentas utama, atau siar raya yang menelan belanja berpuluh-puluh ribu ringgit dalam sesuatu persembahan, tetapi mereka lebih menumpukan perhatian terhadap bakat dan kreativiti individu.

Busker di Stockhlom
Busker sebenarnya sudah menjadi trend sejak tahun 1980-an lagi, malah dilakukan di seluruh dunia. Busker berasal daripada perkataan Sepanyol buscar yang bermaksud “untuk mencari”. Bahasa yang lebih mudah ialah mencari nama atau kekayaan melalui bakat diri yang sedia ada.


Istilah busking pula membawa bermaksud mengadakan persembahan di tempat awam, seperti bermain alat muzik, bernyanyi, menari, dan bersajak, tanpa tempahan tempat, kontrak dan bayaran tetap. 
Busker di Brussels
Prinsip bagi seorang busker sejati ialah persembahan yang mereka buat adalah untuk orang ramai dengan harapan mereka terhibur dengan persembahan itu. Sekiranya penonton memberikan tip, itu dikira bonus; jika tidak, mereka tetap menghiburkan pengunjung.



Persembahan jalanan ini mempunyai sejarah yang panjang. Menurut catatan, sejak zaman Rom lagi, busker sudah wujud. Pada ketika itu, masyarakat Rom akan membaling duit syiling untuk penghibur yang membuat persembahan. Persembahannya pula biasanya diadakan di dataran bandar atau sepanjang jalan raya. Di zaman pertengahan di Eropah menyaksikan persembahan jalanan ini semakin berkembang dan mendapat tempat hingga istana. Mereka bukan sahaja dianggap sebagai penghibur biasa, tetapi golongan yang “membantu” membuka mata rakyat dan pemerintah.
Busker di Bergen
Busker dianggap sebagai pengantara antara rakyat dengan pembesar kerana sering bernyanyi atau bersyair tentang kisah masyarakat, kemiskinan, korupsi, dan masalah sosial di sesuatu tempat itu. Yang menariknya, keluhan tersebut disampaikan dalam bentuk nyanyian yang lebih mudah mendapat perhatian orang ramai.
Bob Dylan adalah contoh busker berprofil tinggi. Beliau menggunakan saluran busking ini untuk kesedaran masyarakat tentang masalah yang berlaku dan secara terang-terangan, mengkritik hierarki politik Amerika Syarikat pada masa itu, yang turut mendapat sokongan daripada pengunjung yang mendengar dendangan lagunya. persembahan jalanan ini terus berkembang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kini aktiviti ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, malah bertaburan di seluruh dunia.

Busker tua di Beijing
Namun isu yang timbul terutama di Malaysia, ialah ada segelintir masyarakat yang menganggap busker seperti peminta sedekah. Bezanya, peminta sedekah menghulurkan tangan dan mengharapkan simpati orang ramai atau kalau tidak pun, mereka menjual tisu. Busker pula bermain alat muzik sambil bernyanyi dan mengharapkan orang ramai menghargai penat lelah mereka itu dengan meletakkan wang di dalam bekas yang disediakan.
Busker juga dianggap sebagai kumpulan “berpenyakit” yang terjebak dalam gejala tidak sihat di negara ini. Mereka tidak kurang lebih sama dengan pengemis jalanan sahaja. Persepsi telah berubah baru-baru ini bila Caliph Busker berjaya memukau rakyat Malaysia dengan suara dan bakat yang mereka ada.  Usaha seperti ini penting bagi menghapuskan stigma busker sebagai pengemis jalanan.

Thursday 12 February 2015

Iskandariah - Ku Jejaki Istana King Farouk si Gendut yang Maut di meja makan

ISTANA KING FAROUK
           
Jika kita ke Iskandariah Mesir, jangan lupa mengunjungi istana Raja Farouk yang sekarang sudah menjadi tempat kunjungan pelancung. Istana ini sangat besar dan mengadap Laut Mediteranean. 
 
 Taman bunga istana ini sekarang menjadi kawasan rehat pengunjung, untuk makan-makan atau berbual kosong.
Berikut adalah beberapa maklumat tentang bekas pemilik istana ini. 
Raja Farouk I (11 Februari 1920 - 18 Mac 1965) merupakan lepas pelajar di Akademi Tentera Woolwich, England. Raja Farouk hidup dengan kemewahan. Baginda memilikki beribu-ribu ekar tanah, berpuluh istana, dan beratus kereta mewah namun baginda tidak pernah merasa puas dengan kekayaannya. Baginda selalu melancung ke Eropah untuk membeli-belah. Baginda juga mempunyai perangai pelik iaitu suka mengambil barangan orang jika dia menyukainya. Raja Farouk pernah mengambil tanpa izin pedang istiadat Shah Iran dan jam saku berharga milik Winston Churchill. 
Ketika Perang Dunia Ke 2, Raja Farouk kerap dikritik kerana gaya hidupnya yang mewah. Baginda telah menyalakan semua lampu istananya manakala rakyat  diperintah untuk memadam semua lampu ketika pengeboman tentera Jerman-Itali. Raja Farouk telah dibenci oleh rakyat Mesir. Disebabkan oleh tuduhan salahguna kuasa dan kekalahan Mesir ketika Perang Arab Israel 1948, Raja Farouk telah digulingkan dalam satu rampasan kuasa ketenteraan pada 23 Julai 1952, diketuai oleh Muhammad Naquib dan Gamal Abdel Nasser. Perang ini menyebabkan 78 tanah Palestin telah dirampas oleh Israel dan negara Israel telah ditubuhkan . Raja Farouk terpaksa turun takhta dan disingkirkan dan hidup dalam buangan di Monaco. Selepas Raja Farouk disingkirkan, anaknya yang masih bayi diisytiharkan sebagai raja dengan gelaran Raja Fuad II. Pada tahun 1953 pemerintahan beraja dimansuhkan secara rasmi. Berakhirlah Dinasti Muhammad Ali Pasha selama 150 tahun dan Mesir diistiharkan menjadi sebuah kerajaan republik.
Walaupun hidup dalam buangan, Raja Farouk terus hidup dengan gaya mewah dan ketagihan mengumpulkan harta benda. Kegilaanya terhadap makanan lazat telah menyebabkan baginda menjadi gemuk hingga mencapai 140 kg. Pada 18 Mac1965, Raja Farouk rebah di meja makan semasa satu majlis makan malam lalu meninggal dunia. Ada dakwaan mengatakan baginda telah diracun tetapi tiada bedah siasat dilakukan ketika itu.

Raja Farouk berkahwin dua kali. Pertama dengan Permaisuri Safinaz Zulfikar (1921–1988), anak perempuanPasha dan ditukar nama kepada Farida selepas perkahwinannya. Mereka berkahwin pada 1938, dan bercerai pada 1948 mendapat tiga orang anak perempuan. Isteri keduanya adalah rakyat biasa bernama Nariman Sadek (1934–2005). Mereka berkahwin pada 1951, dan bercerai pada 1954, mempunyai seorang anak yang dikenali kemudian sebagai Raja Fuad II. Semasa dalam buangan di Itali, Raja Farouk bertemuIrma Capece Minutolo, penyanyi opera, yang menjadi temannya. Pada 2005, Irma mendakwa telah berkahwin dengan Raja Farouk pada tahun1957.
Raja Farouk berwasiat jika dia mati dikebumikan di Masjid Al Rifai' Kaherah. Permintaan ini telah ditolak oleh Presiden Gamal Nasir. Raja Faisal Arab Saudi sudi menerima Raja Farouk dikebumikan di negaranya namun akhirnya Presiden Gamal Nasir berubah fikiran dan bersetuju bekas raja itu dikebumikan di Makam Ibrahim Pasha dan bukan di Masjid Al Rifai'.

Akhirnya kutemui jua instrumen mengukur "transfer of training"

LTSI
Instrumen untuk mengukur pemindahan latihan

Statement of problem
•United States Training Industry
•$134 BILLION spent in the U.S. in 2008 (ASTD)
–Direct cost only; no trainee salaries/wages included
•Only 10 – 30% results in changed job performance
•But it gets worse…..
•Opportunity Cost:
–Research says return of 8:1 is reasonable for good training
•Add salaries and wages of trainees
•Thus, the real cost is over
•Put This Into Perspective
•U.S. government is spending this much to bail out all the banks and insurance companies
•Imagine what the loss is WORLDWIDE?
•How can we tell our CEO’s that we waste 70-90% of the money they invest?
•Why can’t we do better?

Questions
•How much training transfers into job performance in
–Your organization?
–Your country?
•Why are we content to accept such poor results?
•Training is essential in the global knowledge economy
•But, if we can’t deliver transfer, then training is wasted
•The future of the training profession depends on solving this problem
•It’s time to get serious!!!!!
 

Instrument
•Learning Transfer System Inventory (LTSI)
•Measures 16 factors
–barriers and catalysts to transfer
–factors tied to ‘leverage points’’ which are opportunities for intervention
• A diagnostic tool
•An evaluative tool
•Grounded in previous learning transfer research
•5 point Likert response scale(strongly disagree to strongly agree)
•Scales
–11 for specific training program
–5 for training in general

Tuesday 10 February 2015

Puisi kembara - Sendayan Hanyut

 Aku hanyalah sendayan hanyut
Menyusur arus ke hulu ke hilir
Menongkah arus tiada daya.
Bila hujan lebat melanda
Arus nan kuat tertahan tiada
Sendayan hanyut mengikut saja
Hasrat kuat menuju kuala
Namun nasib sudah tersurat
Sendayan hanyut hasrat tersekat
Jembatan kayu tinggal tiang sekerat
Menghalang hasrat suci

Bebas di laut lepas


mohd amin ahmad

Easy to but difficult to




Easy is to judge the mistakes of others
Difficult is to recognize our own mistakes

Easy is to talk without thinking
Difficult is to refrain the tongue

Easy is to hurt someone who loves us.
Difficult is to heal the wound...

Easy is to forgive others
Difficult is to ask for forgiveness

Easy is to set rules.
Difficult is to follow them...

Easy is to dream every night.
Difficult is to fight for a dream...

Easy is to promise something to someone.
Difficult is to fulfill that promise...

Easy is to criticize others.
Difficult is to improve oneself...

Easy is to make mistakes.
Difficult is to learn from them...

Easy is to think about improving.
Difficult is to stop thinking it and put it into action...

Easy is to receive
Difficult is to give

Easy is to read this
Difficult is to follow it


Wednesday 4 February 2015

Terimalah diri seadanya...


Saintis yang kecundang 

Suatu hari, seorang saintis yang sedang membuat kajian tentang lautan 
telah meminta seorang nelayan tua untuk membawanya ke laut. Kebetulan nelayan tua itu seorang yang pendiam yang tidak 
banyak bertanya dan tidak akan menganggu kajian yang akan dibuat. 
Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; 
selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya 
saintis itu membuat kajian dengan tekun sekali. Nelayan tua itu 
mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, 
"Hmm. Hari nak hujan." 
"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata saintis itu. 
Nelayan tua itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. 
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah saintis itu menegur nelayan tua. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?  "Hampir seumur hidup saya." Jawab nelayan itu ringkas.
"Seumur hidup kamu?" Tanya saintis itu lagi. "Ya". 
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" 
Tanya saintis itu. Nelayan tua itu hanya menggelengkan kepalanya. 
Masih tidak berpuas hati, saintis itu bertanya lagi, "Kamu tahu 
geografi?" Nelayan tua itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, 
kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata saintis itu lagi, 
"Kamu tahu biologi?" Nelayan tua itu menggelengkan kepala. "Kasihan. 
Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Saintis itu 
masih lagi bertanya. Seperti tadi, nelayan tua itu hanya 
menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 
peratus dari usia kamu. 
Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan 
dengan mendayung sampan." Kata saintis itu dengan nada mengejek dan 
angkuh. Nelayan tua itu hanya berdiam diri. 
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja 
datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan 
terbalik. Saintis dan nelayan tua terpelanting. Sempat pula 
nelayan tua itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Saintis itu 
menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus 
nyawa kamu." Kata nelayan tua itu sambil berenang menuju ke pantai. 



Learning Point 
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya 
lebih berjaya dari kita. Adalah penting untuk
mengumpulkan ilmu dan yang lebih penting ilmu itu boleh digunakan. 












Puisi kembara - Kutemui raja dalam diri yang sunyi terpinggir



RAJA TERPINGGIR DALAM KELIRUAN

Jasad, minda, emosi dan rohani 
Berkolobrasi menyusur sebuah kehidupan
Memenuhi fitrah insaniah
Saling berorganisasi untuk memenuhi tuntutan masing-masing.
Saling berpautan selagi maut belum menjemput.


Jasad menuntut juadah yang lazat bagi mengisi perut.
Minuman menghilang haus dahaga
Pakaian mengalas cuaca yang mencengkam sejuk.
Menyaluti tubuh biar dilihat seksi dan bergaya
Rumah beratap untuk berteduh dari hujan yang membasah tubuh.
Beratap genting berkolam renang sebagai simbol harta.

Minda mahu makanan ilmu
Membaca menelaah degan rakus pelbagai buku
Bermain dengan kreativiti dan inovasi.
Mendengar sesuatu yang mencabar intelek

Emosi memerlukan senyum tawa
Bersosial tanpa batasan agama
Disayangi, dimanjai dan diperlukan
Walau terjadi hubungan haram
Dihargai, disanjung dan diiktiraf kehadirannya
Emosi benci kesedihan dan duka.
Emosi menuntut nafsu yang riang ria.

Rohani terpinggir di tepi kehidupan
Terbuang dari kasih sayang
Tertendang dari perhatian
Sering kelaparan tanpa makanan
Zikir dan al Quran bak melukut di tepi gantang

Siapa raja bagi seorang insan
Yang bakal memacu ke arah kemenangan
Tempat letak segala perhitungan
Antara hambatan nafsu dan kebenaran

Hati adalah yang raja dipinggirkan
Oleh insan yang membuang kesenangan abadi
Hati yang ikhlas menjadi penimbang
Minda yang benar menjadi menterinya
Rohani yang takwa menjadi pengawalnya
Dalam jihad paling besar
Jihad menentang nafsu
Nafsu yang menjadi kuda tunggangan syaitan
Dalam meruntun insan ke lembah kehinaan.




Al Fatihah buat ayahanda tersayang.
Keikhlasan didikanmu terus mekar dalam diri ini
anakandamu mohd amin ahmad

Are you easy to .....




Easy is to judge the mistakes of others
Difficult is to recognize our own mistakes



Easy is to promise something to someone.
Difficult is to fulfill that promise...


Easy is to criticize others.
Difficult is to improve oneself...



Easy is to think about improving.
Difficult is to stop thinking it and put it into action...


Easy is to show victory.
Difficult is to assume defeat with dignity...


Easy is to set rules.


Difficult is to follow them...


Easy is to forgive others
Difficult is to ask for forgiveness


Easy is to think bad of others
Difficult is to give them the benefit of the doubt...




Easy is to make mistakes.
Difficult is to learn from them...



Easy is to talk without thinking
Difficult is to refrain the tongue

Monday 2 February 2015

Puisi Kembara - Toleran itu nadimu Brussels

Welcomie
Merentang di Zentrum Brussels
Terpacak di tiang bangunan rasmi NATO
lambang gagah militari
Kesatuan Benggali Putih

Lidi sebatang mudah patah
Lidi seberkas pasti gagah

Kesatuan untuk pertahan wilayah
Tiada apa masalah
Jika untuk melebar wilayah
Itu yang parah
Kafe bertaburan di kota ini
Penuh dengan manusia yang pelbagai
Berbual tentang keamanan

Toleran yang terus menyubur
Di celah-celah bangunan kesatuan Eraopah itu
Sayonara Brussels
NATO itu bukan kuat mu
Toleran itu yang sinonim dengan mu