Sunday 11 June 2017

Masjid Baitul Karim - Auramu masih terasa walaupun telah lama berjasa

 Memang mudah untuk ke Pulau Karimun ini, perjalanan menggunakan feri cuma 55 minit sahaja.  Boleh berulang balik jika mahu.
 Pulau ini termasuk dalam Kabuten karimun dalam provinci Kepulauan Riau.
Pulau kecil ini kira biasa-biasa aja.  kalau untuk melancung atau membeli belah macam ...... kira oklah untuk saja-saja jalan tempat orang.
Masjid paling tua di sini ialah masjid baitul Karim.  Kebetulan aku menginap di Hotel Paragon, bersebelah masjid ini.
 Bersih, kemas dan tenang masjid ini. Aku gi berjemaah maghrib di sini.  Boleh tahan ramai orang.
 Mimbar yang nampak ringkas, dan terasa ada keikhlasan di situ

 Subuhnya aku datang lagi ke sini.  Memang best solat kat sini.
 masjid yang makmur.
 Walaupun di pulau ini ada masjid Agung yang lebih besar, bangunan yang cantik, namun aku rasakan masjid ini lebih auranya. Kenapa ya...? Jom sapa-sapa ke Karimun, singgahlah masjid ini.

Wednesday 31 May 2017

Masjid Didsbury Manchester - Kutemui kau ketika namamu masih belum tercalar.

 Manchester memang bandar yang aku rancang untuk bermalam di situ.  Memang aku dah booking tiket untuk tengok bola di Stadium Old Trafford jam 8pm.  Manchester ini memang happening untuk orang Melayu berkunjung.  Memang macam lagu dengan irama, terutama dari segi makanan dan masyarakatnya yang majmuk.  Selepas meronda-ronda di Stadium Manchester City dan makan-makan nasi Arab di Curry Road, aku pun mencari masjid untuk solat jamak zohor asar.  Akhirnya aku sampai ke Masjid Didsbury ini.
 Masjid Didsbury atau dikenali sebagai Manchester Islamic Centre terletak di Burton Road, West Didsbury, Manchester.  Cantik masjid ini.  Makmur.  Ramai orang datang solat di sini.  Pelbagai bangsa dan warna kulit.
 Masjid ini asalnya sebuah gereja iaitu Albert Park Methodist Chapel.   Kapasiti masjidnya lebih kurang seribu orang jemaah.  
 Bangunan Chapel ini telah dibina pada tahun 1883.  Pada tahun 1962, chapel ini ditutup dan kemudiannya ditukar menjadi sebuah masjid.
Masjid ini dikatakan mewakili komuniti Islam yang pelbagai, tanpa mengira perbezaan bangsa atau mazhab. Masjid ini sangat aktif dengan pelbagai aktiviti. 

  Insya Allah aku akan datang lagi ke sini, mungkin ketika itu namamu sudah pulih dan harum kembali,

Tuesday 30 May 2017

Masjid Liverpool - Kau tersorok dibayangi oleh stadium yang lebih dikagumi

 Memang tak sah kalau sampai ke Liverpool, kalau tak menjenguk Stadium Anfield.  Stadium bagi peminat fanatik Liverpool.  Stadium ni memang happening.  Ramai pelancong yang nampak excited di sini.  Aku beli mafla aja, 10 pound.  lagipun aku bukan peminat Liverpool.  Zaman remaja dulu, zaman Kevin Keegan memang lah fan fanatik.  Itu tahun 1970-an. Umur belasan tahun lagi.
 Sempat juga pergi Stadium untuk kelab Everton di Goodison Park. Kelab serba biru ini agak lengang dengan pelancong. Mungkin kelab yang agak kecik dan tidak mempunyai sejarah yang hebat.
 Lepas urusan dunia tu, urusan lebih penting perlu ditunaikan. Terus waze dan cari Masjid Liverpol.  Alhamdulillah jumpa juga akhirnya.
 Masjid ini terletak di Crammond Avenue.  Berdekatan dengan kawasan perumahan.  masjid ini juga macam rumah yang diubahsuai. Hanya papantanda kuning ini yang menandakan ianya sebuah masjid.
 Yang bestnya dalam masjid ini bersih, walaupun saiznya agak kecil.
 Mimbar tempat khatib baca khutbah nampak ringkas sahaja.
 Aku solat jamak zohor asar di sini.  Alhamdulillah.
Hebat semangat orang Islam di Liverpool ini, mereka tetap memakmurkan masjid mereka.  Bagaimana masjid di negara kita....... besar dan cantik.  Semangatnya .... tepuk dada tanya selera.

Masjid Oxford - Ku sampai lewat untuk solat Jumaat di situ.













Masjid Tiban: kutemui keunikan tersendiri di sini.

Memang dalam perancangan untuk mengunjungi masjid Tiban ini.  Banyak rakan beritahu kalau berjalan ke Jawa Timur jangan lepaskan peluang untuk menziarahi masjid yang cantik, unik dan misteri ini.
Agak payah juga mencari lokasi masjid ini, kerana ianya terletak di kawasan perumahan.  Terpaksalah bertanya sana bertanya sini.
 Waktu tu dah hampir zohor, aku ambil kesempatan cari bilik air dan mandi dahulu.  Lepas tu solat dan baru melawat kawasan sekitar masjid ini. Aku solat zohor berjamaah di masjid yang sederhana besarnya.  Masjid ini tak berapa jauh dari kantin makan.  Masjid ini agak jauh dari komplek utama yang terdapat bangunan 10 tingkat itu.
Masjid Tiban ini dikatakan masjid yang misteri dan dibina oleh Kiai Ahmad pada tahun 1976. Masjid ini terletak di Jalan KH Wahid Hasyim, Gang Anyar RT 27 RW 06 Desa Sanarejo, Kecamatan Turen, Kabupaten Malang, Jawa Timur. 
Yang misterinya masyarakat tempatan menamakan masjid ini Masjid Jin. Menurut mereka masjid itu ada secara tiba-tiba tanpa diketahui bagaimana kisah pembinaannya.
Mercu kompleks Tiban ini ialah bangunan utama setingga 10 tingkat dan masih berterusan pembinaannya. Dikatakan kompleks Tiban ini bukanlah sebuah masjid tetapi Pondok Pesantren yang bernama Pesantren Salafiah Bihaaru Bahri Asali Fadlaailir Rahmah yang mempunyai makna Lautan Madu atau " Fadilah Rohmat ". 

Semasa  aku berjalan-jalan itu ada yang bercerita yang sebenarnya masjid atau  kompleks pondok pesantren ini dibina oleh pelajar dan jemaah pesantren secara beransur-ansur. Memang kalau kita naik ke tingkat 7, tingkat yang banyak kedai menjual pelbagai barang, masih belum siap sepenuhnya. Cuma tak Nampak orang buat kerja dan peralatan untuk membina bangunan dengan skala yang besar. Itu yang misterinya… 

Pondok Pesantren tersebut dibina pada tahun 1978 oleh Romo Kiai Haji Ahmad Bahru Mafdlaluddin Shaleh Al-Mahbub Rahmat Alam’.
 
 Bangunan utama kompleks pesantren ini mempunyai 10 tingkat, tingkat 1 sampai dengan 4 digunakan sebagai tempat kegiatan para pelajar pesantren, tingkat 6 seperti ruang keluarga, sedangkan tingkat 5, 7, 8 terdapat ruang niaga yang di kelola oleh pelajar wanita.

 Dikatakan rekabentuk bangunan di sini adalah hasil dari istikharah Kiai Ahmad sendiri dan sangat unik dengan pengaruh senibina timur Tengah Cina dan moden.
 memang menarik hiasan dalaman komplek masjid Tiban ini. Penuh dengan seni dan cantik...
Ku tinggalkan masjid Tiban dengan beberapa persoalan yang belum terungkai.... Unik dan tersendiri.  Lebih sesuai dikatakan tempat ini dipanggil Kompleks Pesantren Moden yang cantik dan canggih.








Monday 29 May 2017

Masjid Holloway - Ku tunaikan solat Jumaat di London.

 Sebagai peminat Arsenal United, aku tak lepaskan peluang mengunjungi stadium Emirates. Aku sampai masih pagi dan keadaan jalan agak lengang.
Aku sewa kereta Citroen Picaso.  Memang syok memandu mpv ini. Aku redah dari Heathrow ke Bath, Oxford, Birmingham, Leed, Manchester, Blackfool, Fleetwood, Liverpool dan London selama 10 hari,
 Masa nak gi Stadium Emirates tu, aku parking kereta kat Queensland Road bersebelahan stadium.  Aku tengok kosong aja. Aku kata dalam hati, kejab aja ni, lagipun awal pagi lagi.  So parking tanpa bayar. Tapi nasib memang malang, balik-balik tengok kat cermin depan kereta ada surat saman. Kena saman 130 pound.  masak dibuatnya ...... kalau convert RM. Apa lagi bayar ajalah, online.  senang aja. 
 Lepas insiden tu, mula rasa cuak nak sebarang parking. Masa nak solat Jumaat di masjid Holloway, kes sama berlaku nak cari tempat parking.  Punya susah.  Sebab tu ramai kawan suruh guna public transport saja.  Mudah beli kad Oister saja. Top up .... sentiasa.
 Masjid ni macam rumah kedai aja.  jalannya memang sibok. Banyak kedai makan halal di sini.  Sedap-sedap pulak tu.
 Tapi tak sangka solat Jumaat di sini penuh sesak.  Siap ada dua trip pulak.  
Alhamdulillah selamat.  Kereta parking tak bayar juga ... tak kena saman. Susah betul mamat melayu ni, ikut perangai Malaysia dia aja.