Skip to main content

KELUARGA RADEN DI BATU PAHAT


AKU DILAHIRKAN DI KG TANJONG SEMBERONG BATU PAHAT JOHOR. SEMASA KECIL SEMUA PENDUDUK KAMPUNG TERSEBUT BERGELAR RADIN.  MEREKA ADALAH RAKAN-RAKAN SEPERMAINAN.  DATUKKU SELALU SEBUT PERKATAAN TEBO SEBAGAI TANAH TUMPAH DARAH KAMI  SEDANGKAN GOLONGAN RADIN INI TIDAK PERNAH MENGENALI WILAYAH TEBO INI.  APA KAITAN MEREKA DENGAN WILAYAH TEBO INI?


GOLONGAN RADIN INI  HANYA TAHU MEREKA KETURUNAN SULTAN TAHA JAMBI. MEREKA MASIH MEMPUNYAI KELUARGA YANG TINGGAL DI KG TANJONG RADIN, SEBERANG KOTA JAMBI.


BARU-BARU INI, AKU MERANCANG UNTUK MELIHAT SENDIRI TINGGALAN SEJARAH SULTAN TAHA. SEMASA MELALUI KOTA TEBO, TERLIHAT TUGU DI PERSIMPANGAN JALAN
KOMPLEKS MAKAM PAHLAWAN NASIONAL SULTAN TAHA AGAK TIDAK DIJAGA DENGAN RAPI, TIDAK ADA TINGGALAN ISTANA, TIDAK ADA KAMPUNG YANG BOLEH DIKAITKAN DENGAN KELUARGA SULTAN TAHA. SENANG CERITA TIDAK CUKUP INFORMASI.

SULTAN TAHA ADALAH PAHLAWAN NASIONAL PROVINSI JAMBI. SULTAN TERAKHIR JAMBI.. KAUM KELUARGANYA MASIH ADA DI BATU PAHAT.

AKU TAK ADA DARAH RADEN, AKU HAANYA ADA DARAH GAHARA TEBO.  SEBAB ITU NAMA PENAKU AJIEMINTEB0.


AKU AMBIL KESEMPATAN MENZIARAHI MAKAM SULTAN TAHA DI MUARA TEB0 SEMASA AKU MUDIK KE DUSUN TANAH TUMBUH MUARA BUNGO.  BUNGO TERLETAK DI KAWASAN HULU SUNGAI TEBO SEMENTARA TEBO TERLETAK DI MUARA.  ZAMAN DULU WILAYAH INI DIKENALI SEBAGAI TEBO SAHAJA. 
MAKAM SULTAN TAHA



BACA SEJARAH PERJUANGAN SULTAN TAHA

PEPERANGAN SENGIT YANG BERAKHIR DENGAN TERKORBANNYA SULTAN TAHA.  MUNGKIN RAMAI NENEK-NENEK KAMI YANG BERPERANG DAN TERKORBAN BERSAMA SULTAN TAHA INI.  

KUBUR BELANDA DI MUARA TEB0











Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...