Wednesday 31 October 2012

Jungfrau, "Top of Europe", Switzland.

JUNGFRAU YANG PUTIH RAMBUTNYA

Satu purnama yang lalu hamba berada di sini, menikmati Jungfrau yang sasa, yang kepalanya dipenuhi salji putih sepanjang tahun. Hamba bandingkan dengan pemandangan awal pagi di Kundasang mengadap Kinabalu yang juga gagah perkasa. Hamba lebih kagum pada Jungfrau kerana nampak bersih, tersusun dan kemas dan hamba pasti orang asing pula akan lebih kagum pada Kinabalu yang penuh sesak dengan flora dan faunanya. Cantik itu subjektif. Subjek yang dekat dan selalu dilihat selalunya akan terlepas pandang. Tetapi subjek yang pertama kali dilihat lebih membekas di hati. Itulah manusia......




Tuesday 30 October 2012

Bandung - Kujumpai Masjid Lautze 2yang tersepit di celah Kota Bandung


        Sesuatu yang menarik ketika hamba jalan-jalan di Kota Bandung ialah 
hamba “terjumpa sebuah masjid yang unik”.  Masa itu masjid hendak ditutup sementara, hamba mohon pada nojanya untuk solat tahyatul masjid. Masjid Lautze-2 ini didirikan pada tahun 1997, dengan usaha beberapa tokoh  muslim keturunan Cina di Jalan Tamblong 27, Bandung. Dengan tempat yang hanya berukuran lebih-kurang 7 x 6 meter persegi, masjid ini hanya dapat menampung 120 jamaah shalat Jumaat.  Rekabentuk Masjid Lautze 2 Bandung merupakan gabungan antara budaya Sunda, Cina, dan Arab.  Masjid ini berwarna merah. Dinding depan masjid di hias dengan jeriji besi berwarna kuning dengan garis-garis merah. Lengkungan besar sebagai gerbang menuju pintu masuk masjid juga berwarna merah. Kubah warna merah sengaja dipasang di bahagian atas untuk membedakan bangunan masjid ini dengan bangunan di sekitarnya. Dekorasi di dalam masjid pun di dominasi oleh citarasa budaya Cina.  Strategi ini pernah dilakukan para wali songo dalam menarik masyarakat Jawa sehingga tertarik dengan agama Islam, iaitu agar para muslim Cina yang baru saja belajar Islam merasa dekat, seperti berada di rumahnya sendiri.

Friday 12 October 2012

Benua Eropah: Apa di agung bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris terpingiir di Benua Eropah.  Kesian?

12 hari berjalan-jalan secara marhaen di Eropah, memandu kereta sewa dari Milan ke seluruh pelusuk Switzland, Jerman, Austria dan Itali memberi banyak pengalaman dan pengetahuan. Yang baik jadi teladan, yang buruk jadi sempadan.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. lebih baik negeri sendiri.

Oleh kerana nak cari pengalaman secara marhaen, dua perkara yang jadi keutamaan iaitu WC dan Info. WC alias tandas sgt penting kerana sumber utk mengguna air dan tempat utk membuang air. Sukarnya utk mencari WC, sukarnya utk mencuci, berwuduk, mandi apatah lagi. WC mereka mesti kering hingga cuci najis pakai kertas saja. WC yg 24 jam hampir tiada.Syukurnya jadi rakyat Malaysia kerana WC dan air ada di mana-mana.  R&R kita memang terbaik.

Untuk meredah destinasi yang spontan memerlukan informasi yang tepat. Bayangkan dari Milan ke Como, Lugano, St. Moritz, Davos, Zurich, Interlaken, Geneva, Bern, Basel , kami bergantung pd peta dan informasi rakyat jalanan. Malangnya kebanyakan mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris. Terus ke Stuggart, Munchen@Munich dan entah apa-apa bandar kecil di Jerman, yg sukar diingat. Lebih parah semua papan tanda dalam bahasa Jerman. Masuk ke Salburg, Wein@Vienna dan Villach di Austria, keadaan yg sama berlaku. Kembali ke Venicia@Venice dan bandar lain di Italy.  Mereka juga bangga bercakap bah Italia. Mengejutkan bahasa Inggeris terpinggir di sini, ini belum masuk negara lain seperti France, Spain dll.

Apa nak dibanggakan sangat bahasa Inggeris. Kukuhkan sahaja bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa pengantara di Malaysia. Tak perlu ada bahasa lain untuk papan tanda, siaran radio, tv.  Bersatu kita dalam berbahasa.