Sekarang kecoh rakyat Malaysia bertelagah pasal hukum hakam atas beberapa isu yang di timbulkan oleh media massa dan media baru. Klu ahli politik yang bertengkar, itu perkara biasa, ini rakan-rakan yang pernah belajar disiplin agama, sebumbung di universiti lagi. Bertelagah di "group" dan akhirnya salah seorang menarik diri dan "unfriend".
Insiden seperti ini mengingatkan hamba tentang masjid Sultan Hassan, Cairo yang hamba ziarahi beberapa tahun lalu. Masjid ini berjaya menghapuskan ketaksuban mazhab dengan usaha sultan yang memerintah dan ulamak yang ikhlas perjuangannya.
Masjid Sultan Hassan, Cairo ialah sebuah masjid yang dahulunya, adalah sebuah bangunan yang istana Sultan Hassan terletak di tingkat atas dan madrasah di tingkat bawah. Masjid ini pernah menjadi lambang toleransi empat mazhab fekah yang utama di dunia. Dalam kurun ke 13 lagi ketaksuban mazhab telah berjaya diselesaikan.
Masjid Sultan Hassan, Cairo ialah sebuah masjid yang dahulunya, adalah sebuah bangunan yang istana Sultan Hassan terletak di tingkat atas dan madrasah di tingkat bawah. Masjid ini pernah menjadi lambang toleransi empat mazhab fekah yang utama di dunia. Dalam kurun ke 13 lagi ketaksuban mazhab telah berjaya diselesaikan.
Masjid ini mengandungi madrasah yang memuatkan keempat-empat mazhab ahli Sunah: Imam Syafie, Imam Maliki, Imam Hanafi dan Imam Hambali. Setiap dewan dikhususkan bagi setiap mazhab. Kawasan di antara dan di belakang setiap dewan digunakan untuk madrasah setiap mazhab, lengkap dengan laman dalam dengan pancutan air dan bilik tiga tingkat bagi kegunaan penuntut dan syeikh. Pintu masuk madrasah terletak pada sudut setiap dewan.
Masjid ini dibina berdekatan Castle City, Cairo oleh Sultan Hassan dari Dinasti Mamalik. Baginda merupakan sultan ke 19 dari pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang memerintah Mesir. Arkitek masjid ini bernama Bashir Agha. Pembinaanya bermula tahun 1356M dan selesai pada tahun 1363M. Keluasan masjid ini ialah 7907 meter persegi dan mempunyai ketinggian 37.80 meter persegi. Pada waktu pembinaannya, masjid ini dikagumi kerana saiznya dan unsur-unsur seni bena yang inovatif.
Comments