Sunday 29 July 2012

Basyar, "I believe in Syria but NOT you!

Bazar yang sibuk tp meriah di Old Damsyik

Kenangan hamba di Syria terutama mencuci mata di bazaar hamidiah yang bersejarah ini sungguh memberi bekas terutama melihat kegigihan rakyat syria dalam industri dan perniagaan walaupun dia ditindas oleh USA.  Barangan di sini lebih murah berbanding di Jordan. Namun bila memikirkan bagaimana mereka menjadi begitu nekad utk berperang sesama sendiri, hamba menjadi keliru.  Mungkin slogan di atas telah terbalik, "I not believe to Basyar."  Berundurlah jika itu yang terbaik untuk negara dan rakyat Syria.

Propaganda di Market Hamidiah Damsyik













Syria: Kutemui bumi yang redup mata memandang

Hamba bergaya di bumi bertuah ini
          Syria di ambang kehancuran, bukan kerana dihancurkan oleh zionis Israel tetapi akibat perang suara sesama Islam.  Keindahan alam sepanjang Jabir Border, Jordan ke Damsyik Syria cukup memukau mata.  Kesuburan tanahnya sungguh mengkagumkan.  Manusianya kacak-kacak dan lawa-lawa, hidung mancung-mancung dengan kulit yang putih kemerahan. Tetapi mereka sedang bermandikan darah sekarang, di mana silapnya?

Saturday 28 July 2012

Toko di Tanah Tumbuh


Deretan kedai di Kg. Tanah Tumbuh, Kabupaten Bungo, Provinsi Jambi, Sumatera, Indonesia. Agak uzur bangunannya, tidak begitu bersih namun yang penting anak Melayu Jambi yang berniaga.  Tiada kaum lain di sini. Tiada orang tionghua atau India.  Sejarah perjuangan kemerdekaan mereka yang menggunakan kekuatan fizikal melahirkan masyarakat yang tidak majmuk dan perkauman tidak menjadi isu besar.

Friday 27 July 2012

Hidangan ikan sungai dan durian Tebo

hamba, pak cik Taj, Pak Ngah mahmud dan roni
sedang menikmati durian Tebo.

Kunjugan hamba di dusun Tanah Tumbuh diraikan dengan meriah.  Suasana kehidupannya saling tak tumpah seperti kampung kelahiran hamba di kg. Tanjung Semberong, Mukim 7, batu Pahat, Johor.
Kisah kepulangan hamba ke lubuk keluarga hamba ini, adalah permulaan bagi penulisan hamba tentang "DUNIA YANG KU TEMUI".  Hamba mula memahami tentang erti sebenar bangsa Melayu dan nusantara. Melayu itu bukan hak penduduk semenanjung tanah Melayu sahaja.  Melayu di Malaysia ikut perlembagaan ditafsirkan bila salah seorangnya dari ibu bapanya berbangsa melayu, beragama islam dan mengamalkan adat-adat orang Melayu. Orang Jawa, Bugis, Banjar, Boyan, india mamak, Arab, Siam juga boleh jadi melayu.  Di Sumatera, orang melayu ialah Melayu Jambi, Minangkabau, Palembang, Riau, Kerinci, Kampar, Melayu Deli di Medan, orang Aceh, Siak dan Kepulauan Riau. Yang lain bukan bangsa Melayu.  Betullah kata Hang Tuah" Tak Hilang Melayu di Dunia." Kerana wilayah nusantara itu luas.  Kalau di semenanjung tanah melayu sahaja, mungkin melayu itu boleh hilang,  iaitu Melayu yg tulin Melayu.  Bukan Melayu Perlembagaan.

Dunia Yang Kutemui

pak ngah mahmud (kopiah putih), pak cik Tajuddin (t shirt)



Pertemuan dengan saudara mara di Dusun Tanah Tumbuh memberi erti yang besar dalam memahami hijrah ninda hamba ke semenanjung Tanah Melayu ini.  Bukan kerana merajuk, kecil hati, terpinggir atau perselisihan faham tetapi berhijrah mencari ilmu akhirat.
Hamba dan famili diraikan oleh Pak Ngah Mahmud Md Saman (Ketua Lembaga Adat Melayu Daerah Bungo Jambi) dan Pak Cik Tajuddin (Camat/penghulu Kecamatan/mukim Tanah Tumbuh).  Pak Ngah Mahmud sepupu ayahanda hamba sebelah ninda lelaki (bonda Pak Ngah Mahmud (nenek siti hajar Tais) dan ninda hamba Hj Hanafi Tais adalah adik beradik.)  Pak cik Tajuddin sepupu ayahanda hamba sebelah ninda perempuan (bonda Pak Taj, Timah Sarah Hj Ali dan ninda hamba hjh fatimah hj ali, adik beradik).  Malah wakil gabenor Jambi juga berasal dari Dusun Tanah Tumbuh.


Wednesday 25 July 2012

Dusun Tanah Tumbuh

Di tepi sungai Tebo itu, adalah sebuah dusun/kampung bernama Tanah Tumbuh.  Dusun ini sangat terkenal di Daerah Bungo Jambi.  Mengikut cerita ninda hamba, penduduk asal di sini ialah keturunan pemerintah yang melarikan diri dari jajahan kerajaan Majapahit Jawa. Adat di sini hampir serupa dengan adat minangkabau.  Kebetulan daerah Bungo ini bersebelahan dengan daerah pagar ruyung.  Mereka teguh dengan agama dan memang bangsa melayu tulin.

Dusun Tanah Tumbuh, Bungo, Jambi.

Monday 23 July 2012

TEBO TULEN

Ninda Lebai Hanafi dan ninda hjh Fatimah bin hj. Ali bin Temenggong Abdul Rahman bersama dua anakandanya, hj. Ahmad dan Ucu Saleh.  Kedua ninda hamba memang dilahir, dibesarkan dan dikahwinkan di daerah Tebo. Malah ayahanda hamba juga dilahirkan di sana dan menyeberang selat Melaka di kala umurnya baru setahun. Ucu Saleh memang dilahirkan di Tanah Melayu. Demi mengikut suami tercinta hjh. Fatimah meninggalkan banyak tanah pusaka di sana. Kedua-dua ninda hamba dan ucu hamba telah bersemadi di Tanah Melayu ini. Al Fatihah untuk mereka.

dari kanan: ninda lebai hanafi, ninda hjh fatimah, ucu, ayahanda ahmad

Saturday 21 July 2012

ajiemin tebo

sejak kecil lagi, emak akan berkata, "kena sabar" jgn ikutkan perangai tebo. perkataan yang tidak hamba fahami. namun pada tahun 2009, hamba berpeluang menjejakkan kaki ke kg tanah tumboh, Bungo, Jambi, Sumatera.Inilah tempat datuk hamba dilahirkan. Di daerah pertemuan sungai batang hari dan sg. tebo. Sg. batang hari sifatnya mengalir tenang dan sabar sedangkan sg tebo mengalir deras dan tergesa-gesa.  Maka fahamlah hamba makna perkataan tebo itu.

ninda tersyang : Lebai Hj. Hanafi Tais & hjh Fatimah Hj Ali