Skip to main content

Posts

Showing posts with the label cetusan puisi

solat Maghrib di Masjid Demak

Masjid Agung Demak ialah antara masjid tertua dan paling bersejarah di Indonesia, serta simbol awal kebangkitan Islam di Tanah Jawa. Sejarah Masjid Agung Demak Masjid ini dibina sekitar tahun 1479 M pada zaman Kesultanan Demak, kerajaan Islam pertama di Jawa. Pengasasnya ialah Sultan Raden Patah, sultan pertama Demak. Masjid ini sangat rapat dengan peranan Wali Songo (9 pendakwah Islam di Jawa). Mereka bukan sekadar membina masjid, malah menjadikannya pusat: dakwah Islam, perbincangan ulama, penyebaran ilmu, dan pentadbiran kerajaan. Keunikan Masjid Demak 1️⃣ Soko Guru Masjid ini mempunyai 4 tiang utama yang besar. Salah satunya dikenali sebagai Soko Tatal, dibuat oleh Sunan Kalijaga daripada cantuman kayu kecil — lambang kreativiti dan kebijaksanaan. 2️⃣ Seni bina Jawa-Islam Bumbungnya berbentuk limas bertingkat tiga, bukan kubah seperti masjid Timur Tengah. Ia melambangkan: Islam, Iman, Ihsan. 3️⃣ Pintu Bledeg (Pintu Petir) Pintu ukiran lama yang menggambarkan fa...

Motivasi Kembara: Pesan Imam Syafie tentang kembara @ travelling

Berkunjung ke Makam Imam Syafie di Kaherah Mesir. Merantaulah dengan Segala Daya Merantaulah sedayamu  kerana itu pesannya Imam Syafie Merantaulah kerana sesungguhnya  orang berilmu dan orang beradab  tidak akan tinggal diam di kampung halamannya. Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang. Tinggalkanlah tanahairmu  dan mengembaralah, Bermusafirlah,  nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan. Berlelah-lelahlah,  kerana manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang. Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan. Jika mengalir air menjadi jernih,  jika tidak, air akan keruh menggenang. Singa jika tak tinggalkan sarang,  tak akan dapat mangsanya. Anak panah jika tidak meninggalkan busurnya,  tak akan kena sasarannya. Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam,  tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang. Bijih emas bagaikan tanah biasa  sebelum digali dari tanahnya. Kayu gaha...

Lena dalam mimpi yang panjang!

 AKU MESTI MENULIS KEMBALI SETELAH REHAT YANG PANJANG. PENJARA C19 TIDAK MEMBANTU AKU MENJADI KREATIF AKU LENA DARI MENGELUARKAN ILHAM KESIAN BLOGKU SEPI KESUNYIAN .....