Saturday 19 December 2015

Melaka - Kususuri sungai Melaka yang lesu tapi kaya legasinya


Hujan emas di negeri orang, 
hujan batu di negeri sendiri, 
sungguh lebih baik negeri sendiri.  
Negeri yang jauh sanggup dijelajahi 
negeri sendiri tidak dilupakan.

Start jalan kaki menyusuri sungai bermula Jeti Wana.  Hidup dah lebih setengah abad baru berpeluang untuk berbuat demikian.  Dulu sekolah di Mozac Ayer Keroh, Bandar Melaka tak moden lagi. Sekarang yang sedihnya kampung melayu tradisional lama telah hampir pupus....


Menyeberangi Jambatan Pasar yang menghubungkan Kg Jawa dan Kg Hulu. Kg Jawa dahulu dikatakan kawasan paling sibuk kerana ada pasar dan stesen bas.


Masjid ini ada auranya. Singgahlah solat berjamah di sini.  Memang ada ummp.


Masjid Kg Hulu ini di bina oleh Cina Islam. Baca tulisan jawi di atas. Di depan masjid ini 
ada kuburan lama.

Masjid Kg Keling
Ini masjid Kg. Keling.  Cantik masjid ini. Solat Jumaat digilirkan dengan
masjid Kg Hulu.  Di sisi masjid ini ada kuburan.




 Mihrab masjid Kg Keling
 Dari masjid Keling jalan terus dan berjumpa dengan Kubur Hang Jebat
di Lorong Hang jebat


 Lepas tu pekena kopi O di Kedai Encik Sayyid. Banyak barang antik di sini, minat sila singgah. Dekat simpang ke Jalan Hang Jebat
(Jonker Walk)
 Jalan terus jumpa simbol kemodenan (kononnya), Hard Rock Cafe.
Yang musykilnya aku lihat ada jual arak...... Dengar cerita tempat macam ni anak melayu yang moden selalu lepak tengok rock show.
 Tinggalan Belanda... tapi yang aku tengok benda macam ni banyak di Spain dan Portugal. Kat Amsterdam atau Rotterdam tak jumpa pun....
 Ha...ha..... malu kalau nak bandingkan dengan Jam Gadang di Bukit Tinggi.
Pelik juga kau penjajah hanya berupaya membuat jam setinggi ini sahaja tentu mereka bukanlah satu kuasa yang power sangat.
 Teringat sebulan yang lalu, Lisboa yang ku jelajahi sepenuhinya
 Jalan terus kat tepi sungai, jumpa kren besar angku barang dari kapal
 Tak jauh dari situ ada Kincir Sultan.  Hebat juga kejuruteraan orang Melayu ni
 Stop kat sini. Ini kapal pemusnah kerajaan Islam Melaka.
Jengkel rasa di hati....

 Semasa menyusur balik, hayati jambatan penghubung Sg Melaka.
 Cantik pemandangan.  Teringat rumah di Bergen Norway.
Tabik kat kerajaan Melaka
 Baru puji melangit, nampak pulak rumah ni....
hai tak boleh selesaikan ke...
 Memang menarik... hilang penat jalan kaki...
 Dah sampai balik Jambatan Pasar sebagi penamat perjalananku.  
Di kiri jambatan ini ada projek pembinaan, dikatakan ownernya dari Singapura.
Tak apalah..penjajah kecil...demi kemajuan....???