Tuesday 24 May 2016

Bosnia - Kau dengan gagah bangun dari kemusnahan

Nesan tinggi yang tersusun kemas adalah lambang kepada kemusnahan jiwa yang banyak dan tidak terkawal akibat peperangan.





 


Ini kuburan non muslim

Bersemadi mereka yang samada seorang pejuang atau orang awam yang tersepit dicelah pertelingkahan
 
Bangunan-bangunan yang masih dikekalkan walaupun sudah hampir musnah untuk menjadi bukti kekejaman manusia yang sebangsa tetapi berlainan agama.  Mereka telah menjadi bidak catur kuasa besar di sekelilingnya.  kalau dilihat dari jumlah batu nesannya, sudah tentu orang islam yang teraniaya.
   


  


 Tempat kediaman juga musnah dan ditinggalkan hingga ke hari ini.  Mungkin luka jasad sudah sembuh tetapi luka di hati masih berdarah

 Apa tidaknya teman sepermainan sedari kecil tergamak menusuk benet ke perut rakannya.
 
 Kesusahan masih menghantui negara yang berpecah belah ini.
   
 
 Apartment yang masih ada kesan tembakan besar dan kecil hingga ke hari ini.





  Rumah dipinggir kampung yang terus bisu, mungkin semua penghuni telah berpindah ke alam kubur


Wahai soldadu Bosnia yang setia ...bangunlah kembali agar menjadi satu kuasa dunia di bumi Eropah seperti mana kau gagah semasa empayar Uthmaniah dahulu......

Istanbul - Menghayati kehebatan kerajaan Uthmaniah di Istana Tokapi.

 Cubaan kedua baru berjaya masuk ke Istana Tokapi ini. Hari sebelumnya berlegar-legar di kawasan taman istana yang luas, hingga tengahari,  rupa-rupanya tidak berbaloi untuk masuk ke dalam istana Tokapi separuh hari sahaja.


 Kena datang awal, sebelum jam 8 dah terpacak.
 Rupa-rupanya ramai yang datang lagi awal... apalagi masaklah jawabnya kena beratur panjang...
 Remaja yang masih bersekolah dan datang dalam kumpulan besar yang ramai datang awal
 

 Info tentang Istana Tokapi

 Akhirnya dapat masuk juga ke dalam istana
 Pelancung memang sangat ramai.  Tengok ramai yang keletihan.


 Yang lecehnya sekuriti kat sini ketat sangat.  Kat dalam bangunan tak ada peluang nak tangkap foto. Asyik kena jerit ajalah ... so banyak barang bersejarah tak dapat diambil fotonya.
  Orang yang ramai kat dalam bilik-bilik pameran.  Ini yang kat luar.
nampak macam lengang, tapi kat dalam bilik pameran sesak......
 
Dari tingkap istana kita boleh menghayai keindahan selat Bosporus... Nun daratan yang sebelah sana adalah ...Asia.  Istana Tokapi berada di tanah Eropah.
 Banyak bilik-bilik pameran .... jenuh berjalan.
 memang cantik bangunan ini.
 Tapi yang lebih menarik ialah barang-barang yang dipamerkan di sini.






 Ini bangunan Harem .... dulu kawasan larangan bagi lelaki...
 Ini jalan keluar
 

 Yang itu adalah pintu keluar



 Sempat lihat kawasan taman dalam istana

Haa.... dah keluar pun
Bye-bye istana Tokapi..... conform aku akan datang lagi...