Tuesday 30 June 2020

Mostar - Ku seberang Stari Most Bridge yang hijau air sungaimu


           Bandar Mostar sangat terkenal dengan Jambatan Stari Most binaan zaman Uthmaniyyah yang merentangi sungai Neretva. 

        Jambatan ini sangat simbolik kerana ia melambangkan keagungan kerajaan Islam Bosnia zaman silam di Mostar. 
         Sungai Neretva ini memang sangat cantik dengan airnya yang amat jernih dengan biasan warna hijau kebiruan. Sangat syahdu dan kekal dalam ingatan selamanya.
         Sepanjang perjalanan ke Mostar, pemandangannya agak tenang, kampung dan kawasan pertanian menghijau.


          Taburan penduduk tidak padat, terdapat masjid serta gereja di setiap perkampungan dilalui. Mostar di jajahan Herzegovina. Di Mostar penduduknya terbahagi kepada dua agama majoriti iaitu Islam dan Kristian. 
          Penganut Islam kebanyakannya tinggal di sebelah Timur - di kota lama Mostar di mana terdapat masjid lama tinggalan kerajaan Ottomaniyah serta Stari Most Old Bridge manakala penganut Kristian di sebelah Barat. 


        Masjid ini terletak di tengah kota Mostar dan dibina oleh Mehmed Karadjoz pada 1557. Masjid ini adalah salah satu tempat bersejarah di Mostar dan menaranya dibuka percuma untuk umat Islam, manakala pelancong bukan Islam dikenakan bayaran 4KM (BAM) bersamaan 2 Euro seorang. Masjid Koski Mehmed Pasha yang merupakan monumen terbaik pada kurun ke-17. Masjid ini sudah agak uzur dan cuma menjadi sejarah tinggalan kerajaan Ottomaniyah, yang mempunyai pancuran air Sadrvan, pusara para alim ulama, menara tinjau dan seni bina Islam di dalamnya.
        Pemandangan dari menara masjid sangat indah dan cantik! Bertentangan menara masjid, Stari Most atau dikenali Grand Stari atau The Old City Bridge of Mostar dapat dilihat dengan jelas. 
        Mostar pada waktu siang sangat tenang dan aman, manakala waktu malam, kota ini menjanjikan pemandangan agak magikal dari menara Masjid Pasha. 
        Jambatan Stari Most dibina oleh Hayruddin dengan bantuan kewangan Sultan Suleyman dari kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1566. Binaan ini menggantikan jambatan kayu lama yang digunakan oleh penduduk tempatan.  Semasa pemerintahan Sultan Yavuz Selim I (1512-1520), sebuah masjid dibina berdekatan Jambatan Stari Most. Jambatan ini salah satu simbol negara Bosnia Herzegovina dan cerita keunikannya terdapat dalam puisi dan lagu seniman tempatan dan luar negara. Terjun dari jambatan merupakan acara tradisi masyarakat, dipercayai berlangsung sejak pertama kali ia dibina. 
        Pada 1992, jambatan ini mengalami kerosakan akibat perang dan pada 9 November 1993, ia runtuh dan musnah mengalir ke dalam sungai Neretva. Pihak UNESCO membinanya semula pada 1997 dan Jambatan Stari Most dibuka kepada orang ramai pada 23 Julai 2004, setahun kemudian ia diwarta sebagai tapak warisan dunia.

        Berhampiran Jambatan Stari Most, terdapat Muzium Herzegovina, Muzium Stari Most, Galeri Seni dan bazar hasil buatan tempatan. Para pengunjung dapat mengetahui lebih dekat mengenai sejarah Bosnia Herzegovina, etnik dan pelbagai lagi di tempat ini.

Monday 29 June 2020

Cikampek - Kutemui damai dicelah lautan manusia

Satu hari, bro Zali ni ajak-ajak ayam kat aku, ajak gi Jakarta ada ijtima' ulamak kat sana.  Entah macam mana tanpa fikir panjang secara spontan aku kata ok aja, kebetulan tengah semester break. Aku ni jenis campur semua orang tak kira apa dia punya fikrah.  Muslim itu bersaudara!
Kami bertolak ke Jakarta dengan penerbangan KLM Airlines ke Jakarta yang agak selesa. Di airport kami dapat satu kereta sapu APV Suzuki, yang tahu destinasi yang kami tuju iaitu di Cibubur Jakarta.  
Setelah setuju dengan harga kami pun bergerak, sendat dengan 7 orang penumpang.  
Akhirnya setelah bertanya beberapa kali, akhirnya kami sampai ke tapak ijtima Cikampek, iaitu bekas tinggalan industi kereta Timur milik anak Presiden Suharto. Masa tu jam 1 pagi.
Subhanallah, ramainya manusia.  
Ada yang dah sampai dulu, ada yang masih datang dari seluruh pelusuk Indonesia

Ada yang sedang berjalan berduyun-duyun dalam kumpulan tertentu menuju ke tapak ijtima. 
Sampai di sana kami disambut oleh petugas dan ditunjukkan tempat kami, iaitu tempat khas untuk jemaah foreign. bagus khidmat mereka.  Ikram...
Kami lihat tapak berbumbung sudah dipenuhi jamaah.  Ini muka-muka yang bukan orang Indonesia


Ini ruang untuk tidur dan berehat untuk kami dari luar Indonesia
Khusyuk mendengar bayan dari para maulana
Haaa... inilah bilik lima bintang untuk jemaah luar negara
Kami diberi layanan istimewa jika dibandingkan dengan jemaah tempatan. Itulah hak tetamu.
Syok dan bersemangat mendengar bayan dari mereka yang bermujadah dalam hidup

Sungguh menyentuh bayan-bayan yang diberikan oleh para maulana yang hebat-hebat. 

Memang ramai Jemaah Indonesia yang hadir.  Mungkin kira-kira antara 50,000 - 70,000 orang. 
Anehnya kesesakan manusia itu tidak dirasakan..... tenang aja.  Beza kalau masuk stadium......
Dengan tandas yang kurang, mereka masih boleh bersabar dan duduk dengan tekun dan khyusuk.
Sering juga aku meronda keliling tapak ijtima ini.  Cuba bayangkan jika anda berada disini selama 5 hari.
Tempat berwuduk
Mandi di sungai tiruan
Tandas. Sungguh berdisiplin dan tertib menunggu giliran.
Tempat memasak. Makan seadanya sahaja.  tapi cukup dan sedap..
Kawasan bersantai.  Berjalan-jalan dipetang hari, sambil mencari kenalan baru.
Walaupun penuh dengan manusia dan serba kekurangan tapi ada ketenangan di sini. Jom joint ramai-ramai di lain masa, di lain tempat dan di lain kesempatan.

Sunday 28 June 2020

Keraton Jogjakarta: Terpegunku dengan slogan "takhta untuk rakyat"

 
Sultan Hamengku Buwono ke 9
Sesuatu yang sungguh menyentuh jiwa, bila seorang raja sanggup berkorban untuk mengorbankan kedudukannya demi kepentingan rakyat.

Sultan Hamengku Buwono ke 9
 Gabenor Daerah Istimewa Jogjakarta yang pertama dan Timbalan Presiden Indonesia yang kedua.  Beliaulah yang telah menyerahkan Jogjakarta sebagai sebahagian dari Republik Indonesia.  Slogan beliau "Takhta untuk Rakyat".

Nota penyerahan kerajaan Jogjakarta sebagai sebahagian dari wilayah Indonesia.
1945. Sampai sekarang Gabenor Jogjakarta adalah dari keturunan Hamengku Buwono.
Nota tulisan tangan Sukarno sebagai tanda terima kasih atas kesudian Jogjakara menjadi sebahagian wilayah Republik Indonesia.
Seorang raja dengan semangat patriotik yang tinggi,
"Walaupun saya telah mengenyam pendidikan barat yang sebenarnya, namun pertama-tama saya adalah dan tetap adalah orang Jawa" - Sultan Hamengku Buwono ke 9

Logo keraton Jogjakarta

Sri Sultan Hamengku Buwono I adalah pendiri kesultanan Jogjakarta. Nama sebenar beliau ialah Bendara Raden Mas namun beliau lebih dikenali sebagai Pangeran Mangkubumi. Sejak kecil beliau sangat berminat dalam seni mempertahankan diri, mahir berkuda, taat beribadah dan dalam masa yang sama kuat menjunjung nilai-nilai budaya Jawa.

Masuk-masuk aja, ada iringan muzik gamelan

 Dikatakan Pangeran Mangkubumi taat berpuasa Isnin-Khamis, sholat lima waktu dan juga mengaji Al Quran. Beliau juga suka mengembara dan mengadakan pendekatan dengan masyarakat, serta memberikan pertolongan kepada yang lemah. 
 
 Para pegawai istana lengkap dengan pakaian tradisi.

Karisma ini membuatkan beliau ramai pengikutnya.
Pangeran Mangkubumi membenci penjajahan dan campurtangan Belanda ke atas istana Mataram. 

Istana Sultan.  Kawasan larangan

Beliau akhirnya keluar dari istana dan memulai serangan terbuka terhadap Belanda. Pada akhir tahun 1749, Belanda telah mengambil alih kerajaan Mataram.



Pangeran Mangkubumi sangat marah lalu kembali menyerang Belanda dengan sengitnya. Belanda hampir kalah lalu mengadakan rundingan dengan Pangeran Mangkubumi pada 23 September 1754. 

 Hasil rundingan yang dikenal sebagai Palihan Nagari itu terbentuklah Kesultanan Jogjakarta


  Pada 13 Mac 1755, Pangeran Mangkubumi telah ditabalkan sebagai raja pertama Ngayogyakarta Hadiningrat dengan gelar Sri Sultan Hamengku Buwono I. Keturunan ini sekarang ialah gabenur Jogjakarta Sultan Hamengku Buwono ke 10.  Panjang sejarah keturunan Hamengku Buwono ini.

 Istiadat pemakaman Sultan Hamengkubuwono 9


Sultan Hamengku Buwono ke 10 dan Gabenur Jogjakarta sekarang