Kerajaan Uthmaniah merupakan sebuah Empayar Islam yang kuat selepas jatuhnya kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiah. Kemuncak kejayaan kerajaan ini ialah penaklukan kota Konstantinapol oleh sultan Muhammad al-Fatih pada tahun 1454M, kota tersebut kemudiannya dijadikan ibu kota kerajaan Uthmaniah dengan nama barunya Islambul. Kerajaan Uthmaniah bertahan selama 600 tahun dan mempunyai sultan seramai 36 orang.
Sultan Abdul Hamid Kedua adalah Amirulmukminin yang terakhir. Baginda telah dilahirkan pada hari Rabu, 21 September 1842. Nama penuhnya adalah Abdul Hamid Khan Bin Abdul Majid Khan. Ia adalah putera dari Sultan Abdul Majid (dari isteri keduanya) Ibunya meninggal dunia ketika baginda berusia 7 tahun. Ketika Abdul Majid ayahnya meninggal dunia, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah. Sultan Abdul Aziz yang tidak lama berkuasa. Dia dipaksa keluar dari kekuasaan dan kemudian dibunuh oleh musuh-musuh politik Uthmaniah. Penggantinya adalah Sultan Murad, anak Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada kuasa dalam masa yang singkat kerana didapati tidak berkemampuan memerintah. Pada 31 Ogos 1876 (1293H) Sultan Abdul Hamid dilantik menjadi Khalifah dengan disertai bai’ah oleh umat Islam. Beliau berusia 34 tahun ketika itu. Khalifah Abdul Hamid menyedari, bahawa ketika pembunuhan bapa saudaranya, dan juga perubahan kepimpinan yang cepat adalah merupakan satu konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Islam.
Peribadi Khalifah Abdul Hamid telah dikaji hebat oleh ahli sejarah. Beliau diberikan kepimpinan sebuah negara yang sangat besar yang ketika itu dalam keadaan tenat dan tegang. Beliau menghabiskan lebih 30 tahun dengan konspirasi dalaman dan luaran, peperangan, revolusi dan perubahan yang tidak berhenti. Kejatuhan Khalifah Uthmaniyah tiba kemuncaknya apabila Sultan Abdul Hamid mengagalkan perancangan Yahudi untuk menduduki Tanah Palestin. Pada tahun 1901 banker Yahudi, Mizray Qrasow dan dua pemimpin berpengaruh Yahudi yang lain datang untuk melawat Sultan Abdul Hamid, mereka menawarkan untuk:
1) Membayar SEMUA hutang negara Uthmaniah.
2) Membangunkan Tentera Laut negara Uthmaniah.
3) 35 Juta Golden Leeras tanpa bunga untuk menunjang kemakmuran negara Uthmaniah.
Sebagai ganjaran untuk;
1) Membenarkan orang Yahudi untuk melawat Palestin pada bila-bila masa mereka kehendaki, dan tinggal selama yang mereka inginkan "untuk melawat tempat-tempat suci."
2) Membenarkan orang Yahudi untuk membina penempatan tempat tinggal mereka, dan mereka mahu berada berhampiran Jerusalem (Baitulmuqaddis).
Sultan Abdul Hamid menolak tawaran itu malah enggan bertemu dengan mereka. Baginda menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha, dan ini jawapannya
"Katakanlah kepada orang-orang Yahudi yang tidak bersopan bahawa hutang negara Uthmaniyah tidak memalukan, Perancis mempunyai hutang dan yang tidak ada kesannya. Baitulmuqaddis menjadi sebahagian dari tanah Islam ketika Umar Bin Alkhattab mengambil kota itu dan saya TIDAK akan memalukan sejarah Islam menjual tanah suci kepada Yahudi dan TIDAK akan mengkhianati tanggung jawab dan kepercayaan yang diberikan oleh orang-orang saya. Yahudi boleh simpan wang mereka, Uthmaniyah tidak akan bersembunyi di dalam istana yang dibina dengan wang musuh-musuh Islam."
Dia juga menyuruh mereka pergi dan tidak akan kembali lagi untuk bertemu dengannya.
Orang Yahudi tidak berputus asa, kemudiannya pada tahun yang sama, tahun 1901, pengasas Zionist, Theodor Hertzil melawat Istanbul dan cuba bertemu Sultan Abdul Hamid. Baginda telah menolak untuk bertemu dengannya dan ia memberitahu Ketua Majlis Menteri "
"Nasihatkan Hertzil supaya tidak lagi mengambil langkah lebih lanjut dalam projek itu. Aku tidak boleh memberikan segenggam tanah kerana tanah ini bukan milik saya, itu untuk semua Bangsa Islam. Orang Islam telah berjuang berjihad demi tanahini dan mereka telah disiramkan dengan darah mereka. Orang Yahudi boleh menyimpan wang mereka yang berjuta-juta itu. Jika Kerajaan Khalifah Islam suatu hari hancur kemudian mereka akan boleh mengambil Palestin tanpa sebarang harga Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih suka membenam pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dibahagi-bahagikan dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini adalah sesuatu yang tidak akan, aku tidak akan membiarkan memotong tubuh sendiri sementara kita masih hidup. "
Al Fatihah untuk Amirul mukminin terakhir |
Comments