Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kembara Jambi

Ikhtikaf di Masjid Seribu Tiang di Kota Jambi

Jika kita berkunjung ke Kota Jambi salah satu ikon bagi "kembara religi" ialah Masjid Agung Al Falah. Masjid ini terletak di  alamat No. 60, Jalan Sultan Thaha, Kelurahan Legok, Kecamatan Telanaipura, Kota Jambi.  Namun nama yang lebih popular bagi masjid ini ialah "Masjid Seribu Tiang”.  Sebutan seribu tiang ini lahir dari para pendatang yang singgah dan sholat di masjid ini dan melihat begitu banyak tiang penyanggah bangunan masjid tanpa pintu dan jendela ini. Masjid ini juga tidak mempunyai dinding. Lokasi Masjid Seribu Tiang ini adalah dulunya merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu Jambi. Istana sultan juga terletak di sini. Namun apabila penjajah Belanda berjaya menakluki Kota Jambi ini pada tahun 1885, mereka mengambil alih tempat ini sebagai pusat pemerintahan mereka.  Masjid Seribu Tiang ini dibina di tanah bekas Istana Tanah Pilih milik sultan Jambi iaitu Sultan Thaha Syaifudin.  Musnahnya pusat pemerintahan di Tanah Pilih ini bermula apabila pada...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...

Kutemui Pak Ngahku, di Balai Adat kabupaten Bungo Jambi.

Setelah merancang agak lama, akhirnya aku dan ibu serta keluarga kakak ku berjaya juga menjejakkan kaki ke tanah kelahiran arwah ayah di Dusun Tanah Tumbuh, kabuten Bungo, Jambi. Kami bermalam di rumah pak ngah Mahmud dan isterinya Hjh Fatimah, di Bungo. Kami tinggal 4 hari di sini.  Kami berjumpa ramai saudara mara di sini. Atuk dan nenek memang asal Tanah Tumbuh. Pak Ngah Hj Mahmud, seorang yang dikenali di sini, beliau masih menjalankan tugas sebagi Ketua Adat Kabupaten Bungo. Inilah model rumah asli jambi di Bungo. Rumah ini juga macam muzium mini. Pak Ngah Mahmud yang masih segak, sihat dan bergaya walaupun berusia 70an. Emak Hj Mahmud bernama hjh Ramlah Tais dan atuk kami, Hanafi Tais adik beradik. Bersama Abang Aziz yang memang berhasrat utuk datang ke Bungo.  Pak Ngah Mahmud telah beberapa kali datang ke rumah Abg Aziz di Shah Alam.  Semoga ikatan kekeluargaan kami dalam rahmat Allah jua.

Bungo - Ajiemintebo mudik ke dusun Tanah Tumbuh

Pada 21 hingga 26 November 2015 yang lalu aku bersama isteri, anak dan emakku telah bertandang ke kampung asal arwah ayahku iaitu Dusun Tanah Tumbuh, Kecamatan Tanah Tumbuh, Kabupaten Bungo, Provinsi Jambi, Sumatera, Indonesia. Ini adalah kunjungan kali ke dua bagiku.  Masih ramai saudara mara di Kabuten Bungo dan Tebo.  Ada yang telah tinggal di kota Bungo atau Kota Jambi dan masih ada yang tinggal di Dusun Tanah Tumbuh lagi.  Selain mengukuhkan ikatan silaturrahim, aku dapat menghayati dan menyelami kehidupan masa silam leluhurku. SUNGAI/BATANG TEBO MENGALIR LESU YANG MENJADI NADI BAGI DUSUN TANAH TUMBUH Sejarah Dusun Tanah Tumbuh Kabupaten Bungo, Provinsi Jambi Asal-usul Nama Nama “Tanah Tumbuh” menurut cerita lisan masyarakat setempat merujuk kepada: Kawasan tanah subur yang “menumbuhkan” tanaman dengan baik Atau wilayah yang mula didiami dan berkembang sebagai penempatan baharu (tanah yang “tumbuh” kehidupan) Ia mencerminkan fungsi awal dusun...