Tuesday 28 August 2012

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.


Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi. Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut.
Ia didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.  
Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki kota Damsyik  mesti  melalui tujuh pintu utama yaitu Bab Syarqi, Bab Jabiyah, Bab Kisani, Bab Shaghir, Bab Touma, Bab Janiq, Bab Faradis.(kesannya masih ada sehingga sekarang).  Kekuasaan Islam sampai ke kota Damsyik pada tahun 14 Hijriyah (653 M). Ketika itu panglima Islam Khalid bin Walid memasuki kota Damsyik dari Bab Syarqi dan Amru bin Ash memasuki dari Bab Touma. Sementara pasukan Islam di bawah komando Sharbabil melalui Bab Faradis, Abu Ubaudah dari Bab Al-Jabiyah dan Yazid bin Abi Sofyan pula dari Bab Shaghir.
.
.Sejak Islam masuk ke Damaskus umat Islam dan Kristian bersepakat untuk membahagi tempat ibadah tersebut menjadi dua bahagian, sebelah timur Masjid dan sebelah barat Gereja. Mereka beribadah secara bersama-sama dalam suatu tempat yang hanya dipisahkan oleh dinding pemisah. Umat Islam mengumandangkan azan, sedangkan Kristian membunyikan lonceng. Keadaan ini berlaku kurang lebih 70 tahun iaitu sehingga tahun 705 M.  Sehinggalah  Khalifah Al Walid bin Abdul Malik berfikir untuk membangunkan sebuah Masjid yang megah sesuai dengan keperluan kaum Muslim dan pemerintahan Islam waktu itu. Berdasarkan hasil musyawarah antara kedua belah pihak (Islam dan Kristian) maka sebagai gantinya Khalifah mengizinkan dibangunkan gereja-geraja di daerah Bab Touma dan sekitarnya. Selepas itu sekitar 10 tahun berdirilah Masjid Umawi yang besar dan megah dengan ukuran panjang 150 m dan lebar 100 m.  Di dalam masjid ini juga terdapat empat buah Mihrab (ruang imam) yang mana suatu ketika dahulu mereka bersembahyang mengikut mazhab masing-masing.  Di bagian Timur Masjid ini juga terdapat makan Nabi Yahya AS yang diyakini hanya kepalanya saja yang dimakamkan di sana.
PESAN SPIRITUAL:  Pesan Sheikh Daud Al Fatani; "Nafsu itu terlebih jahat daripada 70 syaitan!  Syaitan dapat ditewaskan dengan IKHLAS.  Sedangkan berperang melawan nafsu memerlukan kita "mengekangnya" dengan TAKWA!"

Monday 27 August 2012

Masjid GEDHE Jogjakarta yang antik


                                         MASJID GEDHE KAUMAN JOGJAKARTA                                           


Keraton Sultan Jogja
            Setelah penat menziarahi Keraton Sultan Hamengku Buwano ke 11, Gabenor Jogjakarta masa kini, hamba mahu kembali ke Malbioro untuk berglosir. Sambil berjalan kaki itu, hamba singgah sebentar ke sebuah masjid yang nampak sederhana sahaja. Masjid itu bernama Masjid Gedhe Jogjakarta. Masjid  tertua yang dibina oleh Kerajaan Islam Ngayogyokarto Hadiningrat atau Kasultanan Jogjakarta. Masjid Gedhe dibangun oleh Sri Sultan Hamengku Buwana I Senopati ing Ngalogo Abdurrahman Sayidin Panatagama Kalifatullah ing Ngayogyokarto. Masjid Gedhe didirikan pada tanggal 29 Mei 1773 ( dalam prasasti : Pada hari Ahad Wage, 6 Robiul’akhir tahun Alip, sengkalan :“GAPURA TRUS WINAYANG JALMA” ( 1699 Jw.=1187 H=1773M). Arkiteknya bernama  Kyai Wiryokusumo.

Masjid Gedhe Jogjakarta
        
            Sri Sultan Hamengku Buwana I sebelum jadi raja, ia seorang muslim yang taat mengerjakan solat, puasa wajib dan puasa Isnin Khamis. Beliau sangat berani dalam hal-hal  amal makruf nahi mungkar seperti membenteras kemaksiatan, menegakkan keadilan dan kebenaran, serta melawan penjajahan. Ketika perang gerilya melawan Belanda, ia mumbuat pos-pos kawalan untuk pasukannya dilengkapi dengan Mushola. Oleh karena itu, maka ketika Sri Sultan Hamengku Buwana I jadi raja, maka di samping membangun keraton, ia pun juga mengutamakan membangun masjid jamek, sebagai tempat ibadah raja bersama rakyatnya. Dengan demikian, maka pada tahun 1773 M, Sri Sultan Hamengku Buwana I berhasil membangun masjid yang diberi nama awal dengan Masjid Gedhe, kemudian masjid itu dikenal pula dengan nama Masjid Agung, dan Masjid Besar, pada akhir ini ditetapkan sebagai Masjid Raya Daerah Istimewa Yogyakarta. Adapun letak Masjid Gedhe di sebelah barat laut Kraton Jogjakarta.     

Posing di depan masjid Gedhe Jogja

        Dalam rangka memakmurkan Masjid Gedhe, kepengurusannya dipegang oleh Penghulu Kraton, dibantu oleh Ketib, Modin, Merbot, dan Abdi Dalem Pamethakan serta Abdi Dalem Kaji Selusinan dan Abdi Dalem Barjamangah. Mereka itu sebagian ditempatkan di lingkungan sekitar Masjid Gedhe, yang kemudian berkembang menjadi sebuah kampung bernama Pakauman ( tempat para Kaum = Qoimmuddin = Penegak Agama ). Dengan demikian Masjid Gedhe menjadi makmur, sebagai pusat berjama’ah dan juga menjadi pusat pengkajian serta pengadilan agama Islam di Jogjakarta. Masjid Gedhe Kauman Jogjakarta mempunyai ciri-ciri tradisional Jawa, iaitu beratap tumpang tiga, dengan mustaka menggambarkan daun kluwih dan gadha. Arti makna atap tumpang tiga ialah tahap kehidupan manusia dari Hakekat, Syari’at, dan Ma’rifat, kemudian makna daun kluwih adalah Linuwih= punya kelebihan yang sempurna, dan Gadha berarti tunggal= menyembah Tuhan Yang Maha Esa, makna keseluruhan ialah bila manusia sudah sampai Ma’rifat, hanya menyembah kepada Allah Swt. yang Tunggal ( taukhid ), maka manusia itu punya kelebihan kesempurnaan hidup. Dengan demikian siapa saja yang ikhlas ke masjid untuk ibadah kepada Allah Swt., maka akan selamat dunia akhiratnya.


Pesan spiritual:  Dunia ini negeri khidmat dan ibadat bukan negeri untuk mengambil nikmat dan syahwat.

Saturday 25 August 2012

Mekah - Jabal Uhud yang perkasa

berlatar belakangkan Jabal Uhud yang perkasa
Sejarah hebat yang pernah tercatat dalam sirah Nabi.  Di sinilah berlakunya perang Uhud yg mashur itu.

Bukit Pemanah yang tetap setia walaupun pasukan pemanah itu turun meninggalkannya.

Yang menariknya, jemaah negara lain ada buat tazkirah di tempat strategik ini, selain dapat menghayati suasana, dapat pula muhasabah diri dan mendapat "ibrar" di sebalik peristiwa yang berlaku.  Jemaah dari Tanah Melayu cuma dengar kisah ini dalam bas dari "tour guide" sahaja. Sekadar mendapat ilmu!

Pesan spiritual:        Pesan Buya Hamka, "Orang yang berakal ialah orang yang tahu di mana kekurangan dirinya, lalu berusaha memperbaikkinya."

Friday 24 August 2012

Princess Sumaya University for Technology

PSUT Amman, Jordan dalam kenangan
Universiti yg moden khas utk pembangunan ilmu dan kemahiran teknologi bagi pelajar Jordan.  Terletak bersebelahan dengan Universiti Jordan di Amman.  Universiti ini dinaungi oleh keluarga diraja Jordan.

Pesan Intelektual:  "Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada pengikut-pengikut kamu yang terdiri daripada kalangan orang yang beriman." (Al Syu"arak: Ayat 215).

Wednesday 22 August 2012

Beijing Foreign Studies University

BFSU ; Beijing Foreign Studies Universiti


Universiti yang penuh sesak dengan pelajarnya. Agak menarik kerana ada pelajar Cina yg belajar bahasa Melayu di sini.  Salah seorang tenaga akademiknya ialah Dr Awang Sariyan ketika beliau belum menjadi boss DBP.  Bahasa Melayu memang telah diterima sebagai salah satu bahasa utama dunia.  Cuma orang Melayu "perlembagaan" sahaja yang tidak tahu menilainya.

Pesan Intelektual:  Belajarlah! Tak ada bayi yang  begitu lahir langsung menjadi ilmuan, dan tak sama antara orang yang berilmu dan orang bodoh.  Sebesar apapun sesbuah negara, ia akan bernilai kecil jika penduduknya tak berilmu.  sekecil apapun sesebuah negara, akan lebih kuat bila penduduknya berilmu.

Universiti Brunei yang cantik


Photo kenangan ketika mengunjungi perpustakaan Universiti Brunei Darus Salam.  Mana-mana library di IPT kelihatan mempunyai pandangan yang sama.  Kemas, cantik, tersusun, bersistem tetapi kurang dikunjungi oleh manusia. Jika adapun tidak ramai jika dibandingkan dengan nisbah buku dan kerusi yang ada.  Mereka lebih suka melayari "library" internet. Bagaimanakah caranya untuk kita mengatasi fenomena ini.  Library kena cari formula baru dan think out of the box.

Pesan intelektual:  Pesan Imam Syafie, "Takkan kau dapatkan ilmu, kecuali dengan enam hal, kecerdasan, semangat keras, rajin dan tabah, ada biaya yang cukup, bersahabat dengan guru dan waktu yang lama.

Sunday 12 August 2012

Bandung - Bersolat Jumaat di Masjid Raya Bandung yang berciri Sunda

Selesai solat Jumaat, peniaga sudah mula pulang
Masjid Raya Bandung, yang dulu dikenal dengan nama Masjid Agung Bandung adalah sebagai masjid provinsi bagi Jawa Barat. Masjid ini pertama dibina tahun 1810, dan sejak didirikannya, Masjid Agung telah mengalami lapan kali pengubahsuaian pada abad ke-19, kemudian lima kali pada abad 20 sampai akhirnya direnovasi lagi pada tahun 2001 sampai sampai perasmian Masjid Raya Bandung 4 Jun 2003 yang diresmikan oleh Gubernur Jabar saat itu, H.R. Nuriana. Masjid baru ini, yang bercorak Arab, menggantikan Masjid Agung yang lama, yang bercorak khas Sunda. Masjid Raya Bandung, seperti yang kita lihat sekarang, terdapat dua menara kembar di sisi kiri dan kanan masjid setinggi 81 meter yang selalu dibuka untuk umum setiap hari Sabtu dan Minggu. Atap masjid diganti dari atap joglo menjadi satu kubah besar pada atap tengah dan yang lebih kecil pada atap kiri-kanan masjid serta dinding masjid terbuat dari batu alam kualitas tinggi. Kini luas tanah keseluruhan masjid adalah 23.448 m² dengan luas bangunan 8.575 m² dan dapat menampung sekitar 13.000 jamaah.
Berkas:COLLECTIE TROPENMUSEUM De moskee aan de alun-alun in Bandoeng TMnr 10028380.jpg

Masjid Raya Bandung berada di Alun-alun Bandung dekat ruas Jalan Asia-Afrika, pusat Kota Bandung. Lokasinya yang berada di pusat kota membuatnya begitu mudah untuk ditemukan. Tak jauh dari masjid ini, di ruas jalan yang sama berdiri megah Gedung Merdeka di mana  bangunan ini yang begitu lekat dengan sejarah Konferensi Asia-Afrika tahun 1955. Di jalan inilah  para pemimpin negara negara Asia Afrika yang berjalan kaki dari Hotel Homman tempat mereka menginap ke lokasi konfrensi di Gedung Asia Afrika termasuk untuk sholat di Masjid Agung Bandung dan sebaliknya.

Friday 10 August 2012

Kochin India: Solatnya sama dengan negaraku

Selesai Solat Zohor
Mencari tempat solat di Meridien Hotel, Kochin namun tidak berjumpa.  Maka hamba terpaksa menaikki bajaj utk menghantar hamba ke masjid berdekatan.  Masjid terdekat bernama Masjid Al-Hinaya Nettoor. Ada 3 baris solat berjamaah zohor.  Boleh tahan ramai.  Yang menariknya cara mereka solat 100% macam di Malaysia, mungkin mereka ini bermazhab Imam Shafiee. Duduk tahhiyat akhir mereka sama dengan kita, selepas solat mereka berzikir dan berdoa bersama-sama. Hamba terfikir mungkin Muslim India Kerala ini mempunyai peranan dalam mengislamkan orang Melayu.  kebetulan tempat ini mengadap Laut Arab, dan kebetulan juga mereka adalah tempat pengumpulan rempah ratus dari nusantara untuk di bawa ke Tanah Arab dan Eropah.  Dan berbetulan juga mereka pernah ditawan oleh Portugis. Jika dikaji secara mendalam mungkin ada pertalian sejarah antara satu sama lain.
Masjid Al Hinaya Nettoor, Kochin, Kerala, India

Pesan Spiritual:  Kata Imam Muzali (pengganti Imam Shafie), " Kita ada orang suka dan ada orang benci. Kita kena terima hakikat, "kamu tak akan capai semua orang suka".  Oleh itu solusinya kita kena bersyukur. Jawab begini;
  • Orang benci kita kerana Allah.
  • Orang suka kita kerana Allah.

Thursday 9 August 2012

Hatyai: KuMeredah Negara Gajah Putih

Posing bersama Aman, Siti dan Awe di Masjid Fath Islami
Danok, Thailand.

Menunaikan solat zohor Qasar di Masjid Jamek di Danok, selepas melepasi sempadan secara sah. Masjid ini bersih dan nyaman.  Selesa utk solat.  Satu yg hamba disiplinkan famili hamba ialah walau kemanapun semasa "berjalan" solat mesti di masjid.  Selain dapat pahala iktikaf, kita dapat memahami kekuatan "amalan" penduduk sesuatu tempat.  ini ditandai dgn solat fardu dlm jamaah yg ramai, kebersihan tandas, sejadah kemas dan manis muka para jemaah.


Solat dulu sebelum meneruskan perjalanan
ke Hatyai, Songkla dan Satun

Pesan spiritual; "Dengar azan baru gi masjid, itu tandanya "dipanggil baru datang."  Orang macam ni biasa-biasa aja.  Tapi kalau belum dengar azan dah gi masjid, ini orang hebat! Ya Allah kurniakan hamba taufik hidayah-Mu supaya hamba mempunyai keazaman, kekuatan dan istiqamah untuk datang awal ke masjid sebelum terdengar laungan azan memanggil. Hamba tidak mempunyai upaya kecuali dengan pertolongan-Mu jua.

Wednesday 8 August 2012

Taj Mahal yang menawan



Sejak kecil hamba dimomokkan dengan Taj Mahal.  Lambang cinta agung Shah Jahan dan isterinya Mumtaz Mahal.  Mereka dimakamkan bersebelahan dalam bangunan ini. Taj Mahal adalah kuburan berbumbung yang cantik.Projek mega yang mengerah kreativiti, kepakaran, modal, masa, tenaga dan komitmen yang sangat tinggi. Membazirkah Taj Mahal ini? Berbaloikah usaha ini hanya kerana untuk melampias emosi kenangan silam yg songsang seorang manusia?
Pada hamba bangunan bikinan manusia ini memang yg paling cantik hamba lihat.  Simitrinya, lukisan di marblenya sgt memukau, kedudukannya di tebing sungai Jamuna memang menawan.  Kebun bunganya terhias indah.  Kolam-kolam yg simitri, 4 menara yang juga simitri, dinding yg berubah-ubah warna.  Wow.. redup mata memandang.  Pelancong sendat di sini, dan ia adalah tarikan utama pelancung ke India.  Sumber pendapatan negara. India terkenal kerana Taj Mahal ini walaupun rakyat sekitar AGRA city ini rata-rata miskin.


Hamba posing di north gate Taj Mahal


"Taj aptly called a dream in marble." The most beautiful building of the world"


Wauuu....Taj Mahal memang memukau

Projek mega ini bermula December 1631 dan hanya siap tahun 1648.  Dengan bangunan lain dalam kompleks ini masa yg digunakan ialah 22 tahun.  Buruh yg bekerja seramai 20,000 org.

Kochin - PekenaTeh tarik di Citadoor Village

Teh tarik keras Kochin made.
          Setelah menyelusuri "back water" dengan feri, kami berehat sebentar di sebuah kampung pendalaman, bernama Citadoor Jetty. Kampung yang miskin dan ketinggalan.  Kebetulan kami kehausan dan ada sebuah warung teh tarik.  Yang menariknya minuman kami dibayar oleh mamat tabligh yg sedang membuat usaha dakwah di situ. Mereka menghormati tetamu walaupun mereka bukanlah berharta.

Tuesday 7 August 2012

Kochin: Nasi Beriani Kerala.




hamba, anas, hj hasan dan lie sedang pekena nasi beriani
          Hamba dan rakan terpegun dengan keenakan nasi beriani gam kerala lauk kambing.  Harganya murah kalau duit kita tak sampai RM 5.  Minyak tak banyak, tak ada warna warni. ada yogurt, jeruk lada dan jeruk bawang sahaja.  Memang spesial, kebetulan rempah terbaik dunia terdapat di bandar Kochi ini.  Kochi adalah ibunegeri wilayah Kerala. Restoran ini terletak di jalan MGR ( Mahatma Ghandi Road).  Yg seronoknya mamak yg berdiri itu pandai cakap melayu.  Katanya lama bukak kedai mamak di JB.  Bahasa Melayu memang senang dipelajari.  Bahasa lingua franca nusantara. Cuma orang Melayu perlembagaan sahaja yang tidak tahu menghargainya.  Mereka juga bangga dengan Tun M, kerana kononnya kata mereka akar keturunan Tun M dari sini.
















Sunday 5 August 2012

Beijing: Kedai teh pun masuk pakej lawatan

Kedai teh di Beijing

Hamba rasa tak seronok dengan lawatan hamba ke Beijing. Semuanya telah diatur sehinggakan kedai teh pun kena lawat.  Gi cameron highland lagi canggih. Kalau sekedar nak beli teh, kedai mamak pun melambak.
Namun sesuatu yang menarik, cina beijing kulitnya putih kemerahan, tinggi-tinggi dan hidung mancung-mancung.  Berbeza dengan cina malaysia yang kebanyakannya berasal dari south China.

Ayahandaku askar British?

Ayahanda dua dari kiri bersama-sama Tuan British yg mencangkung di tengah.

British memang baik dari segi PR dan rapport mereka.  Abdullah Munsyi memuji-muji mereka dalam bukunya, Hikayat ABDULLAH. Mereka menjajah Tanah Melayu selama hampir 200 tahun, melahap kayu balak, bijih timah dan hasil mahsul yang lain. Membawa masuk bangsa-bangsa lain secara besar-besaran.  Mencuri kitab dan buku-buku penulisan lama hingga tiada dpt di kesan kemana perginya. Menukar-nukar raja melayu sesuka hatinya.  membuka sekolah-sekolah convent.  tapi generasi ayahanda hamba tidak melihat British sebagai musuh.  Bijak sungguh mereka.  nasih baik kekalahan mereka kepada Jepun membuka mata rakyat tanah Melayu erti kemerdekaan.


Bonda hamba bersama isteri-isteri askar Gurkha, Punjabi dan askar British di Kluang, Johor

Saturday 4 August 2012

Muhasabah di Ranah Tebo

Hamba melihat marga hamba tidaklah merempat di sini, tetapi mengapa ninda hamba meninggalkannya di kala umurnya masih belia.  Meninggalkan keluarga, rakan sebaya dan harta dunia di ranah Tebo.  Ilmu fardu ain yang dikejarnya. Mondok di Kedah bertahun-tahun, dan menjadi lebai di  umur tuanya. Nindaku, hijrah mu hanya kerna mencari ilmu, bukan harta dunia, pangkat atau kuasa.
Masjid Dusun Tanah Tumbuh, Bungo, Jambi

Giza Egypt: Perfume@ atar memikat jiwa


Tawar menawar di Kedai perfume
Baru balik solat terawih malam ke 15. Mata mengantuk jadi segar bila terhidu minyak atar kasturi yang hamba beli di kedai perfume milik keluarga Al Fayed.  Milik pak cik kpd Dodi Al Fayed, pak we Lady Diana yang mati accident di France. Memang kebiasaan hamba bawa minyak atar dlm poket, bila agak letih hamba akan sapu di telinga dan belakang tapak tangan.  Kedai perfume ini tak jauh dari Gate keluar dari kompleks Piramid Giza dekat monumen Sphink. Di kedai ini ada tergantung gambar beberapa personaliti dari Malaysia spt Raja dari negeri Selatan Semenanjung.

Kedai Perfume Arab Milik Al Fayed

Friday 3 August 2012

Coretan Pengembara - Ayahandaku askar British

hj Ahmad Lebai Hanafi
Ayahandaku yang berdarah perwira menjadi soldadu di usia remaja, sebagai corporal di Kem Tentera Jln. Mersing, Kluang.  Ceriteranya banyak kali bertempur dengan gerila komunis di kawasan Sagil, Kluang dan Segamat. Gajinya dibayar oleh British kerana ketika itu Tanah Melayu belum merdeka. Ayahandaku mempertahankan siapa? Tanah Melayu atau British? Pandai British dgn slogannya, "To conquered people, win their heart and mind." Askar seperti inilah zaman dahulu agaknya yang berperang menentang Dol Said, Mat Kilau, Dato Bahaman, Hj. Abd Limbong dan Tok Janggut. Namun Jasa ayahandaku ialah menghalang komunis menguasai Tanah Melayu.  Bukan mempertahankan kedaulatan negara yang masih terjajah.  Di umur yang muda dia masih tidak memahami permainan politik yang licik. Dan kerjaya itulah sahaja yg dapat memenuhi impian beliau untuk menjadi perwira.

Ayahandaku sebelah kanan, ketika muda dan kacak












Kiampo Manila: Melayu Mindanao merempat di negeri sendiri

KIAMPO MANILA
Meredah sebatang jalan di Kiampo Manila yang dipenuhi oleh perumahan setinggan dan didiami oleh bangsa melayu mindanao yang islam tapi miskin.  Mereka merempat di ibu kota tanpa pembelaan.  Di jalan ini di malam hari dipenuhi dengan penjual kaki lima yang menjual cd dan vcd cetak rompak secara bebas dan leluasa.  Namun hamba kagum bila melihat jemaah yang hampir penuh di masjid di sini, walau tanpa carpet atau sejadah semasa solat maghrib. berbeza dengan di negara kita yang sejadahnya lebih banyak dari jemaah. Kekuatan ini menyebabkan melayu mindanao kekal islam walau dijajah oleh spain dan amerika.


Hamba hanya beli cenderahati sahaja
Di sebelah Malati Manila pula, shopping complex moden mendominasi pandangan, tiada orang Melayu Mindanao.  Mereka terpinggir tanpa ada hak istimewa sebagai warganegara.  Salahkah mereka jika balik semula di daerah selatan yang sudah tentu mereka akan mendapat pekerjaan turun temurun mereka iaitu seorang pejuang bangsa @ pejuang agama @ lanun @ pengganas.

Wednesday 1 August 2012

Qatar: ada duit semua boleh jadi

Gua moden mencakar langit di tengah "desert" kontang


Disedut minyak di perut buminya lalu dijual dan dibina pula di atasnya buminya gua-gua batu yang tinggi untuk dihuni oleh manusia negeri Qatar.  Duit mengubah segalanya dari khemah ke bangunan tinggi.  Bolehkah duit membeli nyenyak tidur, selera makan dan tenteram bahagia?

Lanskap subur di kota gurun


Air lebih mahal dari minyak di gurun ini.  Minyak di sedut keluar  untuk  mengurus air yang akan ditelan semula oleh bumi bagi menyegarkan "mata memandang". Membazirkah urusan ini sedang masih banyak kes kebuluran di negara lain.  Ada duit semua boleh jadi?


Doha: payahnya mencari kebab Arab .

ibu kota Qatar yang "western"
           Hampa hamba utk merasai kebab di Kota Doha.  Bangunan batu yang menceracak tinggi dengan debu padang pasir yang berterbangan.  Sana sini pembangunan sangat rancak hingga hilang budaya Badwinya.  KFC, MacD, Starbuck, ada di mana-mana.  Pepsi dan coke minuman mudah cari berbanding kopi Arab.  Hamba tak harap negeri seperti ini terkedepan dalam memperjuangkan rakyat palestin.  Duit minyak dan kuasa menyebabkan mereka takjub dan berkiblatkan Barat.

Mencari kebab di City Centrer DOHA