Monday 26 September 2022

Ku temui Taif ini yang nyaman tetapi bersejarah



Agak menarik juga semasa umrah 22 hari dengan Insaff Travel, guna visa pelancung lalu dapatlah buat lawatan ke Taif. 

























Tempat wajib sampai di Taif ialah Masjid Ibnu Abbas.  





Masjid ni auranya sungguh menarik, cantik dan tenang sekali suasananya.



Di bahagian belakang masjid ini terdapat makam Ibnu Abbas. Makam Ibnu Abbas ini telah di tembok untuk menghalang orang ramai melakukan perbuatan yang khurafat.

\

Namun berhampiran masjid ini terdapat muzium yang mempamerkan banyak kesan-kesan sejarah termasuk batu-batu nesan yang pernah digunakan pada makam Ibnu Abbas.



Beberapa contoh batu nesan pada makam Ibnu Abbas



Taif adalah kawasan tanah tinggi yang sejuk, tanahnya subur dan banyak mengeluarkan pelbagai buah-buahan segar.




Selain itu banyak tempat sejarah yamg ada kaitannya dengan sejarah Nabi berdakwah di Taif, di mana baginda telah di halau, dihina dan dilemparkan batu.










Lawatan ke rumah tradisi Arab


Menarik juga bila dapat melawat muzium sejarah budaya Arab tradisi, senang cerita Arab kampunglah. Dapat juga dihayati cara kehidupan dan budaya mereka.





Bergaya dengan pedang yang matanya berbilah dua ini memang menarik.  Bayangkan bertapa kuatnya tenaga fizikal mereka untuk menghayun pedang ini




kalau orang melayu tentu koleksi senjatanya keris tapi orang Arab senjata mereka pedang yang melengkung





ini yang nak puji bendera Arab Saudi, Kalimah Syahadah berlatarkan warna hijau



Rumah Arab mana ada lantai dan bumbung.  Rumah mereka tetap macam khemah dan beralaskan tanah sahaja.





Kuhayati sejarah Nabi di Muzium Sahabat di Mekah


Menarik juga muzium sahabat ini.Tak jauh dari masjidil haram. Menghayati perjuangan nabi dan para sahabat dalam dalam Islam