Masjid ni auranya sungguh menarik, cantik dan tenang sekali suasananya.
Di bahagian belakang masjid ini terdapat makam Ibnu Abbas. Makam Ibnu Abbas ini telah di tembok untuk menghalang orang ramai melakukan perbuatan yang khurafat.
Namun berhampiran masjid ini terdapat muzium yang mempamerkan banyak kesan-kesan sejarah termasuk batu-batu nesan yang pernah digunakan pada makam Ibnu Abbas.
Beberapa contoh batu nesan pada makam Ibnu Abbas
Taif adalah kawasan tanah tinggi yang sejuk, tanahnya subur dan banyak mengeluarkan pelbagai buah-buahan segar.
Selain itu banyak tempat sejarah yamg ada kaitannya dengan sejarah Nabi berdakwah di Taif, di mana baginda telah di halau, dihina dan dilemparkan batu.
Comments