Thursday 6 March 2014

Den Ovier - Si pemisah aras laut.


Paras laut di kiri tinggi berbanding sebelah kanan
Afsluitdijk (Bahasa Belanda “ˈɑf.slœyd.ˌdɛik, dan bahasa Inggeris diberi makna “Enclosure Dam) adalah causeway utama di Netherlands. Ianya dibina pada tahun 1927 hingga 1933 untuk menghubungi Den Oever, Wieringen di wilayah utara Belanda dengan perkampungan Zurich di Wilayah Friesland
Panjang empangan ini ialah 32 km (20 batu) dan lebarnya  90 m, dengan kedudukan pada ketinggian  7.25 m di atas aras laut. Kejuruteraan empangan ini sungguh mengkagumkan kerana aras air di kiri dan kanan empangan ini tidak sama.  Satu tinggi dan satu lagi rendah, sesuai dengan nature tanah Belanda yang berada di bawah paras laut.
            Lama aku rehat kat empangan alias lebuhraya atas lautan ini.  Angin bertiup kencang di tengah laut yang terbentang luas ini.

Tempat ini memang tempat wajib untuk dilawati jika ke Belanda. Kagum atas kepintaran kejuruteraan mereka untuk mengatasi “problem muka bumi mereka yang berada di bawah paras air.
 

Tuesday 4 March 2014

Hirtshal: Kutemui bandar kecil di hujung tanduk Laut Utara


ku temui bandar di hujung tanduk laut Utara.


Hirtshals adalah sebuah bandar dan pelabuhan di pantai Skagerrak Pulau Vendsyssel. Bandar ini betul-betul di hujung semenanjung Jutland di utara Denmark. Hirtshals termasuk dalam derah Nordjylland. Populasinya seramai 6028 dan dikenali sebagai kawasan perikanan dan pelabuhan feri. Bandar pelabuhan ini telah dibina sekitar tahun 1919 hingga 1931. Pelabuhan ini kini menjadi pelabuhan perikanan yang terbesar di Denmark.



Aku terpaksa bermalam di sini kerana feri ke Bergen Norway hanya akan bertolak jam 1 petang esoknya.  Untuk mengisi masa yang kosong habis pelosok bandar pelabuhan yang tenang ini ku jelajahi. 
mounumen lama berlatarkan pelabuhan di belakang
Menanti saat matahari terbenam di pantai laut Utara yang dingin ini begitu syahdu.  Ada rasa keindahan di sini.