Ada tempat yang kita kunjungi untuk melihat keindahan. Ada pula tempat yang kita kunjungi untuk berfikir . Petra di Jordan adalah kedua-duanya. Sebaik sahaja memasuki laluan sempit Siq, diapit tebing batu merah yang menjulang tinggi, terasa seolah-olah kita sedang memasuki sebuah dunia yang lain. Lorong batu itu membawa langkah semakin jauh ke dalam perut bumi, sebelum tiba-tiba terbuka di hadapan mata sebuah binaan yang begitu mengagumkan — Al-Khazneh , atau lebih dikenali sebagai The Treasury . Di hadapannya kita terasa kecil. Bukan kerana ketinggian bangunan semata-mata, tetapi kerana menyedari bahawa ribuan tahun dahulu manusia telah mampu menghasilkan sesuatu yang begitu halus dan mengagumkan dengan teknologi yang sangat jauh berbeza daripada zaman kita. Petra ialah warisan kaum Nabatean , sebuah masyarakat yang membina kekuatan melalui perdagangan dan menguasai laluan kafilah antara Arabia, Syam, Mesir dan kawasan Mediterranean. UNESCO menggambarkan Petra sebagai kota perd...