Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kembara Singapura

Jejak Luka di Kota Singapura: Antara Geram, Doa dan Harga Sebuah Maruah

Langkahku perlahan menyusuri kawasan Kampong Gelam . Bangunan-bangunan lama masih berdiri, warna-warni dindingnya seakan menyimpan seribu cerita. Namun di balik keindahan itu, ada getar rasa yang sukar aku sembunyikan. Di hadapanku, tersergam bekas istana yang kini dikenali sebagai Istana Kampong Gelam — pernah menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Melayu di kota ini. Di sinilah dahulu martabat bangsa berdiri megah. Di sinilah sejarah pernah menulis bahawa Melayu adalah tuan di tanahnya. Aku berdiri lama di halaman istana itu. Angin petang menyentuh wajah, tetapi dalam dada ada bara yang membara. Geram. Kesal. Persoalan yang berulang-ulang mengetuk fikiran — bagaimana tanah yang pernah berada dalam lingkungan pemerintahan Melayu akhirnya terpisah dan menjadi sebuah negara berdaulat yang lain? Sejarah tidak pernah hitam putih. Ia penuh liku, rundingan, percaturan politik dan kelemahan manusia. Pada tahun 1965, Singapura berpisah daripada Malaysia — satu detik yang meninggalkan kesan...

Kembara Singapura: Istana Kampung Gelam lambang hilangnya ketuanan Melayu di Tanah Temasik

Istana Kampong Gelam telah dibina oleh Sultan Hussain Shah dari  keturunan Kesultanan Johor-Riau-Lingga pada tahun 1819 di atas sebidang tanah berkeluasan 57 ekar di kawasan Kampong Gelam, Singapura.   Tanah ini adalah  pemberian daripada penjajah Inggeris dan juga sebagai pampasan dan juga muslihat untuk meminggirkan Sultan Hussain dari takhta Kerajaan Johor ketika itu.  Apabila istana ini siap dibina, ia memenuhi kawasan dua kali ganda lebih besar berbanding saiz pada hari ini. Ini terjadi bilamana ia telah dikecilkan pada tahun 1824 untuk pembinaan Jalan Jembatan Utara (North Bridge Road ). Baginda sultan Hussain bersemayam di situ sehingga kemangkatannya di Melaka pada tahun 1835. Istana dua tingkat yang baru dipercayai direka bentuk oleh arkitek  berbangsa Inggeris.  Beberapa ciri-ciri seni bina yang direka seperti  bangunan Inggeris  terdapat pada bangunan istana ini. Reka bentuk Istana Kampong Gelam merupakan gabungan gaya P...

Kembara Singapura: Sungguh nyaman dan tenang ketika beriktikaf di Masjid Sultan ini

Hamba memang suka iktikaf di Masjid Sultan ini jika berkunjung ke Singapura. Masjid ini hidup dan ada aura yang tersendiri. Pernah iktikaf di sini pada malam Jumaat, lepas solat Maghrib dan zikir serta doa, ramai-ramai baca surah Al Kahfi, lepas tu tahlil dan doa. Dekat-dekat pukul 10.00 malam baru selesai.  Lepas tu dijamu nasi beriani, ada hamba Allah taja. Atas tipu muslihat yang licik dan kotor akhirnya Singapura diserah kepada British oleh pihak istana Johor Riau pada 1819. Sultan Ḥusin telah diberi pampasan wang dari British. Mereka turut diberi wang pampasan tanah dan hak bersemayam di istana yang terletak di Kampung Gelam. Sultan Ḥusin telah membina istana untuk tempat tinggal baginda dan kaum kerabatnya terutamanya dari kepulaun Riau. Baginda juga ber hasrat membina masjid yang seṭaraf dengan kedudukan baginda. Akhirnya baginda berjaya membina sebuah masjid berdekatan dengan Istana Kampung Gelam dari tahun 1824 dan siap pada tahun 1826.   Masjid ini mul...