Skip to main content

Kembara Singapura: Sungguh nyaman dan tenang ketika beriktikaf di Masjid Sultan ini

Hamba memang suka iktikaf di Masjid Sultan ini jika berkunjung ke Singapura. Masjid ini hidup dan ada aura yang tersendiri. Pernah iktikaf di sini pada malam Jumaat, lepas solat Maghrib dan zikir serta doa, ramai-ramai baca surah Al Kahfi, lepas tu tahlil dan doa. Dekat-dekat pukul 10.00 malam baru selesai.  Lepas tu dijamu nasi beriani, ada hamba Allah taja.


Atas tipu muslihat yang licik dan kotor akhirnya Singapura diserah kepada British oleh pihak istana Johor Riau pada 1819. Sultan Ḥusin telah diberi pampasan wang dari British. Mereka turut diberi wang pampasan tanah dan hak bersemayam di istana yang terletak di Kampung Gelam.


Sultan Ḥusin telah membina istana untuk tempat tinggal baginda dan kaum kerabatnya terutamanya dari kepulaun Riau. Baginda juga berhasrat membina masjid yang seá¹­araf dengan kedudukan baginda. Akhirnya baginda berjaya membina sebuah masjid berdekatan dengan Istana Kampung Gelam dari tahun 1824 dan siap pada tahun 1826.   Masjid ini mulanya berupa seperti masjid biasa di Nusantara yang berbumbung piramid lapis tiga yang merupa senibina umum pada ketika itu. Masjid ini mula diselenggara oleh cucu Sultan Husin yang bernama Tunku Alauddin Shah hingga tahun 1879. 


Singapura pada 1900-an mula menjadi pusat perniagaan Islam serta menarik pedagang untuk bermukim di sekitar Kampung Gelam. Di sebabkan masjid sedia ada tidak mampu menaungi jumlah umat Islam yang makin meningkat maka pada tahun 1924 Masjid Sulá¹­an ini telah dibesarkan dan siap sepenuhnya pada tahun 1928.



Gambaran bentuk Masjid Sulá¹­an tidak berubah sejak dibina semula pada 1924, tetapi hanya kerja pembaik pulihan dilakukan pada ruangan utama sembahyang pada 1960an serta penambahan sebuah bangunan baharu dalam 1993. 






Masjid ini diisytiharkan oleh Pemerintah Singapura, sebagai Bangunan atau Monumen Kebangsaan pada 14 Mac 1975. Kini, badan pengurusan Masjid Sulá¹­an diselia oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).



Jom makmurkan Masjid Sultan ini.
 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...