Monday 28 March 2016

Kaherah - Ku hayati keindahan Masjid Mohammed Ali Pasha.


Masjid Mohammed Ali Pasha
Salah satu tempat bersejarah yang mesti dikunjungi di Mesir ialah Kota Salehuddin Al Ayubbi. Di dalam kota ini ada Masjid Mohammed Ali Pasha dan juga muzium perang Mesir.  Pelancong memang ramai di sini.
Kota Salehhudin ini memang sangat strategik dan tinggi.  Dari kota ini kita boleh melihat kota Kaherah seluas-luasnya.

Sangat menarik untuk menziarahi masjid Mohammed Ali Pasha ini.  Selain sangat cantik ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Mohammed Ali Pasha berketurunan Albania telah dilahirkan di Bandar Qavalia, Macedonia pada tahun 1769M. Baginda telah menganggotai angkatan tentera laut dan datang ke Mesir bertujuan untuk memerangi tentera Perancis yang diketuai oleh Napoleon Bonaparte. Setelah tentera Perancis berundur, baginda telah dilantik sebagai pemerintah Mesir menggantikan Khurshid Pasha pada tahun 1805M. 

Masjid Muhammad Ali Pasha telah dibina oleh baginda sendiri bermula tahun 1830 sebagai simbol pemerintahan baginda di Mesir. 

Pembinaan masjid ini telah diketuai oleh seorang arkitek Turki bernama Youssef Coshna, dan seorang arkitek bangsa Greek yang mengambil model Hagia Sophia (sebuah gereja yang ditukar masjid di Istanbul, Turki). 
Masjid ini juga terkenal dengan seni bina kerajaan Byzantine. Ia merupakan seni bina Islam kurun ke -19 yang paling menonjol dan banyak diziarahi pelancong. 
Masjid Mohammed Ali Pasha juga disebut sebagai Masjid Marmar (The Alabaster Mosque) kerana bahan binaan dalamannya mewah dengan marmar yang terbaik, termasuklah mimbarnya juga diperbuat daripada marmar Bani Suef.
Seni bina masjid ini berbentuk empat segi, manakala keluasan kawasan ini ialah 52×54 meter persegi yang dilapisi oleh marmar putih. 
Di tengah-tengahnya terdapat tempat mengambil wuduk yang dihiasi dengan seni ukiran yang menarik. 
Jam antik di menara jam di luar kawasan masjid (sebelah barat) ini adalah hadiah oleh Raja Perancis, Louis Phillip kepada Muhammed Ali Pasha pada tahun 1945.
 Menara azannya mencapai ketinggian 84 meter, ia juga turut dipengaruhi oleh kesan seni arkitek Turki Uthmaniyyah . 
Terdapat di dalamnya sebuah perigi yang dalam, dikenali dengan nama Perigi Yusuf.

Kedudukannya yang strategik membolehkan ia dapat dilihat dari semua penjuru kota Kaherah. Manakala dari pemandangan luarnya ,dapat dilihat pemandangan kota Kaherah secara keseluruhan.


Kawasan dalaman masjid ini terdiri daripada beberapa buah kubah. Keluasan bahagian dalamnya ialah 41 meter panjang, 21 meter lebar. Kubah besarnya mencapai ketinggian 52 meter dan dikelilingi oleh kubah sederhana besar yang tertulis nama Khulafa’ ar-Rasyidin di setiap penjurunya. 
Reka bentuk dalaman yang indah menjadikan suasana nyaman. Sistem gema suara hasil lantunan padu di dalam masjid ini dapat didengar dari segenap penjuru masjid walaupun tanpa menggunakan sistem mikrofon.
 Masjid ini mempunyai lampu Chandier seberat 2 tan yang indah tergantung di tengah-tengahnya. Sebelum adanya elektrik lampu-lampunya dinyalakan dengan lilin. 

Terdapat dua mimbar yang kedua dan juga digunakan sehingga sekarang.





Masjid ini juga terdapat makam Muhammad Ali Pasha yang terletak di bahagian kanan pintu masuk masjid ini. Seni bina makam tesebut dipenuhi dengan ukiran bercorak tumbuh-tumbuhan.
Suatu kisah menarik tentang Masjid Mohammed Ali ini, ketika perang antara Mesir dan Israel dahulu masjid ini pernah menjadi sasaran peluru berpandu Israel. Namun dengan kekuasaan Allah, ketika hendak dibom masjid ini, kabus tebal tiba-tiba muncul menyelimutinya. Pihak Israel tidak menjumpai sasarannya. Selamatlah masjid ini dari dimusnahkan.

Tuesday 22 March 2016

Mekah - Ku ziarahi Jabal Uhud yang perkasa

Menziarahi Jabal Uhud memang satu kemestian jika kita ke Kota Madinah.  Banyak pengajaran yang dapat di pelajari selain dapat menghayati situasi ketika peperangan itu berlaku. Jemaah dari Iraq, Turki, Iran , Pakistan dan India memang emosional di sini.  Semangat mereka membuak-buak.

Syahdu baca catatan tentang sejarah Saidina Hamzah.  Bapak saudara yang paling Nabi sayangi.
Ini lakaran situasi semasa Perang Uhud.

Dek kerana pasukan pemanah turun dari Jabal Rummah/Pemanah, Pasukan Islam telah diserang dengan hebatnya.

Aku pun panjatlah bukat pemanah ini.  ini kali kedua.  Dulu masa gi haji tahun 2003, dah panjat sekali.

Nun sana jabal Uhud.


Mari panjat bukit pemanah ini, tak tinggi sangat. baru ada feel...
 Nun di bawah tu makam syuhada Uhud.

Mentaati suruhan Nabi adalah simbol kemenangan.  Dunia dan Akhirat.





Split - Kujejaki kota pelabuhan yang romantis

Split Croatia, memang tempat yang perlu dikunjungi, memang klasik dan romantik.  Split adalah bandar pelabuhan dan pelancungan yang mengadap laut Mediterannean.  Anda boleh ke Greece melalui pelabuhan ini.  Aku sampai ke bandar ini jam 11am, setelah bermalam di Mostar sebelumnya.
bandar ini pernah dipopularkan oleh novelis terkenal Amerika, Hemingway.
 

Split ini biasa-biasa aja, taklah satu bandar yang moden.  Yang seronoknya ramai orang membeli belah di "pasar lambak".
Hotel memang banyak, tapi aku tidur dalam kereta sahaja.  Save kos.  Bandar ni aman dan selamat sebab ramai pelancung.


Ada pokok kurma lagi.  Suasana mediteranean.


Orang Crotia ini memang gila bola

Ingat pemain bola Johor tahun 80an,  Ervin Boban.  Beliau berasal dari Split Croatia

Yang ini romatisnya, mengadap laut di waktu petang hari...

Jenis tak cukup duit tapi nak berjalan juga naiklah bas.  Berpusu-pusu bas di Split ini.

Kapal pelancungan.  Ini untuk "orang tua" yang banyak duit.

Amacam  cantik tak...

Aku cuma sight seeing aja

Ambil foto buat kenangan.  dan "cuci mata" sahaja. 

itulah kembara  budget.

Oh... Split... aku akan datang lagi... satu masa ....