Masjid Mohammed Ali Pasha |
Kota Salehhudin ini memang sangat strategik dan tinggi. Dari kota ini kita boleh melihat kota Kaherah seluas-luasnya.
Sangat menarik untuk menziarahi masjid Mohammed Ali Pasha ini. Selain sangat cantik ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Mohammed Ali Pasha berketurunan Albania telah dilahirkan di Bandar Qavalia, Macedonia pada tahun 1769M. Baginda telah menganggotai angkatan tentera laut dan datang ke Mesir bertujuan untuk memerangi tentera Perancis yang diketuai oleh Napoleon Bonaparte. Setelah tentera Perancis berundur, baginda telah dilantik sebagai pemerintah Mesir menggantikan Khurshid Pasha pada tahun 1805M.
Masjid Muhammad Ali Pasha telah dibina oleh baginda sendiri bermula tahun 1830 sebagai simbol pemerintahan baginda di Mesir.
Pembinaan masjid ini telah diketuai oleh seorang arkitek Turki bernama Youssef Coshna, dan seorang arkitek bangsa Greek yang mengambil model Hagia Sophia (sebuah gereja yang ditukar masjid di Istanbul, Turki).
Masjid ini juga terkenal dengan seni bina kerajaan Byzantine. Ia merupakan seni bina Islam kurun ke -19 yang paling menonjol dan banyak diziarahi pelancong.
Masjid Mohammed Ali Pasha juga disebut sebagai Masjid Marmar (The Alabaster Mosque) kerana bahan binaan dalamannya mewah dengan marmar yang terbaik, termasuklah mimbarnya juga diperbuat daripada marmar Bani Suef.
Kedudukannya yang strategik membolehkan ia dapat dilihat dari semua penjuru kota Kaherah. Manakala dari pemandangan luarnya ,dapat dilihat pemandangan kota Kaherah secara keseluruhan.
Kawasan dalaman masjid ini terdiri daripada beberapa buah kubah. Keluasan bahagian dalamnya ialah 41 meter panjang, 21 meter lebar. Kubah besarnya mencapai ketinggian 52 meter dan dikelilingi oleh kubah sederhana besar yang tertulis nama Khulafa’ ar-Rasyidin di setiap penjurunya.
Seni bina masjid ini berbentuk empat segi, manakala keluasan kawasan ini ialah 52×54 meter persegi yang dilapisi oleh marmar putih.
Di tengah-tengahnya terdapat tempat mengambil wuduk yang dihiasi dengan seni ukiran yang menarik.
Jam antik di menara jam di luar kawasan masjid (sebelah barat) ini adalah hadiah oleh Raja Perancis, Louis Phillip kepada Muhammed Ali Pasha pada tahun 1945.
Menara azannya mencapai ketinggian 84 meter, ia juga turut dipengaruhi oleh kesan seni arkitek Turki Uthmaniyyah .
Terdapat di dalamnya sebuah perigi yang dalam, dikenali dengan nama Perigi Yusuf.
Jam antik di menara jam di luar kawasan masjid (sebelah barat) ini adalah hadiah oleh Raja Perancis, Louis Phillip kepada Muhammed Ali Pasha pada tahun 1945.
Menara azannya mencapai ketinggian 84 meter, ia juga turut dipengaruhi oleh kesan seni arkitek Turki Uthmaniyyah .
Terdapat di dalamnya sebuah perigi yang dalam, dikenali dengan nama Perigi Yusuf.
Kedudukannya yang strategik membolehkan ia dapat dilihat dari semua penjuru kota Kaherah. Manakala dari pemandangan luarnya ,dapat dilihat pemandangan kota Kaherah secara keseluruhan.
Reka bentuk dalaman yang indah menjadikan suasana nyaman. Sistem gema suara hasil lantunan padu di dalam masjid ini dapat didengar dari segenap penjuru masjid walaupun tanpa menggunakan sistem mikrofon.
Masjid ini mempunyai lampu Chandier seberat 2 tan yang indah tergantung di tengah-tengahnya. Sebelum adanya elektrik lampu-lampunya dinyalakan dengan lilin.
Terdapat dua mimbar yang kedua dan juga digunakan sehingga sekarang.

Masjid ini juga terdapat makam Muhammad Ali Pasha yang terletak di bahagian kanan pintu masuk masjid ini. Seni bina makam tesebut dipenuhi dengan ukiran bercorak tumbuh-tumbuhan.
Suatu kisah menarik tentang Masjid Mohammed Ali ini, ketika perang antara Mesir dan Israel dahulu masjid ini pernah menjadi sasaran peluru berpandu Israel. Namun dengan kekuasaan Allah, ketika hendak dibom masjid ini, kabus tebal tiba-tiba muncul menyelimutinya. Pihak Israel tidak menjumpai sasarannya. Selamatlah masjid ini dari dimusnahkan.
Comments