Monday 29 December 2014

Iskandariah - Ku jejaki masjid Nabi Danial di tengah kesibukan kota


Masjid Nabi Danial
 Semasa meronda kota Iskandariah yang cantik, tersusun, berdisiplin serta agak kebaratan penduduknya, hamba telah melalui El Nabi Danial Street. Di jalan ini hamba jumpa sebuah masjid yang dikenal dengan nama Masjid Nabi Danial.  Di sini terdapat makam Nabi Danial.  

Dikatakan hidup seorang raja Babylon yang terkenal jahatnya yang bernama, Bakhtashir yang jalur keturunannya dari Yafuts bin Nabi Nuh as. Tidak ada satupun laki-laki Bani Israil yang hidup melainkan dibunuhnya. Anak-anak dipisahkan dari orang tuanya dan dilatih untuk ke medan perang dan sebahagiannya dipenjara. Suatu ketika Bakhtashir telah menawan ramai rakyatnya, termasuk kanak-kanak. Di antara yang ditawan itu termasuklah seorang kanak-kanak yang kemudiannya dikenali sebagai Nabi Danial.

Suatu hari Bakhtashir bermimpi dengan mimpi yang sangat menakutkannya lalu dia bertanya kepada ahli nujum, namun mereka semuanya diam dan tidak dapat mentakwil mimpinya tadi. Lalu datanglah seorang laki-laki yang pernah dipenjara bersama Nabi Danial menyatakan Nabi Danial boleh mentafsir mimpi.. Bakhtashir rasa kagum akan kehebatan Nabi Danial. Nabi Danial kemudian dibebaskan dari penjara dan dijadikan penasihat raja.

Hubungan rapat antara Raja Bakhtashir dengan Nabi Danial ini membuatkan pembesar Majusi merasa geramdan irihati. Mereka kemudian merancang untuk membunuh Nabi Danial. Digalilah sebuah lubang besar, kemudian Nabi Daniel dimasukkan ke dalamnya bertemankan haiwan buas dan ular berbisa. Namun, setelah beberapa hari lamanya Nabi Danial berada di lubang tersebut, didapati Nabi Danial tetap dalam keadaan sihat dan tidak cedera sedikitpun.

Pembesar Majusi semakin sakit hati mereka lalu memfinah Nabi Danial telah  menyebarkan ‘aib yang tidak baik tentang Bakhtashir, iaitu bahwa Raja Bakhashir apabila tidur, selalu terkencing atas katil. Fitnah
 ini tentu membuat Bakhtashir marah dan geram kerana ini telah memalu dan menjatuhkan maruan beliau sebagai seorang raja. Bakhashir telah membuat muslihat untuk membunuh Nabi Danial. Nabi Danial telah dipujuk untuk tidur bersamanya. Bakhtashir kemudian berkata kepada para pengawal yang bertugas menjaga pintu, "Jika malam ini ada orang yang keluar bilik ini untuk buang air kecil, bunuh saja dia, siapapun dia orangnya, sekalipun dia mengaku bernama saya." Para pengawal pun mengiyakannya.

Bila malam menjelma Nabi Daniel tidak berasa mahu buang air kecil. Akhirnya Bakhtashir sendiri yang tidak tahan, lalu keluar bilik untuk membuang air kecil. Setiba di pintu, para pengawal terus menangkapnya. Bakhtashir berteriak; "Jangan bunuh, beta adalah raja Bakhtashir”. P
ara pengawal tiadk percaya; "Dusta, kamu telah berdusta, kamu bukan Bakhtashir raja kami, tapi kamu adalah orang yang mengaku sebagai raja kami. Dan siapapun yang keluar malam pertama, maka dia harus dibunuh”. Tanpa memikir panjang Bakhtashir pun lalu dibunuhnya. Allah menyelamatkan Nabi Daniel dan membinasakan Bakhtashir yang jahat.



Nabi Daniel kemudian berangkat menuju kota Iskandariah untuk meneruskan usaha dakwah dan akhirnya telah wafat di sana. 

Monday 22 December 2014

Coretan Kembara - Dato Onn, kau pendamai kaum di daerah kelahiranku.


Jeti Tanjung Balau
Cuti hujung tahun adalah peluang untuk membawa famili berjalan-jalan. Selain untuk merehatkan minda, ianya juga berguna untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan. Rancangan hamba untuk membawa famili menaikki keretapi ke Bangkok tidak menjadi.  Rancangan untuk ke Tanjung Pinang, Tanjung Balai dan Bengkalis juga tidak digemari kerana keadaan laut hujung tahun yang tidak menentu.  Akhirnya kami ke Tanjung Balau berhampiran Desaru Kota Tinggi. Ombak di pantai ini sering melemaskan mangsanya saban tahun.
      Ketika hamba merehatkan diri di Surau Kg Nelayan, hamba menemui sebuah buku sejarah.  Yang menariknya tentang sejarah Dato' Onn di daerah kelahiran hamba Batu Pahat.
      
Berikut adalah beberapa petikan dari buku tersebut: 

Hebatnya Dato' Onn, ketua komunis pun patuh pada beliau.

  

Bayangkan kalau Dato' Onn menyebelahi Kiai Saleh dan pendekar Selendang Merah melibas Cina MPAJA 




Pilihan Dato' Onn:  Kaum Melayu dan kaum Cina mesti berdamai


Rumusan

Namun

Dato' Onn tidak RASIS.  
Kerana kalau tidak daerah kelahiranku ini
Akan banjir darah merah
Dan berkibaran megah di tiang bendera, 
" selendang merah"

Sunday 21 December 2014

Coretan Kembara - Mualaf Pulau Ketam, "Kita abang adik"


Balai Islam Pulau Ketam
Ayah, Pulau Ketam je ke?  rungut Siti anak bungsu hamba. Cari pengalaman kat tempat yang tak cantik pulak lah tahun ni, Ok!, pujuk hamba. Anggap kalau kita hidup kat tempat yang tak ada orang Islam. Macam mana nak survive. Bayang aja kita gi Pulau Taiwan.  Siti tetap muncung ketika kami menyusuri jeti di Pulau Ketam itu. Confirm memang membosankan bagi seorang remaja untuk menikmati pengalaman baru di pulau kecil yang dipenuhi hampir 100% masyarakat Cina itu.

Setelah berpusing-pusing selama satu jam, akhirnya kami berehat di Pusat Islam Pulau Ketam.  Bangunan 2 tingkat ini nampak bersih dan terurus.  Tingkat bawah ruang untuk bermesyuarat sementara tingkat atas ruang untuk solat berjamaah. Kebetulan hujan turun dengan lebat, kami ambil kesempatan untuk mengisi perut dengan kuih yang kami beli di Pelabuhan Kelang.  Hamba jadi imam solat zohor bersama dua orang anak lelaki hamba.  Setelah beri salam, baru hamba perasaan ada seorang jemaah Cina solat sama, masbuk.  
Namanya Muhammad Ang bin Abdullah. Berumur 60 tahun. Dia jadi noja balai Islam itu.  Patut nampak bersih dan terurus. Muhammad meluahkan kesukarannya kerana tidak mempunyai sebarang pekerjaan.  Dia juga hidup membujang.  Bantuan dari majlis Islam Selangor hanya RM150 sahaja. Bayangkan untuk meneruskan kehidupan di tempat yang jumlah muslimnya sangat kecil ini, hamba dapat merasai kepayahan tersebut. Hamba bersangka baik bila dia memohon bantuan kewangan untuk terus hidup.  Dia tuliskan nombor akaun bank Islamnya.  Hamba kata, hamba tak boleh janji. Hamba hulurkan sekadar yang terdaya.  Bila hamba nak pulang, Muhammad memeluk hamba sambil berkata kita seperti adik abang. Bila hamba bergerak ke jeti dia melaung lagi, kita adik abang, assalamualaikum jeritnya sambil melambai tangan. 
Peristiwa ini memberi bekas pada Siti, anak bongsu hamba.  Dia tidak muncung lagi, kerana mungkin dia mulai memahami, "membuat orang gembira juga merupakan satu kegembiraan."

Thursday 11 December 2014

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri
   
          Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.
           Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Kebetulan hamba free, dan dah lama tak balik Batu Pahat dan memang rezeki hamba nak jumpa Pak Habib Ali ini, semua urusan hamba dipermudahkan.
         Hamba memang anak jati Batu Pahat, lahir di Kg Tanjong Semberong lebih kurang 15 km dari bandar. Tapi yang peliknya hamba tak pernah dengar apalagi kenal dengan Habib Ali ini. Hamba tertanya-tanya siapa sebenarnya Pak Habib ini, adakah dia seorang Tok Guru, ulamak, imam, ustaz atau pengamal perubatan Islam. Di Bandar Batu Pahat ini memang ramai ahli perniagaan keturunan Arab yang Berjaya dan kaya raya menjalankan perniagaan menjual kitab, kain, karpet dan lain-lain.


        Hamba sampai ke rumah Pak Habib Ali selepas waktu Zohor. Hamba perhatikan ruang tamu rumah pak Habib yang kecil itu sudah dipenuhi oleh beberapa orang dari Singapura dan Indonesia, yang kelihatan hidung mereka mancung-mancung belaka, mungkin dari kalangan keturunan keluarga syed-syed juga. Pak Habib menerima kunjungan tetamunya dengan senyuman dan sapaan yang lembut. Tiba-tiba macam meresap rasa tenang, aman dan damai dalam hati. Pak Habib ini seorang yg sangat sederhana, dengan rumah yang sangat kecil, sempit dan macam orang kampong biasa sahaja. Rumah itu disewanya, separuh batu separuh papan. Diceritakan ada individu yang menawarkan untuk membina sebuah rumah yang lebih besar dan selesa untuknya, tetapi Pak Habib menolak tawaran tersebut, Di rumah kecil itulah Pak Habib dengan sangat santun menerima tetamu dari segala peringkat, kaya, miskin, ulamak, orang awam, dan siapapun. Dikatakan juga jika tetamu datang waktu makan, Pak Habib tidak mengizin mereka balik kecuali setelah makan bersama beliau.
        Hamba perhatikan, Pak Habib Ali ini sentiasa memberi nasihat yang baik-baik. Hamba ingat dia kata kesihatan adalah anugerah yang besar dari Allah, kita kena bersyukur. Cakapnya lembut tapi meresap ke dalam hati. Masa terasa cepat berlalu. Kami dihidangkan dengan kopi O dan kuih yang sedap. Seperti biasa jika kita menziarahi orang alim, sebelum balik kita minta orang alim itu mendoakan agar Allah memberi kebaikan untuk kita. Pak Habib ini memang memilikki sifat tawaduk yang sangat mengkagumkan, dengan lembut dan sopan dia meminta salah seorang dari kami untuk membaca doa. Pak Habib mengaminkan bersama kami. Pak Habib Ali kata, cukup dia mengaminkan sahaja.
         Beberapa tahun kemudian, rakan hamba mengajak menziarahi kembali Pak Habib Ali, ada tetamu dari luar negara akan datang menziarahi Pak Habib, katanya. Oleh kerana hamba tak ke mana-mana, hamba setuju dan ajak anak hamba Abdul Rahman ikut sama. Seperti yang dirancang sampai rumah Pak Habib, rombongan orang alim dari Yaman, Iraq, Patani, Indonesia dan Singapura pun sampai dalam masa yang hampir sama. Mereka memang dalam rangka lawatan dari Terengganu dan ke Johor. Hamba diberitahu kebanyakan dari mereka adalah ulamak dan beberapa Negara Arab, mufti dari Patani dan kiai dari pesantren di Indonesia.
         Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri. Suasana perbualan diselang-selikan dalam bahasa Arab. Pak Habib petah bercerita tentang kenangan lama. memberikan nasihat dan kata-kata yang baik-baik. Hamba orang awam yang temankan kawan, hanya mendengar sahaja perbualan tersebut. Terasa diri begitu kerdil berada dalam lingkungan orang yang hebat-hebat itu. Satu lagi hamba kagum bila mendapati tandas rumah Pak Habib ini letak di luar, dan sangat bersih.
        Sebelum balik, Pak Habib menolak untuk menerima “wang” dari sebarang tetamunya. Tetapi yang hebatnya dia memberi anak hamba , Abdul Rahman, 5 ringgit Singapura. Kami makan tengahari di sebuah restoran asam pedas terkenal di bandar Batu Pahat, ada orang kaya dari Terengganu sponsor. Selepas itu hamba balik semula ke Segamat. Lama kemudian, rakan hamba memberi tahu Pak Habib telah kembali ke Rahmatullah.
        Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang Habib Ali ini hamba membaca beberapa blog, dan hamba mohon dihalalkan untuk menyalin dan mengolah cerita tersebut.

         Ayahanda Habib Ali, Habib Syed Jaafar bin Ahmad Al Idrus, berhijrah ke Singapura pada tahun 1930an dari Indonesia dan menetap di Lorong 30 Geylang. Habib Ja'far mempunyai 10 putra, yakni Abdullah, Abdul Qadir, Ali, Salim, ldrus, Thaha, Ahmad, Abubakar, Thahir, dan Alwi, serta beberapa putri. Habib Ja'far kembali ke Hadhramaut pada tahun 1938.
         Habib Ali dilahirkan di Purwakarta, Jawa Barat, pada tahun 1919. Pada 1926, iaitu ketika berumur tujuh tahun, beliau telah berhijrah ke Singapura. Tapi tak lama, keluarga Habib Ali pulang semula ke Indonesia. Pada tahun 1929, untuk kedua kalinya beliau datang ke Singapura dan kemudian menetap di sana hingga tahun 1942. Beliau tinggal di Arab Street. Setelah itu, Habib Ali berhijrah ke Batu Pahat, Johor.

Di antara nasihat Habib Ali;

· "Allah SWT adalah Sang Khaliq. Manusia hanyalah makhluk. Maka, manusia harus mematuhi apa pun perintah Sang Maha Pencipta, bukan Sang Maha Pencipta yang mematuhi perintah manusia."

· Bacalah Al-Quran. Ikutilah Al-Quran. Al-Quran itu adalah karangan Pencipta kita. Hidup kita pasti selamat jika kita berpandukan Al-Quran.

· Jangan bergaduh antara satu sama lain. Yakni antara adik beradik, ahli keluarga, sahabat-sahabat, saudara-mara dan sebagainya. Jika ada pergaduhan, cepat-cepat lah berbaik-baik antara satu sama lain.

· Bertaubatlah kamu sebelum pintu taubat tertutup untukmu. Di sini boleh bermakna ajal ataupun munculnya tanda-tanda besar Kiamat.

· Takutlah pada Allah swt dengan bertaqwa pada Allah swt. Jika manusia tidak takut pada Allah siapa yang dia takutkan? Akibat tidak takut pada Allah swt, banyak masalah telah ditimpa pada manusia itu sendiri.

· Turutilah semua perintah2 Allah swt dan juga Nabi Muhammad s.a.w yakni Rasul dan Nabi yang terakhir. Ingatlah tiada Nabi selepas Rasulullah solollah alahi wassalam.

· Solat lima waktu mesti di laksanakan di mana jua, tanpa mengenal masa. Allah swt telah meringankan solat dari lima puluh waktu kepada hanya lima waktu sahaja maka itu jangan sekali-kali tinggalkan solat-solat fardhu.

· Anak-anak kita mesti dilatih berpuasa apabila menjangkau usia 10 tahun selambat-lambatnya.


        Habib Ali meninggal dunia pada hari Khamis 13 Mei 2010, sekitar pukul 5.15 petang. Jenazahnya telah dimakamkan pada hari Jumaat, di Tanah Pekuburan Islam Bukit Cermai, Batu Pahat. Semoga ketabahan dan ketawakalan mengiringi hati keluarga dan para pecintanya atas pulangnya Habib Ali ke Rahmatullah.
        Al Fatihah untuk insan yang tak di kenali di bumi tetapi dikenali di ...

Monday 8 December 2014

Kutemui e~card "three things in life"

Hari ini buntu idea. Rasa banyak kerja perlu disiapkan di akhir tahun. Kadang-kadang membaca "bahan-bahan" lama dapat menyegarkan minda dan emosi.  

 
 

 

 
 

Saturday 6 December 2014

Mount Nebo - Kusinggahi sebentar cuma


Promosing Land dari puncak Jabal Siyagha
       Hamba sampai ke Jabal Siyagha ini secara tidak dirancang.  Hamba pun tak berapa kisah dengan tempat ini kerana berpendapat tempat ini tiada kaitan dengan perkembangan Islam. Apalagi bila melihat sebuah gereja tua di situ.  Semasa berjalan ke hujung bukit itu terdengar beberapa orang berbual tentang "Promising Land". Hamba mengambil masa yang lama untuk mencari maklumat, sehingga baru-baru ini ada dokumentari tentang perjalanan Nabi Musa dan kaum Bani Israel ke Jerusalem.  Namun Nabi Musa telah wafat sebelum sampai ke destinisinya.  
      Jabal Siyagha atau Mount Nebo terletak di Bandar Madaba kira-kira 47km dari Amman. Bandar Madaba terkenal kerana menjadi pusat yang penting bagi penganut agama Kristian kerana kesan sejarahnya mengikut kepercayaan mereka. 
 

Di Jabal Siyagha ini terdapat sebuah gereja lama. Lantai gereja lama ini dihiasi mozek yg sangat cantik dari era Byzantine. Tempat ini turut menjadi tumpuan bagi upacara baptist atau penyucian dosa bagi orang Kristian. 
Batu Peringatan Nabi Musa ikut kepercayaan Kristian
Nabi Musa a.s dikatakan telah tiba di Jabal Siyagha ini dan wafat di sini.  Dikatakan baginda berdiri di Jabal Siyagha ini dan memandang ke arah Baitulmuqaddis yg terletak tidak jauh dari bukit tersebut. Baitulmuqaddis itulah "promising land" yang menjadi rebutan Yahudi dan juga kristian.  Mereka kata itu adalah milik mereka seperti yang dijanjikan.  Dan alasan itulah yang Israel gunakan untuk  menindas dengan kejam rakyat Palestin.
Pelancung memandang promising land dari lokasi ini
.Bandar terdekat antara Jabal Siyagha ke Palestin ialah Jericho (27 km),  dan Jerusalem (46km).  Hidup Palestin!

Wednesday 3 December 2014

Bergen: Salmon salaimu sungguh memukau


Bergen ..ohhh.....Bergen....


Kepingan ikan salmon salai yang kehitaman
terlantar di meja jualan
selera terangsang dengan haruman
bau salainya


Pasar basah Bergen
kau jauh dari keelitan
namun orang dari kejauhan
gelojoh menjamah khazanah laut Utara

 
Aku musafir marhaen
yang hanya mampu melihat dan membayang
lazatnya "kongekrabbe" itu
 tak sanggup ku buang 690 kronor untukmu
kerana najis yang keluar tetap sama baunya.


Lembut angin laut Utara
menyapa mesra warga Bergen
sejuk mata memandang
Hiasan alam ciptaan Ilahi
lanskap asli yang memukau

Bergen
Kapan berjumpa lagi...?



Istano Pagar Ruyung: Lambang sejarah silam

Kutemui Istano Basa Pagaruyung 

Di sinikah tempat bersemayamnya waris kesultanan Pagar Ruyung? Tanya saya pada seorang warga tempatan. Saya terlupa menanyakan namanya, walaupun kami berbual agak lama. "Bukan Pak, inikan hanya replika istana.  Sebab tu dinamakan Istano Basa. Istana asal nun di sana, di atas berbukit. Tapi sudah "dibakar rakyat". Benar ke pak? tanya hamba kerana hamba tak pernah terbaca kisah tersebut.  "Benar.....! kerana pihak istana berpihak kepada penjajah Belanda. Ulamak dan rakyat bangun memberontak lalu menjatuhkan kuasa sultan.  Istananya habis terbakar. Penyataan ini memotivasikan hamba untuk mencari maklumat sebenarnya tentang sejarah Kerajaan Pagar Ruyung ini.

Istano Basa Pagaruyung

Istano Basa yang lebih terkenal dengan nama Istana Pagaruyung, adalah sebuah istana yang terletak di kecamatanTanjung Emas, kota Batusangkarkabupaten Tanah DatarSumatera Barat


Istano Basa yang berdiri sekarang sebenarnya adalah replika dari yang asli. Istano Basa asli terletak di atas bukit Batu Patah di lereng Gunung Bungsu, tak jauh dari lokasi istana yang ada sekarang. Istana asal ini telah terbakar hangus kerana kerusuhan berdarah pada tahun 1804. Istana tersebut kemudian didirikan kembali namun terbakar hangus pada tahun 1966 kerana disambar petir. Proses pembangunan kembali Istano Basa bermula tahun 1976. Istano Basa yang ada pada hari ini adalah sebuah muzium yang tidak menjadi tempat kediaman waris kesultanan Pagar Ruyung.

Insiden kebakaran kali pertama
Masuknya ajaran Islam dalam tata kehidupan Kerajaan Pagaruyung membawa implikasi terhadap sistem pemerintahan negara dari perspektif rakyat biasa. Ada perbezaan pendapat antara para ulamak yang berpandukan Al quran dan sunnah dengan kaum Adat atau pemerintah yang masih teguh mempertahankan ajaran turun-temurun dari nenek moyang mereka. Perbezaan pendapat ini membawa kepada konflik yang panas dan berterusan antara ulamak dan pihak istana. Hal inilah yang dimanfaatkan oleh Belanda yang ketika itu sedang berusaha menguasai Sumatera untuk melemahkan kekuatan kedua-dua pihak dengan membuat mereka saling bersengketa.Pada tahun 1804 perselisihan antara kaum ulamak dan kaum Adat di Pagaruyung telah bertukar menjadi rusuhan berdarah. Salah satu akibat kerusuhan ini adalah terbakarnya Istano Basa Pagaruyung. Kebakaran besar itu menghanguskan keseluruhan bangunan istana bersama isinya. Kerugian yang sangat besar sebetulnya mengingat banyaknya benda bersejarah di istana itu. Kebakaran ini mengakhiri keberadaan Istana Pagaruyung sebagai simbol kerajaan. Dengan terbakarnya istana basa ini, runtuhlah Kesultanan Pagar Ruyung.
Model pakaian ulamak istana Pagaruyung