Masjid Tiban memang cantik, unik dan misteri. Semasa hamba ke masjid ini banyak persoalan yang bermain-main dalam kotak fikiran. Dan kebanyakannya tak terjawab dengan sempurna. |
Memang unik dan tersendiri. Kalau dilihat secara luaran memang bukan macam sebuah masjid. Lebih sesuai dikatakan tempat ini dipanggil Kompleks Pesantren Moden yang cantik dan canggih |
Ukiran dan lukisan masjid ini sungguh mempersona. Sangat halus dan banyak unsur kejawaannya. |
Memang hamba merancang untuk mengunjungi masjid Tiban ini. Banyak rakan beritahu kalau berjalan ke Jawa Timur jangan lepaskan peluang untuk menziarahi masjid yang cantik, unik dan misteri ini.
Agak payah juga mencari lokasi masjid ini, kerana ianya terletak di kawasan perumahan. Terpaksalah bertanya sana bertanya sini. Hal ini juga menjadi misteri kerana masyarakat setempat tidak mengetahui masjid ini dibina pada permulaannya, sedar-sedar sudah separuh pembinaan. Selama ini mereka tidak perasaan kerja-kerja pembinaan. Apatah lagi mereka tidak terlibat sama dalam gotong royong pembinaan masjid tersebut.
Waktu tu dah hampir zohor, hamba ambil kesempatan cari bilik air dan mandi dahulu. Lepas tu solat dan baru melawat kawasan sekitar masjid ini. Hamba solat zohor berjamaah di masjid yang sederhana besarnya. Masjid ini tak berapa jauh dari kantin makan. Masjid ini agak jauh dari komplek utama yang terdapat bangunan 10 tingkat itu. Satu bangunan yang ada masjid, ada deretan kedai-kedai cenderamata, makanan ringan dan busana muslim. Itu yang uniknya, masjid yang bukan seperti masjid.
Pembinaan Masjid Tiban atau Pondok Pesantren Salafiah Bihaaru
Bahri Asali Fadlaailir Rahmah ini telah dirancang sendiri oleh Kiyai Hj Ahmad
Bahru Mafdlaluddin Shaleh Al-Mahbub Rahmat Alam.
Beliau mula membina masjid Tiban ini pada tahun 1976. Masjid ini terletak di Jalan KH Wahid Hasyim, Gang Anyar RT 27 RW 06 Desa Sanarejo, Kecamatan Turen, Kabupaten Malang, Jawa Timur.
Mercu kompleks Tiban ini ialah bangunan utama setingga 10 tingkat dan masih berterusan pembinaannya. Dikatakan kompleks Tiban ini bukanlah sebuah masjid tetapi Pondok Pesantren yang bernama Pesantren Salafiah Bihaaru Bahri Asali Fadlaailir Rahmah yang mempunyai makna Lautan Madu atau " Fadilah Rohmat ".
Semasa aku berjalan-jalan itu ada yang bercerita yang sebenarnya masjid atau kompleks pondok pesantren ini dibina oleh pelajar dan jemaah pesantren secara beransur-ansur. Memang kalau kita naik ke tingkat 7, tingkat yang banyak kedai menjual pelbagai barang, masih belum siap sepenuhnya. Cuma tak Nampak orang buat kerja dan peralatan untuk membina bangunan dengan skala yang besar. Itu yang misterinya…
Bangunan utama kompleks pesantren ini mempunyai 10 tingkat, tingkat 1 sampai dengan 4 digunakan sebagai tempat kegiatan para pelajar pesantren, tingkat 6 seperti ruang keluarga, sedangkan tingkat 5, 7, 8 terdapat ruang niaga yang di kelola oleh pelajar wanita.
Rekabentuk masjid Tiban hasil istikharah Kiai Hj Ahmad mempunyai pengaruh senibina timur Tengah, Cina, Turki dan dan kesenian Jawa.
memang menarik hiasan dalaman komplek masjid Tiban ini. Penuh dengan seni dan cantik...dan kebanyakannya berwarna biru. |
Comments