Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kembara Labuan Bajo

Catatan perjalananku di Labuan Bajo: Keindahan Timur Indonesia yang Memukau

Nama Labuan Bajo sering aku dengar sebagai permata tersembunyi di timur Indonesia. Namun, hanya setelah menjejakkan kaki sendiri di sini barulah aku faham mengapa tempat ini begitu istimewa. Labuan Bajo bukan sekadar destinasi pelancongan, tetapi sebuah pengalaman yang menggabungkan laut, pulau, budaya dan ketenangan yang sukar dilupakan.      Perjalanan aku bermula sebaik tiba di lapangan terbang Komodo. Dari udara, aku sudah dapat melihat gugusan pulau kecil yang terapung di lautan biru.  Sejurus keluar dari pesawat, angin laut yang hangat menyambut kedatangan aku. Suasananya jauh berbeza daripada kota besar — lebih perlahan, lebih tenang dan lebih dekat dengan alam. Hari pertama aku habiskan dengan berjalan di sekitar bandar kecil Labuan Bajo. Pelabuhan menjadi nadi utama di sini. Aku melihat bot pelancong berbaris, bersedia membawa pengunjung ke pulau-pulau sekitar Taman Nasional Komodo.  Pada waktu petang, aku naik ke satu bukit kecil untuk melihat matahari...

Labuan Bajo yang kutemui

Waktu Terbaik April – Oktober (musim kering, laut tenang) Sunset sekitar 5.45 – 6.30 petang Labuan Bajo ialah pintu masuk utama ke Taman Nasional Komodo dan antara destinasi paling menarik di Indonesia   Kemudahan Hotel & resort dari bajet ke mewah Restoran seafood & kafe sunset Lapangan Terbang Komodo (LBJ) – penerbangan terus dari Jakarta/Bali  Pengenalan Ringkas Lokasi: Flores Barat, Nusa Tenggara Timur Daya tarikan utama: Pulau eksotik, laut jernih, bukit savana & komodo Sesuai untuk: Island hopping, snorkeling, diving, honeymoon & fotografi Tempat Wajib Lawat Pulau Komodo & Rinca – lihat komodo liar Pulau Padar – view ikonik 3 teluk Pulau Kelor – hiking ringkas & snorkeling Pink Beach – pasir merah jambu Pulau Kanawa & Manjarite – snorkeling jernih Pulau Kalong – sunset + kelawar terbang Aktiviti Popular Island hopping naik bot phinisi Snorkeling & diving (kelas dunia) Hiking bukit savana Sunset & overnight di bot Fotografi ...

Labuan Bajo: Uniknya rumah adat suku Manggarai Flores yang dinamakan Mbaru Niang

Salah satu keseronokan semasa travel ialah dapat bergerak sesuka hati tanpa terikat dengan jadual tertentu. Selalunya kita akan bertemu dengan sesuatu yang tidak terjangka dan di luar kotak pemikiran. Semasa kembara Labuan Bajo hamba menyewa skuter Yahama NMax, sungguh santai dan bebas bergerak. Lalu terjumpalah rumah yang pelik dan unik iaitu rumah adat suku Flores. P ulau Flores terdiri dari banyak suku, beragam budaya dan adatnya. Mereka mempunyai rumah adat yang pelbagai, salah satunya ialah rumah adat suku Manggarai. Rumah adat mereka dinamakan  Mbaru Niang. Mbaru Niang itu berbentuk kerucut iaitu bumbung yang bulat, besar di bawah dan semakin mengecil ke atas. Mbaru Niang boleh mencapai ketinggian sehingga 15 meter.   Tak semua tempat di Manggarai memiliki Mbaru Niang. Biasanya ia terdapat di Kampung adat Wae Rebo dan Todo yang diakui sebagai pusat kerajaan Manggarai pada masa lampau. Rumah adat Mbaru Niang ini memang unik dan telah mendapatkan penghargaan tertinggi...

Menikmati waktu fajar di Labuan Bajo dan menghayati munculnya matahari di ufuk timur

Masjid ini adalah masjid paling besar, paling cantik dan ramai jemaahnya. Kalau sampai ke Labuan Bajo jangan lupa beriktikaf di masjid ini walau sekejap sahaja.   Walaupun agak jauh dari hostel hamba kuatkan semangat untuk ke masjid ini. Pada cubaan pertama, jalan kaki sampai masjid masbuk rakaat akhir. Hamba hanya dapat datang awal subuh bila sudah menyewa skuter Yamaha NMax. Setelah solat subuh hamba mengambil kesempatan untuk meronda keliling Labuan Bajo, mendaki antara puncak tertinggi dan merenung ke laut untuk menikmati sunrise. Nun nampak laut dan pantai di bawah sana. Remang-remang sunrise Pemandangan cantik di awal pagi Nikmati pemandangan cantik ini Memang cantik luar biasa landskap Kyrgyzstan (Kirgistan) 🌄 Negara ini sering digelar “Switzerland of Central Asia”, dan bila melihat sendiri, memang terasa sebabnya. 🌿 Kenapa landskap Kyrgyzstan begitu memukau? 1. Gunung Tian Shan yang megah Lebih 90% wilayah bergunung Puncak bersalji walaupun musim panas Gunun...