Friday 13 December 2013

Beijing - Ku beriktikaf di Masjid Nuijie yang tua usianya


Niat hati memang mahu solat sunat aidul adha di China.  Itu memang azam yang kental untuk lawatan marhaen kali kedua ke China.  Penerbangan MAS sampai di Beijing jam 1.30 pagi. Masjid yang menjadi tujuan ialah masjid Nuijie, kerana melalui kajian yang dibuat, masjid ini adalah masjid yang tua, unik, ada aura dan dikunjungi ramai orang. Ulat teksi di airport menawarkan Yuan 400. Mahal. Mencari-cari di mana tempat menunggu teksi.  Agak jauh dan tersorok.  Berlaku proses mendapatkan harga murah.  Ikut meter.  Menarik Cuma Yuan160 sahaja. Sampai di masjid ini jam 3 pagi. Ada beberapa  orang  jemaah  sedang beriktikaf dan solat malam.
Apabila subuh menjelang jemaah semakin ramai.  Menarik rakaat pertama imam baca surah yang panjang, tapi rakaat kedua imam baca surah Al Ikhlas sahaja.  Tiada Qunut, tiada duduk tahiyat akhir dan berzikir senyap-senyap sahaja. Mereka bukan mazhab Syafie. 
Jemaah masjid beritahu solat aidul adha jam 9 pagi.  Masa terluang itu digunakan untuk sarapan pagi di restoran halal yang banyak di sekitar masjid ini.  Cuma rasanya tak pedas dan agak tawar.  Minum the tanpa gula.  Jam 9 pagi masjid ini penuh sesak, melimpah ruah jemaah hingga ke luar masjid.  Muncul imam berpidato penuh semangat dalam bahasa Mandarin.  Ingat khutbah raya,  rupa-rupanya ceramah perdana 1 jam. Panas punggung duduk lama-lama.  Lepas tu baru azan dan solat raya.  Imam baca surah Al ~A’laa rakaat pertama dan surah al Ikhlas rakaan ke dua.  Selepas salam baru khatib naik mimbar baca khutbah raya.
            Jam 11 pagi orang ramai berkumpul di perkarangan masjid untuk program sembelih lembu dan bebiri qurban.  Hebatnya untuk proses sembelihan ini mereka hanya perlukan 3 orang sahaja.  Parangnya sangat tajam.
            Jam 12 tengahari orang beransur pulang.  Dan saya mula bergerak stesen keretapi “bullet” untuk ke Tianjin.


Thursday 12 December 2013

AQABA: KUJEJAKI SI BORDER TOWN

KETEMUI AQABA “THE BORDERS TOWN”


        Perjalanan selama 8 jam dari Amman ke Aqaba memang mencabar kerana cuaca yang panas dan pemandangan gurun yang kering kontang. Pemandangan ini sangat berbeza dengan perjalanan dari Amman ke Damsyik yang sejuk dan sangat cantik pemandangannya. Namun atas tarikan kota bersejarah segala kepenatan itu seakan tidak terasa. Yang menariknya barang di sini agak murah terutama jenis-jenis coklat dan kekacang. Barangan lain juga murah kerana status bandar ini yang bebas cukai. Sea-food juga agak murah, fresh dan sedap. Aqabah ini adalah satu-satunya bandar tepi laut kepunyaan Jordan. 
Aktiviti lain yang menarik di sini ialah scuba diving, windsurfing, snorkeling, mandi laut, glass boat dan bersantai menikmati angin laut yang permai. Di tepi pantai ini ada kubu mamluk Aqabah dan tiang bendera paling besar dan paling tinggi di Jordan (dan kedua tertinggi di dunia). Bendera ni lambang Revolusi Arab.
        Gulf of Aqaba adalah sebuah teluk yang bersambung dengan Laut Merah. Teluk Aqabah ini juga menjadi sempadan Jordan, Palestin, Egypt dan juga Arab Saudi. Lokasinya yang sangat strategik ini, menjadikan Aqabah menjadi salah satu bandar penting bagi Jordan untuk tujuan import, eksport, pelabuhan, pelancongan, hasil laut dan pusat perniagaan serantau.


         Berhampiran kota Aqaba ini terdapat dua tempat yang bersejarah iaitu Eilat dan Ayla. Eilat terletak dalam kawasan jajahan Israel sementara Ayla masih dalam daerah berdaulat Negara Jordan. Aqabah Jordan ni nama lamanya adalah Ayla - sejak di zaman pemerintahan Umar Al-Khattab lagi. Ia mula dikenali dengan nama Aqabah di kurun ke-16. Dan sekarang nama Ayla ni digunakan pula oleh orang Israel ke atas kawasan di seberang teluk Aqabah iaitu Eilat. Jika kita bersantai di pantai Aqaba yang cantik itu, kita akan nampak daerah Eilat dengan jelas.

Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-A'araf ayat 163 :
‘“Dan Bertanyalah kepada mereka (Wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar Yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, Yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik”.
        Menurut Ibnu Katsir dalam Kitab Al-Bidayah wan Nihayah - bandar yang diperkatakan Allah di dalam ini adalah penduduk Aylah. Aylah adalah sebuah kota yang terletak di tepi laut antara negeri Mesir dan Makkah, juga antara Madyan dan Thur. Negeri yang subur dengan hasil laut dan kurma ini merupakan batas pertama wilayah Hijaz. Juga ia pernah menjadi salah sebuah kota jajahan kerajaan Romawi suatu ketika dahulu.
       Begitu juga dengan golongan Ashabul Sabt yang diceritakan dalam ayat Allah tu tadi. Ashabul Sabt nih adalah masyarakat Yahudi yang menetap di sebuah kawasan bernama Aylah/Ailah yang terletak di Teluk Bahroum Khoulzoum (atau sekarang lebih mahsyur sebagai Laut Merah). Ashabul Sabt ni telah Allah haramkan ke atas mereka untuk berkerja menangkap ikan (kerja nelayan) pada hari Sabtu sebab Allah dah kuatkuasakan sejak zaman Nabi Musa yang hari Sabtu adalah hari cuti bekerja dan hanya boleh beribadat 24 jam sahaja. Namun Allah s.w.t menguji mereka dengan memperbanyakkan ikan pada hari Sabtu, dengan muncul di permukaan laut. Kaum yang ingkar ini, akhirnya hilang sabar lalu mereka menangkap ikan dengan menggunakan helah membuat kolam untuk memerangkap ikan pada hari Sabtu dan pada keesokkan harinya baru mereka mengutip ikan-ikan tersebut. Penduduk Aylah terbahagi kepada 3 golongan: (1) golongan yang tangkap ikan dan ingkar pada Allah (2) golongan yang melarang menangkap ikan dan (3) golongan yang berkecuali dan tidak berpihak. Anehnya golongan ketiga ini menemplak golongan kedua yang mereka anggap suka menjaga tepi kain orang, maka golongan kedua ni menjawab seperti yang ada di dalam ayat seterusnya dalam quran:
164. Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka Dengan azab yang amat berat?" orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".
165. Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).
166. Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".

Ayat 'jadilah kamu kera yang hina' itu pun sebenarnya banyak tafsiran. Ada yang kata memang tukar jadi kera secara literal dan ada yang kata ia adalah sekadar perumpamaan sahaja kerana kera ini sifatnya degil tak mau dengar kata. Dan azab seksa yang menanti mereka selepas itu adalah gempa bumi yang sangat dasyat.

         Tempat bersejarah lain di Aqabah Jordan ini ialah Tell al-Khalifah terletak di sempadan Jordan-Eilat ringkasnya dikenali sebagai Ezion-Geber sebagaimana yang termaktub dalam Bible- di sini Raja Sulaiman telah membina sebuah armada perang yang belayar ke Ophir ( Somalia ) dan telah membawa pulang emas yang banyak kawasan itu ditemui selepas 8 SM selain menjadi tempat peleburan tembaga dan persinggahan kafilah perdagangan . Menjelang kurun pertama SM , Nabatean yang sering merompak pedagang di Laut Merah telah tinggal di Ayla dan pada masa yang sama para pedagang dari Ailana telah dijumpai di Yaman . Kisah 1001 Arabian Night juga pernah mencatatkan Sinbad pernah singgah di pelabuhan Aylah
         Bermula dari 106 M kawasan ini mengalami perubahan perundangan bermula dari Roman seterusnya pemerintahan Islam . Puak Ghassan pada awalnya menguasai Ayla mewakili kerajaan Byzantium. Tahun 639 Saidina Umar Al-Khattab singgah di Ayla dan Amru Al'as dikatakan berkubu di sini bersama tentera Islam pada tahun 634 masihi.
        Era pemerintahan Islam, Ayla menjadi laluan para haji yang datang dari arah Syam. 1024 masihi, Aylah dirampas oleh Abdullah bin Idris Al-Ja'fari dari kerajaan Fatimiah. Antara tahun 1072-1073 kawasan ini dilanda gempa bumi dan pada 1116 tentera salib menguasai Aylah. Sallehuddin Al-Ayubi berjaya mengambil kawasan ini pada 1171 masihi dan kemudiannya jatuh ke tangan tentera salib semula dan dirampas kembali oleh pasukan tentera Sallehuddin Al-Ayubi yang diketuai oleh Husamuddin Lu'Lu' pada 1183 masihi.


         Kubu Aqabah telah dibina semula pada 1587 M di bawah seorang daripada pemerintah terakhir Sultan Mamluk ( Sultan Qansweh al-Ghuri , 1501 – 1516 M dan telah beberapa kali diubah suai selepas itu .
         Tentera Seragam Hashimiyyah telah ditempatkan di atas pintu masuk utama semasa Pemberontakan Arab dalam Perang Dunia I di mana menyaksikan orang Turki beramai-ramai dihalau keluar dari kota ini. Pada permulaan kurun ke-16 , Empayar Othmaniyyah telah menguasai Aqabah dan pulau di sini . Selama 400 tahun bandar ini kekal sebagai perkampungan nelayan sehinggalah pasukan Othmaniyyah keluar dari kota ini setelah diserang tentera Arab di bawah pimpinan Raja Hussein bin Ali, pemimpin Hasyimiyyah dalam Pemberontakan Arab dan turut serta Raja Hussein adalah Lawrence of Arabia.