Penubuhan Kerajaan Islam Cordova (750 – 1031)
Pada tahun 750M, kerajaan Bani Umaiyah yang berpusat di Damsyik digantikan dengan kerajaan Bani Abbasiah yang berpusat di Baghdad. Perubahan ini memberi impak kepada pemerintahan di Andalusia. Pada tahun 756 Abdurrahman Ad-Dakhil, dari keturunan Bani Umaiyah telah melantik dirinya sebagai Amir kerajaan Andalusia yang berpusat di Cordoba dan melafazkan tidak mahu taat kepada Khalifah dari Bani Abbasiah. Sistem Amir ini diteruskan oleh Hisyam I (788-796), Al-Hakam I (796-822), Abdurrahman II (822-852), Muhammad I (852-886), Al-Mundhir (886-888), dan Abdullah ibn Muhammad (888-912). Pada tahun 929, Abdurrahman III telah menukar sebutan Amir kepada gelaran Khalifah. Gelaran ini diteruskan oleh Al-Hakam II (961-976), Hisyam I (976-1008), Muhammad II (1008-1009), Sulaiman II (1009-1010), Hisyam II (1010-1012), Sulaiman II (1012-1016), Abdurrahman IV (1017), Abdurrahman V (1023-1024), Muhammad III (1024-1025), dan Hisyam III (1026-1031).
Runtuhnya Kerajaan Islam Cordova
Pada tahun 976, Hisyam I telah diangkat sebagai khalifah pada umur 11 tahun. Ini adalah bibit awal kepada kehancuran kerajaan Islam Andalusia yang berpusat di Cordova Sepanyol. Oleh kerana khalifah masih kanak-kanak lagi, urusan pemerintahan negara telah dijalankan oleh menteri-menteri. Pada tahun 981 M, Khalifah telah melantik menterinya yang bernama Ibn Abi Amir untuk mentadbir negara mewakili baginda. Ibn Abi Amir ialah seorang menteri yang bercita-cita tinggi dan telah berjaya meluaskan lagi empayar Islam dengan menyingkirkan rakan-rakan dan saingan-saingannya. Jasa beliau yamg besar ini menyebabkan beliau digelar sebagai al-Manshur Billah. Beliau meninggal dunia pada tahun 1002 M.
Jawatan untuk mengurus negara ini telah digantikan oleh anak Ibn Abi Amir yang bernama al-Muzaffar. Al Muzaffar telah bejaya mengurus negara dengan cemerlang. Namun apabila beliau meninggal dunia pada tahun 1008 M, adik beliau telah gagal untuk meneruskan kecemerlangan seperti abangnya. Dalam beberapa tahun saja, negara yang tadinya makmur dilanda kekacauan dan akhirnya hancur berkecai.
Pada tahun 1009 M khalifah Hisyam I telah mengundurkan diri. Beberapa orang pengganti baginda cuba untuk mengurus negara namun tidak ada yang berjaya. Berlaku perang saudara yang sengit hingga khirnya pada tahun 1013 M, sekumpulan menteri yang memerintah Cordova itu telah merampas kuasa lalu menghapuskan sistem khalifah. Situasi konflik ini telah menyebabkan kerajaan Islam Andalusia telah mula terpecah dan terbentuk pula beberapa negara kecil yang berpusat di kota-kota tertentu. Negeri Andalusia kemudian terpecah menjadi lebih dari tiga puluh negera kecil di bawah pemerintahan raja-raja golongan atau Al-Mulukuth Thawaif, yang berpusat di suatu kota seperti Kerajaan Malaga, Zaragoza, Valencia, Badajoz, Sevilla, dan Toledo. Kerajaan Islam Cordova ini musnah sepenuhnya pada tahun 1031.
Kerajaan Islam Mulukuth Thawaif (1031 – 1085)
Pada tahun 1031, muncul pula kerajaan yang kecil dan bersifat lokaliti. Raja-raja kerajaan ini digelar Mulukuth Thawaif. Raja-raja ini kemudian saling bermusuh dan berperang sesame sendiri hanyalah kerana tamak kuasa. Kisah-kisah tentang dengki, khianat, cemburu dan fitnah berlaku saban hari. Ini diburukkan lagi dengan kisah-kisah perebutan puteri cantik dan perebutan harta.. Raja-raja ini menjadi alpadan sibuk dengan urusn dunia sedangkan umat Kristian telah mempersiapkan kekuatan untuk merebut kembali Sepanyol. Lebih malang lagi dalam perang saudara ini ada antara pihak-pihak yang berselisihan faham itu telah meminta bantuan kepada raja-raja Kristian. Melihat kelemahan dan kekacauan yang menimpa keadaan politik Islam itu, untuk pertama kalinya orang-orang Kristian mula tersedar dan menghidu peluang untuk merampas kuasa. Mereka mulai menyusun strategi untuk melakukan penyerangan. Mereka tiba dapat keberanian untuk berperang. Jelaskah akibat sengketa sesama sendiri, Allah telah mencabut rasa gerun di pihak musuh terhadap orang Islam.
Kerajaan Islam Murabithun (1086 – 1143)
Ketika zaman perang saudara ini, tiba-tiba muncul satu kerajaan yang kuat dan dominan di bawah pemerintahan dinasti Murabithun (1086-1143 M). Dinasti Murabithun ini pada mulanya adalah sebuah gerakan agama yang didirikan oleh Yusuf ibn Tasyfin di Afrika Utara. Pada tahun 1062 M, beliau berjaya mendirikan sebuah kerajaan yang berpusat di Marakesy. Pada tahun 1086 Yusuf ibn Tasyfin telah masuk ke Sepanyol atas “undangan” penguasa-penguasa Islam di sana yang sedang berperang sesama sendiri dan dalam masa yang sama sedang menahan asakan orang Kristian. Beliau telah berjaya menewaskan tentera Castilia. Yusuf terus berperang mengalahkan tentera Kristian dan berjaya menguasai kembali Sepanyol. Malangnya raja-raja selepas Yusuf adalah raja-raja yang lemah. Pada tahun 1143 M, kekuasaan dinasti ini berakhir, baik di Afrika Utara maupun di Sepanyol. dan digantikan oleh dinasti Muwahhidun.
Kerajaan Islam Muwahhidun (1146 – 1235)
Pada tahun 1146 M penguasa dinasti Muwahhidun yang berpusat di Afrika Utara merebut daerah ini. Muwahhidun didirikan oleh Muhammad ibn Tumart Dinasti ini datang ke Sepanyol di bawah pimpinan Abd al-Mun’im. Antara tahun 1114 dan 1154 M, kota-kota muslim penting, Cordova, Almeria, dan Granada, jatuh ke bawah kekuasaannya. Untuk jangka beberapa dekad, dinasti ini mengalami banyak kemajuan. Kekuatan-kekuatan tentera Kristian dapat dilemahkan dan dikalahkan. Akan tetapi tidak lama setelah itu, Muwahhidun pula mengalami perpecahan.
Pada tahun 1212 M, tentara Kristian memperoleh kemenangan besar di Las Navas de Tolesa. Kekalahan-kekalahan yang dialami Muwahhidun menyebabkan penguasanya memilih untuk meninggalkan Sepanyol dan kembali ke Afrika Utara pada tahun 1235 M. Keadaan Sepanyol kembali kacau bilau dan berada di bawah penguasa-penguasa kecil. Dalam situasi ini umat Islam tidak mampu bertahan dari serangan-serangan Kristian yang semakin besar.
Yang pertama hancur adalah Toledo yang jatuh pada tahun 1085 di mana Raja Al Qadir Adzdzunnuniyah menyerah kepada Raja Leon Alfonso VII. Kemudian Mustansir al-Mudiayah menyerah kepada Ramire II dari Aragon. Kerajaan Cordova yang terbesar di Andalusia jatuh pada tahun 1236 dan Kerajaan kedua terbesar Sevilla dikalahkan dan takluk pada tahun 1248.

Comments