Monday 15 August 2016

Salzburg : Ku rindukan sungaimu yang lesu sepanjang hari

Kutemui Salzburg ketika matahari belum terbit. Aku hanya mampu memandang Sungai Salzach yang membelah kota lama (Altstadt) dan kota baru (Neustadt) Salzburg yang mengalir dengan tenang dan lesu menuju destinisinya.

Salzburg adalah sebuah wilayah Austria yang terletak di bahagian utara Banjaran Alps dan dekelilingi oleh dua gunung kecil iaitu Monchsberd dan Kapuzinerberg.
Salzburg berasal dari bahasa Jerman yang bermaksud kota garam.  Diceritakan kota ini dulu adalah penting untuk peniagaan garam di Eropah dan sungai Salzach inilah yang menjadi nadi perhubungannya.
Pada tahun 1997, UNESCO telah memasukkan Old Town ini ke dalam World Heritage Site dengan nama Historic Centre of the city of Salzburg.
Mentari baru muncul dan kelihatan manusia mula bangun dan bergerak menyusuri sungai lesu ini.  Mamat melayu ini masih bermenung dan merenung sungai ini, cantiknya kejadian ciptaan Allah ini.
Daun maple berguguran, mencetus ilham untuk berkarya. Seorang tua mengayuh spedanya, perlahan, lambat dan tenang sambil menyusuri Sg. Salzach yang tua, tenang dan lesu jua. Mungkin suasana seperti inilah Mozart dapat mencipta karya-karya muzik yang hebat.  Mozart lahir dan tinggal di kota ini.
Ketika suasana semakin cerah, Salzburg semakin meriah.  Nun seberang sungai itu adalah kawasan Neustadt atau new city.  Tempat mamat Melayu tu duduk ialah kawasan Altstadt atau old town.





Mentari semakin menghilang, senja mula menjelma.  Setelah penat berjalan aku kembali bersidai di tepian sungai ini.
Cuaca semakin sejuk, angin mula berhembus menjatuhkan daun-daun maple yang kekuningan. Aku masih lagi di situ.
Menghayati keindahan kota Salzburg di waktu malam.  Ketika cahaya mula bergemerlapan dan terbias oleh air sungai.

Memang cantik...........
Larut malam .... baru kutinggalkan Sg Salzach.....
kerana perjalanan aku masih jauh .....
Aku sukakan ketenangan kau tetapi aku pun seniman ...
aku hanyalah seorang musafir yang tidak boleh "lesu" dalam perjalanannya.

Thursday 11 August 2016

Cappadocia : Melayan lenggokan merpati yang mengasyikkan

Cappadocia ni memang happening.  Berbaloi untuk sampai tempat seperti ini.  Landskapnya memang unik dan melekat kat minda walau dah lama masa berlalu.
 
Salah satu yang uniknya tempat ini bukan sahaja manusia suka tinggal tetapi menjadi syurga untuk burung merpati berkomuniti.
leka melihat kerenah burung merpati ini.  Nun.... lubang-lubang keci gua itulah tempat kediaman merpati ini, higga tempat ini digelar pigeon valley...

 
   






Yeralthi Sehri : Kuhayati puing-puing penghuni "underground city" di Turki

Perjalananan yang jauh dari Istanbul ke Capacodia memang memenatkan, bayangkan bertolak dari Istanbul jam 6pm dan hanya sampai ke Capacodia ini jam 9 am. Yang paling menarik ialah semasa melihat "Ozkonak Yeralti Sehri".  Bahasa mudahnya Bandar bawah tanah Ozkonak.  Bandar bawah tanah di sini banyak.  Ada yang masih berfungsi, ada yang masih terbenam dan belum diterokai dan ada yang menjadi tempat perlancongan sahaja.
Itulah maksud Yeralti Sehri @ Underground city. Banyak kawasan perumahan di atasnya.
 
Yang paling menariknya aku berkenalan dengan imam Omar, dia part time berjualan di gerai cenderahati.  Dia bercerita dialah orang yang mula-mula menjumpai Ozkonak underground city ini.  Aku mula-mula macam tak percaya, lalu dia menawarkan aku membeli buka tentang undergound city ini.  Baca-baca ... memang benar dakwaan imam Omar ini. Nama dia Omar, imam itu aku gelar aja sebab dia kata dia jadi imam di kawasan penempatan Ozkonak ini.
 Inilah satu-satu tanda yang nampak di atas tanah, underground city ini, lubang udara!

 Akupun turunlah masuk dalam .... ramai tourist rupanya
 Ada tukang cerita profesional juga ... ceritakan tentang underground city.  Aku kebetulan dah beli buku kat imam Omar tadi.  Lagi faham.
 Nun lubang udara yang macam perigi kat atas tanah tadi.

 
 Sejuk kat dalam ni.  macam ada pendingin hawa.
 macam-macam bilik yang tersusun dengan cantik.  dan yang canggihnya underground city ini ada tujuh tingkat. 
 Siap ada kolah mandi lagi.  Canggih tak canggihlah.
 Yang aku pelik, bagaimana "pencahayaan" dalam underground city ini.  Tentu gelap kalau tak ada lampu.
 Pintu "batu" boleh tolak dan tarik.  Canggih...
 Starategi keselamatan pun canggih.  Bila pintu batu ditutup mereka masih boleh menyusup keluar melalui pintu-pintu rahsia yang lain.   bayangkan gelap............
 Aku cuba hayati macam manalah hidup dalam underground city ini...

 
 Tapi yang penting tempat ini bukan gua batu yang primitif....
 Tempat ini memang canggih.... hinggakan mereka boleh berhubung dengan bandar bawah tanah yang lain ......... melalui laluan tertentu..

Tinggi bandar bawah tanah ini pun ok... selesa... tak payah nak tunduk-tunduk....  macam manalah mereka gali underground city ini.....
banyak rahsia yang masih tersembunyi lagi.... so sapa-sapa yang pergi turki jangan lepas peluang menghayati underground city ini.....