Skip to main content

Yeralthi Sehri : Kuhayati puing-puing penghuni "underground city" di Turki

Perjalananan yang jauh dari Istanbul ke Capacodia memang memenatkan, bayangkan bertolak dari Istanbul jam 6pm dan hanya sampai ke Capacodia ini jam 9 am. Yang paling menarik ialah semasa melihat "Ozkonak Yeralti Sehri".  Bahasa mudahnya Bandar bawah tanah Ozkonak.  Bandar bawah tanah di sini banyak.  Ada yang masih berfungsi, ada yang masih terbenam dan belum diterokai dan ada yang menjadi tempat perlancongan sahaja.
Itulah maksud Yeralti Sehri @ Underground city. Banyak kawasan perumahan di atasnya.
 
Yang paling menariknya aku berkenalan dengan imam Omar, dia part time berjualan di gerai cenderahati.  Dia bercerita dialah orang yang mula-mula menjumpai Ozkonak underground city ini.  Aku mula-mula macam tak percaya, lalu dia menawarkan aku membeli buka tentang undergound city ini.  Baca-baca ... memang benar dakwaan imam Omar ini. Nama dia Omar, imam itu aku gelar aja sebab dia kata dia jadi imam di kawasan penempatan Ozkonak ini.
 Inilah satu-satu tanda yang nampak di atas tanah, underground city ini, lubang udara!

 Akupun turunlah masuk dalam .... ramai tourist rupanya


Sejarah Yeraltı Şehri (Bandar Bawah Tanah) di Cappadocia



Di Cappadocia, terdapat lebih 200 bandar bawah tanah, dan yang paling terkenal ialah Derinkuyu, Kaymakli, Özkonak, dan Mazı. Kesemuanya mempunyai sejarah ribuan tahun.





📜 

1. Asal Usul: Zaman Het (Hittite), ± 1600–1200 SM



  • Kajian arkeologi menunjukkan bahawa pembinaan ruang bawah tanah bermula sejak zaman Het.
  • Pada mulanya ia hanya bilik-bilik perlindungan kecil ketika berlaku peperangan.
  • Struktur awal sederhana tetapi teknik ukiran batu tuff (batuan gunung berapi yang lembut) sudah digunakan.






🕊️ 

2. Zaman Kristian Awal (Abad 3–7 M): Era Persembunyian



Ini adalah era paling penting dalam sejarah bandar bawah tanah Cappadocia.



🛡️ Kenapa orang Kristian bina kota bawah tanah?



  • Pada abad ke-3 hingga ke-7, orang Kristian awal melarikan diri daripada:
    • penindasan Rom
    • serangan puak Arab & Parsi

  • Mereka perlukan perlindungan besar dan selamat → maka terbangunlah bandar bawah tanah yang lebih kompleks.




🏚️ Bagaimana ia digunakan?



Bandar bawah tanah lengkap dengan:


  • rumah
  • bilik simpanan makanan
  • bilik memasak & dapur pengudaraan
  • bilik ibadat
  • sekolah agama
  • kandang haiwan
  • sistem pengudaraan bertingkat 10–20 tingkat
  • pintu batu bulat gergasi (rolling stone doors) untuk menghalang musuh



Bandar bawah tanah terbesar seperti Derinkuyu boleh menempatkan hingga 20,000 orang pada satu masa.





⚔️ 

3. Zaman Byzantium (Abad 7–11 M): Pertahanan daripada serangan Arab



  • Ketika perang Byzantium–Arab, bandar ini berfungsi sebagai kubuan bawah tanah.
  • Banyak terowong ditambah, dan sistem pengudaraan diperkemaskan.
  • Terdapat terowong panjang yang menyambungkan bandar-bandar bawah tanah antara satu sama lain.






🕌 

4. Zaman Seljuk & Uthmaniyah (Selepas Abad 12–18)



  • Walaupun tidak digunakan sebagai kediaman tetap, kota bawah tanah terus menjadi tempat perlindungan sementara ketika konflik kecil.
  • Banyak terbiar tetapi masih digunakan oleh penduduk desa untuk menyimpan makanan dan bijirin.






🧭 

5. Penemuan Semula Zaman Moden (1960-an)



Bandar bawah tanah ini ditemui kembali secara tidak sengaja:


  • Derinkuyu ditemui selepas seorang penduduk meruntuhkan dinding rumahnya dan terjumpa ruang besar di bawahnya.
  • Ahli arkeologi menjalankan penggalian besar pada 1963.
  • Hari ini kawasan ini menjadi tarikan utama Cappadocia dan tapak UNESCO.






🏰 

Ciri-Ciri Unik Yeraltı Şehri




✔️ Boleh mencapai 18–20 tingkat ke bawah




✔️ Suhu stabil 13–15°C sepanjang tahun




✔️ Sistem pengudaraan canggih (lebih 50 lubang angin)




✔️ Pintu batu seberat 500 kg yang hanya boleh dibuka dari dalam




✔️ Ratusan terowong penghubung antara bandar




 Ada tukang cerita profesional juga ... ceritakan tentang underground city.  Aku kebetulan dah beli buku kat imam Omar tadi.  Lagi faham.
 Nun lubang udara yang macam perigi kat atas tanah tadi.

 
 Sejuk kat dalam ni.  macam ada pendingin hawa.
 macam-macam bilik yang tersusun dengan cantik.  dan yang canggihnya underground city ini ada tujuh tingkat. 
 Siap ada kolah mandi lagi.  Canggih tak canggihlah.
 Yang aku pelik, bagaimana "pencahayaan" dalam underground city ini.  Tentu gelap kalau tak ada lampu.
 Pintu "batu" boleh tolak dan tarik.  Canggih...
 Starategi keselamatan pun canggih.  Bila pintu batu ditutup mereka masih boleh menyusup keluar melalui pintu-pintu rahsia yang lain.   bayangkan gelap............
 Aku cuba hayati macam manalah hidup dalam underground city ini...

 
 Tapi yang penting tempat ini bukan gua batu yang primitif....
 Tempat ini memang canggih.... hinggakan mereka boleh berhubung dengan bandar bawah tanah yang lain ......... melalui laluan tertentu..

Tinggi bandar bawah tanah ini pun ok... selesa... tak payah nak tunduk-tunduk....  macam manalah mereka gali underground city ini.....
banyak rahsia yang masih tersembunyi lagi.... so sapa-sapa yang pergi turki jangan lepas peluang menghayati underground city ini.....

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...