Skip to main content

Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

usDalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini.


Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa. Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimakamkan. Ada riwayat mengatakan Nabi Muhammad mengetahui di mana makam Nabi Musa, tetapi baginda sengaja merahsiakannya karena khuatir  kaum Yahudi akan membongkarnya. 


Masjid Nabi Musa ini dibina dua tingkat tidak tidak termasuk basement. Luas komplek masjid ini adalah 5.000 meter persegi. Masjid ini mempunyai lima pintu masuk yang semuanya terbuka ke dalam kompleks. Kompleks ini dibina dari batu pasir yang hanya bahagian atasnya yang dipotong persegi.  


Masjid dan makam Nabi Musa, berada di permukaan tanah, terletak di dekat kubah di barat laut. Makamnya berbentuk persegi berukuran 5.5 meter. Bahagian tengah makam lebih kecil dari sisinya, berukuran panjang 4.7 m, lebar 1.6 m, dan tinggi 1.7 m. 


Masjid dan makam ini mula dibina pada masa Dinasti Mamluk pada tahun 1269 M. Sedangkan, penentuan Lokasi makam sudah ada sejak Dinasti Ayubiah. Dikatakan makam Nabi Musa AS itu dibina berdasarkan mimpinya Sultan Salahuddin Al Ayyubi. 


Dan juga berdasarkan kriteria yang terdapat dalam sebuah hadis: ”Seandainya aku di sana, maka sungguh akan aku perlihatkan kepada kalian kuburan Nabi Musa, di sebelah jalan, di kawasan berbukit pasir berwarna merah. (HR Bukhari dan Muslim).


Dibangun dari batu yang rapi, dan menghadap ke arah barat-timur. Sedangkan petinya terbuat dari kayu dan ditutupi oleh kain kiswa hijau. Bahagian atas makam berbentuk kubah setengah lingkaran yang puncaknya berbentuk empat lengkungan runcing. Makam itu dipagari dengan besi yang kukuh.


Menurut riwayat Nabi Musa AS berserta kaumnya telah terpaksa hidup berkelana di padang Tiih selama 40 tahun lantaran kaumnya tidak berani memasuki tanah Palestin dan juga menunggu perintah dari Allah. Mereka dalam perjalanan ke Baitul Maqdis setelah bebas dari kekejaman Firaun dan berjaya keluar dari Mesir. Namun Nabi Musa wafat di sini dan tak sempat memasukki Baitul Maqdis. Lalu kaumnya memakamkan baginda di sekitar tempat tersebut. Makam itu kini terletak 11 km di sebelah selatan Jericho atau 20 km di timur Jerusalem. Hingga wafatnya, Nabi Musa tidak berkesampaian untuk sampai ke Baitul Maqdis.


Sementara bagi kaum Yahudi dan Nasrani mereka percaya bahawa, makam Nabi Musa (Moses) terletak di Gunung Nebo, iaitu kira-kira 40 km dari Amman, Jordan. Dikatakanl lokasi tersebut tertulis dalam kitab Taurat. Dari gunung itu kita dapat melihat Laut Mati, Hebron, Ramallah, Jericho yang mereka percaya sebagai "the promising land."

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...