Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kembara vietnam

Kagum di Perut Bumi, Damai di Aliran Mekong

Terowong Yuyi: Di Bawah Tanah, Aku Belajar Tentang Ketabahan Langit Vietnam pagi itu cerah, tetapi jiwaku mula bergetar saat kaki melangkah ke kawasan hutan yang menyimpan rahsia perang — Tunnel Yuyi, atau lebih dikenali sebagai terowong Cu Chi. Dari luar, ia kelihatan tenang. Pokok-pokok hijau berdiri seperti biasa. Burung berkicau tanpa tahu bahawa di bawah tanah ini pernah berdenyut nadi sebuah perjuangan. Aku tunduk, memandang lubang kecil di tanah.  Lubang itu terlalu sempit untuk seorang manusia moden seperti aku. Tetapi di situlah suatu ketika dahulu, manusia hidup, bernafas, berlindung, merancang, dan bertahan. Aku menarik nafas panjang sebelum masuk. Di dalam terowong, suasana berubah. Gelap, sempit, dan sunyi. Dinding tanah menyentuh bahu. Udara terasa berat. Setiap langkah membuatkan jantung berdetak lebih laju. Di sinilah aku mula faham bahawa kebebasan tidak pernah lahir di tempat selesa. Aku membongkok, kadang merangkak. Peluh menitis walau perjalanan cuma ...

Melihat sendiri tinggalan sejarah perjuangan gerila Vietcong