Ada dua wanita dari Kerajaan Uthmaniyyah yang dihantar ke alam Melayu untuk menjalinkan perhubungan iaitu Khadijah Hanum dan Ruqayyah Hanum. Khadijah Hanum berkahwin dengan Sultan Abu Bakar dari Johor manakala Ruqayyah Hanum berkahwin dengan adiknya Sultan, Engku Abdul Majid. Peranan Ruqayyah Hanum lebih besar, kerana beliau berkahwin 3 kali. Selepas Engku Abdul Majid beliau berkahwinQdengan menteri besar pertama Johor, Dato Jaafar Muhammad, dan dengan seorang usahawan berjaya Syed Abdullah Alatas. Hasil dari perkahwinan dengan Engku Abdul Majid muncul dari keturunannya, individu-individu seperti seorang ilmuan Professor DiRaja Ungku Abdul Aziz dan anaknya Zeti Aziz yang merupakan bekas governor bank negara Malaysia. Dari perkahwinan bersama Syed Abdullah Al Attas munculnya dari keturunannya ilmuan-ilmuan gergasi seperti Almarhum Prof Syed Hussein Alatas dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, dan anak-anak mereka seperti Dr Syed Farid Alatas dan Dr Ali Tawfik al-A...
MOHD AMIN AHMAD ajiemintebo@blogspot.com