Skip to main content

Pengaruh Turki Uthmaniah di Alam Melayu



Ada dua wanita dari Kerajaan Uthmaniyyah yang dihantar ke alam Melayu untuk menjalinkan perhubungan iaitu Khadijah Hanum dan Ruqayyah Hanum. Khadijah Hanum berkahwin dengan Sultan Abu Bakar dari Johor manakala Ruqayyah Hanum  berkahwin dengan adiknya Sultan, Engku Abdul Majid.


Peranan Ruqayyah Hanum lebih besar, kerana beliau berkahwin 3 kali. Selepas Engku Abdul Majid beliau berkahwinQdengan menteri besar pertama Johor, Dato Jaafar Muhammad, dan dengan seorang usahawan berjaya Syed Abdullah Alatas.   


Hasil dari perkahwinan dengan Engku Abdul Majid muncul dari keturunannya, individu-individu seperti seorang ilmuan Professor DiRaja Ungku Abdul Aziz dan anaknya Zeti Aziz yang merupakan bekas governor bank negara Malaysia.


Dari perkahwinan bersama Syed Abdullah Al Attas munculnya dari keturunannya ilmuan-ilmuan gergasi seperti Almarhum Prof Syed Hussein Alatas dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, dan anak-anak mereka seperti Dr Syed Farid Alatas dan Dr Ali Tawfik al-Attas. Mereka adalah kaum kerabat bersama ulama dan Imam masjid Ba'alawi Singapura, Habib Hasan Alatas.


Dari perkahwinan bersama Dato Ja'afar Muhammad pula terlahirnya Onn Ja'afar, pengasas UMNO, Tun Hussein, dan Dato Seri Hishammuddin Hussein, menteri pertahanan dan Naib Presiden UMNO.


Jadi kesan dari hubungan yang terjalin antara Turki dan alam Melayu sangat-sangat besar yang melahirkan individu-individu yang memberi sumbangan besar pada ummat Islam pada peringkat nasional dan antarabangsa.




Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Sejarah Kubah Emas di Masjid Al Aqsa

  Di dalam Masjid al-Aqsa terdapat beberapa buah kubah cantik yang menghiasi halaman masjid. Kesemua kubah ini telah dibina semenjak pemerintahan Islam lagi bermula dari zaman Umaiyah hinggalah ke zaman pemerintahan al-Ayyubi, Mamluk dan Uthmaniyyah. Usaha-usaha tersebut merupakan manifestasi umat Islam akan keprihatinan mereka dalam memberi impak dan sumbangan untuk menghidupkan Masjid al-Aqsa. Kubah-kubah ini telah dibina atas pelbagai tujuan antaranya dijadikan tempat untuk para jemaah menunaikan solat, majlis-majlis ilmu  atau tempat untuk melakukan ibadah dan iktikaf. Berikut merupakan 15 buah kubah yang terdapat di dalam halaman Masjid al-Aqsa:   Kubah as-Sakhrah al-Mushrifah (Kubah Batu / The Dome of the Rock) Merupakan salah satu model seni bina Islam yang paling agung dan indah pada era awal pemerintahan Islam di dunia. Kubah ini telah dibina semasa kerajaan Umaiyah oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada tahun 65-86 H bersamaan dengan tahun 685-705 M di k...