Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kembara Marga

Pak Ngah Hj Mahmud ke Malaysia 2025

 

2023: Menyantuni Pak Ngah Mahmud dari Jambi

 

KELUARGA RADEN DI BATU PAHAT

AKU DILAHIRKAN DI KG TANJONG SEMBERONG BATU PAHAT JOHOR. SEMASA KECIL SEMUA PENDUDUK KAMPUNG TERSEBUT BERGELAR RADIN.  MEREKA ADALAH RAKAN-RAKAN SEPERMAINAN.  DATUKKU SELALU SEBUT PERKATAAN TEBO SEBAGAI TANAH TUMPAH DARAH KAMI  SEDANGKAN GOLONGAN RADIN INI TIDAK PERNAH MENGENALI WILAYAH TEBO INI.  APA KAITAN MEREKA DENGAN WILAYAH TEBO INI? GOLONGAN RADIN INI  HANYA TAHU MEREKA KETURUNAN SULTAN TAHA JAMBI. MEREKA MASIH MEMPUNYAI KELUARGA YANG TINGGAL DI KG TANJONG RADIN, SEBERANG KOTA JAMBI. BARU-BARU INI, AKU MERANCANG UNTUK MELIHAT SENDIRI TINGGALAN SEJARAH SULTAN TAHA. SEMASA MELALUI KOTA TEBO, TERLIHAT TUGU DI PERSIMPANGAN JALAN KOMPLEKS MAKAM PAHLAWAN NASIONAL SULTAN TAHA AGAK TIDAK DIJAGA DENGAN RAPI, TIDAK ADA TINGGALAN ISTANA, TIDAK ADA KAMPUNG YANG BOLEH DIKAITKAN DENGAN KELUARGA SULTAN TAHA. SENANG CERITA TIDAK CUKUP INFORMASI. SULTAN TAHA ADALAH PAHLAWAN NASIONAL PROVINSI JAMBI. SULTAN TERAKHIR JAMBI.. KAUM KELUARGANYA MASIH ADA DI ...

DI MANA AGAKNYA KELUARGA TOK AYAH AHMAD JAMBI DI SALOR PASIR MAS

 MEREKA BERDUA DATANG DARI DUSUN YANG SAMA. DUSUN TANAH TUMBUH, MUARA BUNGO, JAMBI. MEREKA BERSAUDARA. MEREKA MERANTAU MENDALAMI ILMU AGAMA.SATU KE KEDAH DAN SATU LAGI KE KELANTAN. MEREKA TIDAK PERNAH BERTEMU SEMULA SEHINGGA KE AKHIR HAYAT. AL FATIHAH UNTUK MEREKA BERDUA. KANAN: ALLAHYARHAM TOK AYAH AHMAD JAMBI. BELIAU BELAYAR DARI DUSUN TANAH TUMBUH JAMBI UNTUK MONDOK DI KELANTAN. KIRI:  ARWAH ATOK LEBAI HANAFI TAIS MENYEBERANGI SELAT MELAKA UNTUK MONDOK DI KEDAH TOK AYAH NI PERNAH DATANG KE RUMAH AYAH BERSAMA CUCUNYA YANG BERNAMA HAMID. KETIKA ITU ARWAH ATOK LEBAI HANAFI TELAH MENINGGAL DUNIA. INI SATU LAGI SEDARA JAMBI DI KELANTANIAITU  USTAZ SAYUTI BERGAMBAR DENGAN ARWAH AYAH  RAMAI JEMAAH NASJID DATANG MENZIARAHI TOK AYAH.  DIKATAKAN TOK AYAH ADA PONDOKNYA SENDIRI DI KELANTAN.    HAMID, DI MANA KAU SEKARANG... KELUARGAA TOK AYAH DI SALOR PASIR MAS KELANTAN. SATU USAHA JEJAK KASIH PERLU DIBUAT SEBELUM HUBUNGAN SIL...

KG. TANJONG SEMBERONG: KUKAJI SEJARAH PANJANGMU

        Hamba lahir hampir 54 tahun dahulu di kampong ini. Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Pernah hamba duduk bersama nenek hamba yang keseorangan di sini. Beliau selalu bercerita tentang "akar" hamba sebagai orang Melayu Jambi. Kampung bersejarah ini hampir tenggelam dek arus kemodenan. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. Tanjong Semberong ini memang meriah dan happening. Yang tinggal kini cuma sejarah lama yang jika tidak dikaji juga akan hilang begitu sahaja. SEJARAH AWAL PENUBUHAN KAMPUNGKU Pada abad ke 17, hubungan Kerajaan Jambi dengan Kerajaan Johor penuh dengan perselisihan, pergolakan dan peperangan. Perang Jambi Johor berlangsung selama hampir 14 tahun ternyata telah membawa kepada kehancuran, kemunduran, dan penderitaan rakyat. Yang untung dalam perang Jambi-Johor adalah kaum penjajah iaitu Belanda, Inggeris, dan Portugis. Namun pada abad 19 hubungan Jambi-Johor dikatakan...

Ayahandaku askar British?

Ayahanda dua dari kiri bersama-sama Tuan British yg mencangkung di tengah. British memang baik dari segi PR dan rapport mereka.  Abdullah Munsyi memuji-muji mereka dalam bukunya, Hikayat ABDULLAH. Mereka menjajah Tanah Melayu selama hampir 200 tahun, melahap kayu balak, bijih timah dan hasil mahsul yang lain. Membawa masuk bangsa-bangsa lain secara besar-besaran.  Mencuri kitab dan buku-buku penulisan lama hingga tiada dpt di kesan kemana perginya. Menukar-nukar raja melayu sesuka hatinya.  membuka sekolah-sekolah convent.  tapi generasi ayahanda hamba tidak melihat British sebagai musuh.  Bijak sungguh mereka.  nasih baik kekalahan mereka kepada Jepun membuka mata rakyat tanah Melayu erti kemerdekaan. Bonda hamba bersama isteri-isteri askar Gurkha, Punjabi dan askar British di Kluang, Johor

Coretan Pengembara - Ayahandaku askar British

hj Ahmad Lebai Hanafi Ayahandaku yang berdarah perwira menjadi soldadu di usia remaja, sebagai corporal di Kem Tentera Jln. Mersing, Kluang.  Ceriteranya banyak kali bertempur dengan gerila komunis di kawasan Sagil, Kluang dan Segamat. Gajinya dibayar oleh British kerana ketika itu Tanah Melayu belum merdeka. Ayahandaku mempertahankan siapa? Tanah Melayu atau British? Pandai British dgn slogannya, "To conquered people, win their heart and mind." Askar seperti inilah zaman dahulu agaknya yang berperang menentang Dol Said, Mat Kilau, Dato Bahaman, Hj. Abd Limbong dan Tok Janggut. Namun Jasa ayahandaku ialah menghalang komunis menguasai Tanah Melayu.  Bukan mempertahankan kedaulatan negara yang masih terjajah.  Di umur yang muda dia masih tidak memahami permainan politik yang licik. Dan kerjaya itulah sahaja yg dapat memenuhi impian beliau untuk menjadi perwira. Ayahandaku sebelah kanan, ketika muda dan kacak

TEBO TULEN

Ninda Lebai Hanafi dan ninda hjh Fatimah bin hj. Ali bin Temenggong Abdul Rahman bersama dua anakandanya, hj. Ahmad dan Ucu Saleh.  Kedua ninda hamba memang dilahir, dibesarkan dan dikahwinkan di daerah Tebo. Malah ayahanda hamba juga dilahirkan di sana dan menyeberang selat Melaka di kala umurnya baru setahun. Ucu Saleh memang dilahirkan di Tanah Melayu. Demi mengikut suami tercinta hjh. Fatimah meninggalkan banyak tanah pusaka di sana. Kedua-dua ninda hamba dan ucu hamba telah bersemadi di Tanah Melayu ini. Al Fatihah untuk mereka. dari kanan: ninda lebai hanafi, ninda hjh fatimah, ucu, ayahanda ahmad

ajiemin tebo

sejak kecil lagi, emak akan berkata, "kena sabar" jgn ikutkan perangai tebo. perkataan yang tidak hamba fahami. namun pada tahun 2009, hamba berpeluang menjejakkan kaki ke kg tanah tumboh, Bungo, Jambi, Sumatera.Inilah tempat datuk hamba dilahirkan. Di daerah pertemuan sungai batang hari dan sg. tebo. Sg. batang hari sifatnya mengalir tenang dan sabar sedangkan sg tebo mengalir deras dan tergesa-gesa.  Maka fahamlah hamba makna perkataan tebo itu. ninda tersyang : Lebai Hj. Hanafi Tais & hjh Fatimah Hj Ali