Thursday 30 July 2015

Damsyik - Kutemui ketika kau masih tenang dan tenteram

Nostalgia ketika bermusafir ke Syria ketika zaman aman dan konflik masih belum meletus. Kota Damsyik yang bersejarah itu memang satu tempat indah untuk dikenang. Syria bukanlah negara yang kaya dengan hasil minyak. Kelihatan ketika itu agak miskin. Namun kehidupan di kota ini secara luarannya nampak tenang.
 Namun yang jelas gambar dua beranak Assad ini ada di mana-mana.
Bercadang untuk memandu ke Beirut tetapi suasana tidak aman, mungkin Beirut ketika itu sama keadaannya seperti Damsyik ketika ini.
Propaganda Bashir Assad, " I Believe in Syria." Namun api dalam sekam marak di dada rakyatnya yang merasa ditindas.
 
Ketika itu gelora di dada tidak melimpah keluar kerana ketakutan kepada sang penguasa.
Window shooping di bazar tua Hamidiah di Aleppo. Barang murah.
 
Melihat ragam rakyat Syria yang meriah dan ceria.  Diberitakan kawasan bazar tua ini telah musnah sama sekali akibat perang saudara.
Di belakang bazar ini terletaknya masjid Umawi.  Bekas gereja yang ditukar menjadi masjid ketika zaman Khalifah Umar Al Khatab.

 Masjid ini dikenali juga sebagai "Masjid Dua Kepala"kerana Nabi Yahya dan Saidina Hussin pernah dimakamkan di sini. Di menara putih di masjid inilah, Imam Ghazali telah menyiapkan tulisan agongnya, Ihya Ullumuddin.
Sejarah panjang masjid ini
Ruang yang luas dan bersih
 Ramai pengunjung yang datang
 Makam Nabi Yahya Wafat kerana di penggal lehernya.
 Makam Saidina Husin, yang dikatakan jasadnya pernah dimakamkan di sini. Yang kemudiannya di pindahkan ke Kaherah.
 
Diberitakan masjid ini juga rosak teruk dibedil dengan senjata berat. Hamba tak sampai hati melihat gambar masjid dan kawasan sekitarnya yang musnah menjadi puing-puing akibat bedilan dan kebakaran.  Biarlah minda hamba kekal mengenang kota Damsyik ketika zaman amannya dulu.
Damsyik, janjiku untuk kembali menghirup udaramu tidak kesampaian. Biarlah janji itu tinggal janji sahaja.

Wednesday 29 July 2015

Mekah - Tips mendaki Jabal Nur

Banyak kereta sewa atau teksi yang boleh hantar kita ke jabal Nur
Tetapkan Azam
Azam saya untuk mendaki Jabal Nur ini bermula bila saya mengerjakan haji tahun 2003.  Ketika itu umur saya baru 42 tahun. Dalam sesi lawatan di situ saya tanamkan azam, saya akan mendaki Jabal Nur ini satu hari nanti. Ketika itu dengan fizikal yang masih kuat, saya tidak ada peluang untuk mendakinya. Lagipun saya perlu menjaga kesihatan saya, sebab saya belum menyempurnakan ibadah haji lagi. Saya adalah antara jemaah haji yang datang awal dan pulang paling awal.

Dari tempat teksi kita perlu menaikki van sewa untuk ke kaki bukit.
Jangan Berputus Asa

Pada tahun 2009 saya mengerjakan umrah bersama ayah, ibu dan isteri saya. Ayah saya memerlukan kerusi roda untuk ke sana ke sini. Jadi saya tidak boleh berpisah dengan ayah saya.  Pada tahun 2009 ini, niat saya untuk mendaki Jabal Nur telah tertangguh sekali lagi.

Pemandangan semasa pendakian di waktu malam, jelas nampak clock tower Mekah
Yakin dengan rezeki Allah
Namun saya tetap yakin, insya Allah saya akan berjaya juga satu hari nanti. dari masa ke semasa saya selalu bertanya kepada mereka yang telah berjaya mendaki Jabal Nur ini, pengalaman dan strategi mereka untuk ke puncak.
Inilah Gua Hira' di puncak Jabal Nur.
Motivasi sentiasa tinggi
Banyak sumber motivasi untuk saya mengekalkan azam ini, antaranya bila saya membaca dan mendengar ceramah tentang pengorbanan, mujahaddah dan susah payah ketika Siti Khadijah mendaki Jabal Nur untuk menghantar makanan kepada Nabi. saya nak merasai setakat mana susah payah itu.

SEPANJANG PENDAKIAN ADA ORANG MOHON SEDEKAH. TERPULANG........ MALAM-MALAM NI RAMAI YANG DAH TIDOR.







PUNCAK KETINGGIAN JABAL NUR














KAT PUNCAK NI ADA GERAI JUAL MAKANAN RINGAN. MALAM-MALAM BUTA PUN MASIH BUKAK.





























SAMPAI KAT PUNCAK REHAT KEJAB DAN HAYATI PEMANDANGAN KE ARAH MASJIDIL HARAM















DARI PUNCAK KENA TURUN KEBAWAH LAGI UNTUK KE GUA HIRA'













DUA ORANG AJE BOLEH SOLAT


























LEPAS TU NAIK BALIK KE PUNCAK DAN HAYATI SEJARAH SILAM





























LEPAS TU TURUN DENGAN BERHATI-HATI.





Capacodia - Kutemui kehebatan tamadun yang terbina dalam tanah.















Sunday 26 July 2015

Mekah - Tips menziarahi Perkuburan Baqi'

 Jika mahu menziarahi Perkuburan Baqi':
1.  solat Subuh di masjid Nabawi.
2.  Solat di saf yang berdekatan saf depan
3.  Solat jenazah
4. Lepas itu turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
5. Jantina lelaki sahaja yang dibenarkan memasuki perkuburan Baqi'
6. Baca buku atau peta lokasi untuk menentukan di mana makam Isteri dan keluarga Nabi.
7. Ziarah juga makam Sahabat-sahabat Nabi.
8.  Hayati perjuangan dan sumbangan ahli Baqi' ini.
9.  Sumbangan yang sangat-sangat besar ini hanya ditandai oleh batu-batu kerikil yang tidak bernama.
10. Insaf diri dan alirkan air mata seikhlasnya.

 Masih gelap lagi








 Mengebumikan Jenazah seusai solat subuh
 Suasana ketika mentari menjelma







 Panduan menziarahi perkuburan