Skip to main content

Damsyik - Kutemui ketika kau masih tenang dan tenteram

Nostalgia ketika bermusafir ke Syria ketika zaman aman dan konflik masih belum meletus. Kota Damsyik yang bersejarah itu memang satu tempat indah untuk dikenang. Syria bukanlah negara yang kaya dengan hasil minyak. Kelihatan ketika itu agak miskin. Namun kehidupan di kota ini secara luarannya nampak tenang.
 Namun yang jelas gambar dua beranak Assad ini ada di mana-mana.
Bercadang untuk memandu ke Beirut tetapi suasana tidak aman, mungkin Beirut ketika itu sama keadaannya seperti Damsyik ketika ini.
Propaganda Bashir Assad, " I Believe in Syria." Namun api dalam sekam marak di dada rakyatnya yang merasa ditindas.
 
Ketika itu gelora di dada tidak melimpah keluar kerana ketakutan kepada sang penguasa.
Window shooping di bazar tua Hamidiah di Aleppo. Barang murah.
 
Melihat ragam rakyat Syria yang meriah dan ceria.  Diberitakan kawasan bazar tua ini telah musnah sama sekali akibat perang saudara.
Di belakang bazar ini terletaknya masjid Umawi.  Bekas gereja yang ditukar menjadi masjid ketika zaman Khalifah Umar Al Khatab.

 Masjid ini dikenali juga sebagai "Masjid Dua Kepala"kerana Nabi Yahya dan Saidina Hussin pernah dimakamkan di sini. Di menara putih di masjid inilah, Imam Ghazali telah menyiapkan tulisan agongnya, Ihya Ullumuddin.
Sejarah panjang masjid ini
Ruang yang luas dan bersih
 Ramai pengunjung yang datang
 Makam Nabi Yahya Wafat kerana di penggal lehernya.
 Makam Saidina Husin, yang dikatakan jasadnya pernah dimakamkan di sini. Yang kemudiannya di pindahkan ke Kaherah.
 
Diberitakan masjid ini juga rosak teruk dibedil dengan senjata berat. Hamba tak sampai hati melihat gambar masjid dan kawasan sekitarnya yang musnah menjadi puing-puing akibat bedilan dan kebakaran.  Biarlah minda hamba kekal mengenang kota Damsyik ketika zaman amannya dulu.
Damsyik, janjiku untuk kembali menghirup udaramu tidak kesampaian. Biarlah janji itu tinggal janji sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...