Friday 28 November 2014

Istanbul - Kuhayati sejarah Amirul Mukminin terakhir di batu nisannya.




Kompleks bangunan  kuburan diraja
            Selepas solat jamak qasar Zohor Asar di Masjid Agea Sophia, hamba menyusuri kota Istanbul mengikut gerak hati sambil menikmati pemandangan petang yang bersimpang siur dengan pelancung yang pelbagai.  Secara tidak sengaja hamba telah menemui sebuah bangunan bersejarah, iaitu kuburan Diraja Turki.  Di situlah aku baca kisah ringkas Sultan Abdul Hamid Kedua, khalifah kerajaan Uthmaniah yang terakhir.  Namun tulisan itu tidak cukup untuk memahamkan aku tentang sebab-sebab kerajaan Islam itu  boleh berkubur.

Kerajaan Uthmaniah merupakan sebuah Empayar Islam yang kuat selepas jatuhnya kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiah. Kemuncak kejayaan kerajaan ini ialah penaklukan kota Konstantinapol oleh sultan Muhammad al-Fatih pada tahun 1454M, kota tersebut kemudiannya dijadikan ibu kota kerajaan Uthmaniah dengan nama barunya Islambul. Kerajaan Uthmaniah bertahan selama 600 tahun dan  mempunyai sultan seramai 36 orang. 

Sultan Abdul Hamid Kedua telah dilahirkan pada hari Rabu, 21 September 1842.
Nama penuhnya adalah Abdul Hamid Khan Bin Abdul Majid Khan. Ia adalah putera dari Sultan Abdul Majid (dari isteri keduanya) Ibunya meninggal dunia ketika  baginda berusia 7 tahun. Ketika Abdul Majid ayahnya meninggal, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah. Sultan Abdul Aziz yang tidak lama berkuasa. Dia dipaksa keluar dari kekuasaan dan kemudian dibunuh oleh musuh-musuh politik Uthmaniah. Penggantinya adalah Sultan Murad, anak Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada kuasa dalam masa yang singkat kerana didapati tidak berkemampuan memerintah.  Pada 31 Ogos 1876 (1293H) Sultan Abdul Hamid dilantik menjadi Khalifah dengan disertai bai’ah oleh umat Islam.  Beliau berusia 34 tahun ketika itu.  Khalifah Abdul Hamid menyedari, bahawa ketika pembunuhan bapa saudaranya, dan juga perubahan kepimpinan yang cepat adalah merupakan satu konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Islam. 

       Peribadi Khalifah Abdul Hamid telah dikaji hebat oleh ahli sejarah. Beliau diberikan kepimpinan sebuah negara yang sangat besar yang ketika itu dalam keadaan tenat dan tegang.  Beliau menghabiskan lebih 30 tahun dengan konspirasi dalaman dan luaran, peperangan, revolusi dan perubahan yang tidak berhenti.  

Kejatuhan Khalifah Uthmaniyah tiba kemuncaknya apabila Sultan Abdul Hamid mengagalkan perancangan Yahudi untuk menduduki Tanah Palestin.Pada tahun 1901 banker Yahudi, Mizray Qrasow dan dua pemimpin berpengaruh Yahudi yang lain datang untuk melawat Sultan Abdul Hamid, mereka menawarkan untuk:
1) Membayar SEMUA hutang negara Uthmaniah.
2) Membangunkan Tentera Laut negara Uthmaniah.
3) 35 Juta Golden Leeras tanpa bunga untuk menunjang kemakmuran negara Uthmaniah.

Sebagai ganjaran untuk;
1) Membenarkan orang Yahudi untuk melawat Palestin pada bila-bila masa mereka         kehendaki, dan tinggal selama yang mereka inginkan "untuk melawat tempat-tempat suci."
2) Membenarkan orang Yahudi untuk membina penempatan tempat tinggal mereka, dan mereka mahu berada berhampiran Jerusalem (Baitulmuqaddis).

Sultan Abdul Hamid menolak tawaran itu malah enggan bertemu dengan mereka. Baginda menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha, dan ini jawapannya "Katakanlah kepada orang-orang Yahudi yang tidak bersopan bahawa hutang negara Uthmaniyah tidak memalukan, Perancis mempunyai hutang dan yang tidak ada kesannya. Baitulmuqaddis menjadi sebahagian dari tanah Islam ketika Umar Bin Alkhattab mengambil kota itu dan saya TIDAK akan memalukan sejarah Islam menjual tanah suci kepada Yahudi dan TIDAK akan mengkhianati tanggung jawab dan kepercayaan yang diberikan oleh orang-orang saya. Yahudi boleh simpan wang mereka, Uthmaniyah tidak akan bersembunyi di dalam istana yang dibina dengan wang musuh-musuh Islam." Dia juga menyuruh mereka pergi dan tidak akan kembali lagi untuk bertemu dengannya.
     Orang Yahudi tidak berputus asa, kemudiannya pada tahun yang sama, tahun 1901, pengasas Zionist, Theodor Hertzil melawat Istanbul dan cuba bertemu Sultan Abdul Hamid. Baginda telah menolak untuk bertemu dengannya dan ia memberitahu Ketua Majlis Menteri "Nasihatkan Hertzil supaya tidak lagi mengambil langkah lebih lanjut dalam projek itu. Aku tidak boleh memberikan segenggam tanah kerana tanah ini bukan milik saya, itu untuk semua Bangsa Islam. Orang Islam telah berjuang berjihad demi tanahini dan mereka telah disiramkan dengan darah mereka. Orang Yahudi boleh menyimpan wang mereka yang berjuta-juta itu. Jika Kerajaan Khalifah Islam suatu hari hancur kemudian mereka akan boleh mengambil Palestin tanpa sebarang harga Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih suka membenam pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dibahagi-bahagikan dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini adalah sesuatu yang tidak akan, aku tidak akan membiarkan memotong tubuh sendiri sementara kita masih hidup. "Selepas itu, orang2 Yahudi beralih kepada British untuk mengejar impian mereka supaya menjadi kenyataan. Dan akhirnya British sebagai super power dunia ketika itu dengan dibantu oleh Mustapha Attarturk telah menjalankan tipu muslihat untuk menjatuhkan Sultan Abdul Hamid dan Kerajaan Uthmaniah.

Al Fatihah untuk Amirul mukminin terakhir

Tuesday 25 November 2014

Puisi Kembara - Kelam di Sungai Rhine yang mengalir lesu

COLONGE
Lewat petang itu ku susuri Sungai Rhine
bebayang jembatannya semakin  kabur
di silau mentari yang lesu mahu terbenam

Sungai Rhine di kelam petang
Ku temui seorang separuh baya 
merenung kosong mereka yang melalui di depannya
sambil meneguk bir semahunya.
Kekadang dia menjerit penuh semangat
bersama anarkis Turkia yang terbuang
"Hidup sekular..Hidup Atarturk... Mati Erdogan"
Kesian terbuang di negara orang


Protes pelarian Turki sekular 
Sepetang di Colongne
  membangkit kenangan silam
bila tersua tugu Fuhrer tersergam
lambang pernah ada suasana kelam dan kejam



Tugu Fuhrer di dataran Colonge
Ku toleh kembali sungai Rhine
tiba-tiba tersirna rasa rindu yang mendalam
kepada keamanan dan kebebasan yang kukecapi
di bumi Malaysia


termenung melepas lelah sebelum meneruskan perjalanan ke Brussels

Monday 17 November 2014

"Gamal Nasir" yang kutemui di Beni Suef


Posing di jejantas ke stesen keretapi Beni Suef bersama Muhammad


Hamba mengenali si Muhammad Gamal Nasir ini semasa membentang kertas kerja di Universiti Minya Mesir. Minya adalah kawasan selatan Mesir, perjalanan menggunakan kereta mengambil masa hampir 8 jam dari Kaherah.  Ke mana hamba pergi dia mesti terpacul di situ.  Umurnya baru 22 tahun, masih ada 1 tahun lagi untuk menamatkan ijazah bidang perniagaan taninya.  Namun apa yang menarik, ketrampilan, konfiden, komunikasi dan kepimpinannya cukup menyerlah. Di umur yang muda itu dia boleh berkomunikasi dengan profesor dan pembentang kertas kerja dari pelbagai negara secara selamba.  Katanya dia nak meningkatkan kebolehan komunikasinya dalam bahasa Inggeris.
 Secara bersungguh-sungguh, Muhammad menjemput hamba menziarahi keluarganya di Beni Suef.  Tidak mahu menghampakan jemputan tersebut dan teruja untuk mendapatkan pengalaman tinggal dengan orang Arab Mesir, saya bersetuju untuk ke Beni Suef menggunakan keretapi.
 
Gamal Nasir yangku temui di rumahnya.
Perjalanan dari Minya ke Beni Suef lebih kurang 6 jam dengan keretapi. Bertolak jam 2 pagi dan sampai ke Beni Suef jam 8 pagi.  Ayah Muhammad yang bernama Gamal Nasir sedia menunggu di rumah dengan keluarganya, 3 anak lelaki dan seorang anak perempuan. Yang menariknya umur hamba dan Gamal Nasir sebaya, lahir tahun 1960.
meriah makanan Arab ni, masak sendiri
 Orang Arab memang sangat mesra dan melayan tetamu.  Macam-macam hidangan yang disediakannya.  
subur sungguh tanaman di Beni Suef, air Sungai Nil memang berjasa
Beni Suef, adalah bandar terpenting di daerah tengah Mesir.  Beni Suef adalah pusat pertanian yang berkembang dari kampung-kampung kecil menjadi satu daerah yang luas. Kawasan ini terkenal dengan kawasan pengeluaran kapas dan industri membuat permaidani.

Beni Suef terletak 115km ke selatan Kaherah. Tempat ini terkenal dengan Piramid Meidum dan Oasis Fayum. Oasis Fayum ini juga dikenali sebagai Tasik Qarun.  Hartawan Qarun yang hartanya diterbalikkan Allah dalam tanah dan jadi tasik.  Habis harta si Qarun jahanam itu menjadi harta karun.
turun ke dasar Piramid di Meidum bersama adik bungsu Muhammad


Monday 10 November 2014

Istanbul - Kutemui Ataturk keparat di Taman Istana Tokapi



Awal Jun sesuai untuk menikmati keindahan Istanbul
Ketika merayau-rayau menikmati keindahan kawasan taman Istana Tokapi yang luas ini, kedengaran laungan azan dari masjid berdekatan, hamba pun berjalanlah untuk mencari masjid tersebut. tanya sana tanya situ, akhirnya sampai penghujung taman dan mengadap selat Bosforus.  Tengok masjid jauh di luar sana.  Ertinya dalam taman ini tidak disediakan kemudahan masjid atau surau.  Oleh kerana hajat hati nak masuk ke Istani Tokapi @ muzium, aku pun cari tempat sesuai di bawah pokok, dan dirikan solat jamak & qasar, zohor asar. Malas nak tangguh-tangguh.  Lega dah selesaikan tugas.
Hari mulai petang, banyak masa terbuang di taman ini, kalau masuk istana Tokapi elok pagi-pagi, lebih tenang, tidak terburu-buru kerana banyak masa.  Baru boleh menikmati dan menghayati sejarah zaman keagungan kerajaan Ottoman.
Tiba-tiba terjumpa tugu Ataturk, si pemusnah kerajaan Islam Ottoman.  Ceh ... keparat punya manusia....  namun posing tetap posing tanda kenangan.

Ataturk merenung tajam para pengunjung taman

Ludhliana Slovenia: Kudakapi kau jam 1 pagi.

Posing di Ludhliana, Slovenia

Perjalanan dari SPLIT Crotia ke Ludhliana Slovenia agak jauh. Namun jalan cantik, lebuhraya yang baru siap dan tak banyak kenderaan.  Namun hujan lebat memaksa pemanduan jadi perlahan, sekitar 90kmj.  Kami bergerak dari Split jam 1.30pm, dan bayangkan kami hanya sampai ke Slovenia jam 1 pagi.  Ini termasuklah sesat jalan dan tersasar jauh kerana GPS penat dan penjaganya tertidur.  Kah..kah... Berhenti kat petrol pam dan tidur hingga pagi.  Kelakarnya tandas petrol pump tutup, jadi nak melepas sangat bermasalah.  Tentu sahaja ada jalan keluar yang kreatif yang tidak boleh diceritakan.  Jam 6 pagi tersedar dan bergerak ke petrol pump lain yg ada tandas utk cuci badan dan solat subuh.  Sarap roti dan serunding, Lepas tu ronda-ronda di kawasan old town .  Tak orang jalan masih pagi.  Tapi parking no problem.

Thursday 6 November 2014

"Aiman" yang kutemui di Sabiha Airport


Sampai di Sabiha Airport Istanbul jam 4.30pm. Kami buat keputusan, ikut plan asal. Cari MPV sewa dan terus bergerak ke bandar sempadan di Greece. Sebelum tu kena tukar duit dulu.  Yang paling mudah, cepat dan tak kena tipu ialah guna kad DEBIT, jolok aja kat ATM.  selesai, tapi sebelum ke over sea beritahu bank dulu, suruh lepaskan nak guna kad.  jangan cucuk guna Kad Kredit untuk keluarkan duit.  Rugi banyak....

Sabiha Airport Istanbul
Dalam merayau-merayau cari kereta sewa, datang seorang mamat melayu. Nama Aiman, asal Kelantan. Dia biasa ke Eropah Timur.  Macam-macam dia punya nasihat supaya batalkan sahaja hasrat untuk cross border samada naik bas atau kereta sewa. Banyak kerenah birokrasi dan tak selamat. Kebetulan kereta sewa Turki tak boleh melepasi border Eropah.  So ajak ikut dia , cari HOSTEL di kawasan BLUE MOSQUE. Awas ada setengah-setengah bilik hostel ini ada 15 katil dengan satu bilik mandi. Tidurlah ramai-ramai dengan pengembara budget yang pelbagai.

Hostel AYRASYA


   Awal pagi esoknya Aiman telah menunggu untuk menemani kami untuk menyusuri Selat Bosforus, makan ikan bakar dan melepak di Spice Bazzar. Malam itu janji untuk makan-makan dengan Aiman tapi dia tak muncul-muncul...... Terima kasih kawan, ......kawan sangkut....

Bersama "Aiman" ketika menjelajahi Selat Bosforus

Wednesday 5 November 2014

Rotterdam: Nostalgia Masjid Mevlana dan kes hilang passport

Pengalaman ini sukar dilupakan.  Kami tidur dalam Volkswagon Tauran yang kami sewa di Frankfurt, di dataran Mevlana Mosqee Rotterdam.



Masjid Mevlana Rotterdam yang cantik


 Kami bercadang untuk solat Jumaat di masjid ini.  Jadi ikut planning selepas solat Jumaat baru bertolak ke Amsterdam.  Lepas solat Subuh dan mandi di masjid ini, kami cari breakfast.  Masa nak bayar seorang rakan kami baru tersedar beg packnya telah hilang.  Pasport, duit, kad kredit, hand phone dan beberapa dokumen lain telah lesap.  Pening..... padahal rakan ini lah orang paling cermat, paling hati-hati dan paling berdisiplin. Itulah kita hanya boleh merancang, tapi Allah yang menentukan.  Passport hilang..  kes besar.....haru...
      Duduk bincang untuk atasi masalah kerana perjalanan baru hari kedua, baru tempuh Frankfurt, Colonge, Brussels dan Rotterdam.  Masih ada 13 hari lagi, nak round Belanda, Denmark, Norway, Sweden, balik Hamburg, Berlin dan terbang di Frankfurt.  Akhirnya buat keputusan begini:
1.  buat report kat balai polis rotterdam.
2.  Pergi ke Kedutaan Malaysia di Den Haaq atau The Haque.
3.  Alhamdulillah settle ......dapat passport sementara dan perjalanan dapat diteruskan.


Positifnya kami sampai ke Den Haag dan lihat sendiri Palace of Justice

Palace of Justice Den Haaq 


Sampai saat ini kami masih memikirkan bagaimana beg pack itu boleh hilang dan di mana. Ikut dokumen panggilan telefon, brussels tempat hilangnya.  Tapi masa bila..?


Tuesday 4 November 2014

Konjic Bosnia: Kes kena langgar dan lari

Kuburan Muslim di Kronjic
Semasa dalam perjalanan ke Mostar, MPV yang kami pandu telah tergesel dengan sebuah Mercedes. Salahnya Merc itu potong kami di lane slow ketika jalan berbukit. Oleh kerana kami fikir macam kat Malaysia, kami tinggalkan saja Merc itu dan tunggu di R&R di sempadan daerah sarajevo dan Kronjic. 20 minit punya tunggu, merc tu tak muncul, kami meneruskan perjalanan ke Mostar.  Tiba-tiba sampai kat bandar Kronjic, polis tahan kami dan bawa ke balai polis. Kes langgar lari.  Oleh kerana tempat kemalangan masih daerah sarajevo, kes itu akan di ambil alih oleh polis sarajevo.  Sementara tunggu polis tu datang, lawatlah kuburan muslim daerah Kronjic yang nesannya besar-besar dan tersusun rapi.

Akhirnya polis bawa kami ke tempat kemalangan. Rupa-rupanya Merc tu tunggu berjam kat tempat dia kena langgar. Dia call polis sarajevo. Polis sarajevo call polis Kronjic suruh tahan kami.  Efisyen betul polis diorang. Berkhidmat untuk rakyat, cepat dan telus.

Biasalah sesi bertengkar
 Akhirnya kena saman juga.  Euro 160. bayar on the spot. Nak dekat RM 800 jugak.  Itu pun kata polis saman minima kerana dia respect orang Malaysia.  Sama Islam. Kalau tak kes berat, langgar lari, apa jadi kalau ada kecederaan atau kematian.  Tak balik malaysia jawabnya.

Pemandangan cantik di Kronjic Bosnia

  Setelah penat bertelagah dan memikir kenapa begitu, kenapa begini, akhirnya perjalanan diteruskan.  Hati jadi jernih bila melihat keindahan lanskap ciptaan Allah. Masih terbayang air sungai yang kehijau-hijauan itu.

Monday 3 November 2014

Masjid Biru: Kuhayati keindahan dekorasimu

Dekorasi kubah di masjid Biru Istanbul


Seronok merenungi dekosari dalaman Masjid Biru Istanbul ini,  Sangat halus dan teliti.  Manusia juga mesti selalu merenungi diri dengan halus dan teliti. Kerana untuk mencari "cacat diri" sangat sukar kerana hanya orang yang berjiwa besar berani mengakui cacat dirinya.


Telah lama hamba tidak menulis.  Selalunya hamba menulis kerana untuk lebih memahami dan menghayati tempat-tempat yang memberi bekas di hati. Bukan untuk mencurahkan emosi, bukan untuk berkonflik dan bukan kerana nama. Jika ada perkara yang tersebut hamba mohon maaf.
       Tiba-tiba 10 muharam ini, ada desakan dalaman untuk menulis tentang nasihat baik yang hamba dengari.  Menulis apa sahaja yang hamba dengari, asalkan yang baik-baik....!  Catatan diri yang mungkin boleh dikongsi...

Bersama Zali, rakan yang selalunya setia mendengar apa saja.