Skip to main content

Istanbul - Kuhayati sejarah Amirul Mukminin terakhir di batu nisannya.




Kompleks bangunan  kuburan diraja
            Selepas solat jamak qasar Zohor Asar di Masjid Agea Sophia, hamba menyusuri kota Istanbul mengikut gerak hati sambil menikmati pemandangan petang yang bersimpang siur dengan pelancung yang pelbagai.  Secara tidak sengaja hamba telah menemui sebuah bangunan bersejarah, iaitu kuburan Diraja Turki.  Di situlah aku baca kisah ringkas Sultan Abdul Hamid Kedua, khalifah kerajaan Uthmaniah yang terakhir.  Namun tulisan itu tidak cukup untuk memahamkan aku tentang sebab-sebab kerajaan Islam itu  boleh berkubur.

Kerajaan Uthmaniah merupakan sebuah Empayar Islam yang kuat selepas jatuhnya kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiah. Kemuncak kejayaan kerajaan ini ialah penaklukan kota Konstantinapol oleh sultan Muhammad al-Fatih pada tahun 1454M, kota tersebut kemudiannya dijadikan ibu kota kerajaan Uthmaniah dengan nama barunya Islambul. Kerajaan Uthmaniah bertahan selama 600 tahun dan  mempunyai sultan seramai 36 orang. 

Sultan Abdul Hamid Kedua telah dilahirkan pada hari Rabu, 21 September 1842.
Nama penuhnya adalah Abdul Hamid Khan Bin Abdul Majid Khan. Ia adalah putera dari Sultan Abdul Majid (dari isteri keduanya) Ibunya meninggal dunia ketika  baginda berusia 7 tahun. Ketika Abdul Majid ayahnya meninggal, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah. Sultan Abdul Aziz yang tidak lama berkuasa. Dia dipaksa keluar dari kekuasaan dan kemudian dibunuh oleh musuh-musuh politik Uthmaniah. Penggantinya adalah Sultan Murad, anak Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada kuasa dalam masa yang singkat kerana didapati tidak berkemampuan memerintah.  Pada 31 Ogos 1876 (1293H) Sultan Abdul Hamid dilantik menjadi Khalifah dengan disertai bai’ah oleh umat Islam.  Beliau berusia 34 tahun ketika itu.  Khalifah Abdul Hamid menyedari, bahawa ketika pembunuhan bapa saudaranya, dan juga perubahan kepimpinan yang cepat adalah merupakan satu konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Islam. 

       Peribadi Khalifah Abdul Hamid telah dikaji hebat oleh ahli sejarah. Beliau diberikan kepimpinan sebuah negara yang sangat besar yang ketika itu dalam keadaan tenat dan tegang.  Beliau menghabiskan lebih 30 tahun dengan konspirasi dalaman dan luaran, peperangan, revolusi dan perubahan yang tidak berhenti.  

Kejatuhan Khalifah Uthmaniyah tiba kemuncaknya apabila Sultan Abdul Hamid mengagalkan perancangan Yahudi untuk menduduki Tanah Palestin.Pada tahun 1901 banker Yahudi, Mizray Qrasow dan dua pemimpin berpengaruh Yahudi yang lain datang untuk melawat Sultan Abdul Hamid, mereka menawarkan untuk:
1) Membayar SEMUA hutang negara Uthmaniah.
2) Membangunkan Tentera Laut negara Uthmaniah.
3) 35 Juta Golden Leeras tanpa bunga untuk menunjang kemakmuran negara Uthmaniah.

Sebagai ganjaran untuk;
1) Membenarkan orang Yahudi untuk melawat Palestin pada bila-bila masa mereka         kehendaki, dan tinggal selama yang mereka inginkan "untuk melawat tempat-tempat suci."
2) Membenarkan orang Yahudi untuk membina penempatan tempat tinggal mereka, dan mereka mahu berada berhampiran Jerusalem (Baitulmuqaddis).

Sultan Abdul Hamid menolak tawaran itu malah enggan bertemu dengan mereka. Baginda menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha, dan ini jawapannya "Katakanlah kepada orang-orang Yahudi yang tidak bersopan bahawa hutang negara Uthmaniyah tidak memalukan, Perancis mempunyai hutang dan yang tidak ada kesannya. Baitulmuqaddis menjadi sebahagian dari tanah Islam ketika Umar Bin Alkhattab mengambil kota itu dan saya TIDAK akan memalukan sejarah Islam menjual tanah suci kepada Yahudi dan TIDAK akan mengkhianati tanggung jawab dan kepercayaan yang diberikan oleh orang-orang saya. Yahudi boleh simpan wang mereka, Uthmaniyah tidak akan bersembunyi di dalam istana yang dibina dengan wang musuh-musuh Islam." Dia juga menyuruh mereka pergi dan tidak akan kembali lagi untuk bertemu dengannya.
     Orang Yahudi tidak berputus asa, kemudiannya pada tahun yang sama, tahun 1901, pengasas Zionist, Theodor Hertzil melawat Istanbul dan cuba bertemu Sultan Abdul Hamid. Baginda telah menolak untuk bertemu dengannya dan ia memberitahu Ketua Majlis Menteri "Nasihatkan Hertzil supaya tidak lagi mengambil langkah lebih lanjut dalam projek itu. Aku tidak boleh memberikan segenggam tanah kerana tanah ini bukan milik saya, itu untuk semua Bangsa Islam. Orang Islam telah berjuang berjihad demi tanahini dan mereka telah disiramkan dengan darah mereka. Orang Yahudi boleh menyimpan wang mereka yang berjuta-juta itu. Jika Kerajaan Khalifah Islam suatu hari hancur kemudian mereka akan boleh mengambil Palestin tanpa sebarang harga Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih suka membenam pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dibahagi-bahagikan dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini adalah sesuatu yang tidak akan, aku tidak akan membiarkan memotong tubuh sendiri sementara kita masih hidup. "Selepas itu, orang2 Yahudi beralih kepada British untuk mengejar impian mereka supaya menjadi kenyataan. Dan akhirnya British sebagai super power dunia ketika itu dengan dibantu oleh Mustapha Attarturk telah menjalankan tipu muslihat untuk menjatuhkan Sultan Abdul Hamid dan Kerajaan Uthmaniah.

Al Fatihah untuk Amirul mukminin terakhir

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...