Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Travelog Umrah

Jabal Nur: Lelah yang Mendidik, Syukur yang Menyentuh Jiwa

Malam itu, kota Mekah masih bernyawa. Lampu-lampu memancar seperti bintang yang jatuh ke bumi. Namun di hadapan kami, berdiri gagah sebuah bukit batu yang tidak pernah menjanjikan kesenangan — Jabal Nur. Aku memandang dua orang anak lelakiku. Nafas mereka masih teratur, wajah mereka masih penuh semangat. Mereka belum tahu, malam ini bukan sekadar mendaki. Malam ini adalah tentang mujahadah — tentang melawan diri sendiri. Langkah pertama terasa ringan. Anak-anak ketawa kecil, sesekali bertanya, “Ayah, jauh lagi ke?” Aku tersenyum. “Baru mula.” Tetapi Jabal Nur tidak pernah memanjakan pendaki. Jalannya berbatu, curam, tidak sekata. Setiap beberapa meter, kami berhenti. Nafas mula tercungap-cungap. Peluh membasahi dahi walaupun angin malam menyapa lembut. Di satu selekoh yang sempit, anakku duduk. “Penatlah, Ayah…” Aku duduk di sisinya. Dalam gelap, aku nampak wajahnya yang cuba menahan lelah. Di situ aku belajar — mujahadah bukan teori, ia rasa. Ia perit. Ia melawan suara dalam hati ...

Travelog Umrah (2009), menyantuni ayah yang usianya 79 tahun dan berkerusi roda

 

Kembara Umrah: Kulihat dari jauh tempat Nabi Ismail ingin dikorbankan

TEMPAT NABI IBRAHIM (AS) MENGORBANKAN NABI ISMAIL (AS)  Gambar kubah kecil dibawah adalah tempat di mana Nabi Ibrahim membaringkan anaknya Nabi Ismail untuk dikorbankan atas perintah Allah Azzawajalla.   Ia terletak dilereng sebuah bukit yang rendah di Mina, di tengah perjalanan antara Muzdalifah ke tempat lontar Jamrah.  NABI Ismail cukup terkenal dengan kisah penyembelihan agung. Pada setiap Hari Raya Aidiladha, peristiwa ini pasti meresap kembali dalam ingatan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bagi umat Islam yang berkemampuan mereka akan menyembelih haiwan ternakan sebagai korban bersempena dengan peristiwa penyembelihan Nabi Ismail. Peristiwa penyembelihan ini bermula apabila Nabi Ibrahim bermimpi bahawa Allah memerintahkan baginda untuk menyembelih anaknya. Nabi Ibrahim sungguh sedih dan terkejut. Sebelum ini pun Allah telah mengujinya dengan berbagai-bagai ujian dan cabaran. Ujian pertama yang diterimanya adalah setelah berkahwin dengan Sarah. Isterinya itu...