Skip to main content

Bermalam di rumah "Gamal Nasir" yang kutemui di Beni Suef


Posing di jejantas ke stesen keretapi Beni Suef bersama Muhammad

Hamba mengenali si Muhammad Gamal Nasir ini semasa membentang kertas kerja di Universiti Minya Mesir. Minya adalah kawasan selatan Mesir, perjalanan menggunakan kereta mengambil masa hampir 8 jam dari Kaherah.  Ke mana hamba pergi dia mesti terpacul di situ.  Umurnya baru 22 tahun, masih ada 1 tahun lagi untuk menamatkan ijazah bidang perniagaan taninya.  Namun apa yang menarik, ketrampilan, konfiden, komunikasi dan kepimpinannya cukup menyerlah. Di umur yang muda itu dia boleh berkomunikasi dengan profesor dan pembentang kertas kerja dari pelbagai negara secara selamba.  Katanya dia nak meningkatkan kebolehan komunikasinya dalam bahasa Inggeris.


 Secara bersungguh-sungguh, Muhammad menjemput hamba menziarahi keluarganya di Beni Suef.  Tidak mahu menghampakan jemputan tersebut dan teruja untuk mendapatkan pengalaman tinggal dengan orang Arab Mesir, saya bersetuju untuk ke Beni Suef menggunakan keretapi.
 
Gamal Nasir yangku temui di rumahnya.
Perjalanan dari Minya ke Beni Suef lebih kurang 6 jam dengan keretapi. Bertolak jam 2 pagi dan sampai ke Beni Suef jam 8 pagi.  Ayah Muhammad yang bernama Gamal Nasir sedia menunggu di rumah dengan keluarganya, 3 anak lelaki dan seorang anak perempuan. Yang menariknya umur hamba dan Gamal Nasir sebaya, lahir tahun 1960.
meriah makanan Arab ni, masak sendiri
 Orang Arab memang sangat mesra dan melayan tetamu.  Macam-macam hidangan yang disediakannya.  Mereka juga siapkan satu bilik untuk hamba tidur.


Tentulah seronok kerana ketika itu musim sejuk, dapat tempat tidur yang selesa.

subur sungguh tanaman di Beni Suef, air Sungai Nil memang berjasa

Beni Suef, adalah bandar terpenting di daerah tengah Mesir.  Beni Suef adalah pusat pertanian yang berkembang dari kampung-kampung kecil menjadi satu daerah yang luas. Kawasan ini terkenal dengan kawasan pengeluaran kapas dan industri membuat permaidani.


Beni Suef terletak 115km ke selatan Kaherah. Tempat ini terkenal dengan Piramid Meidum dan Oasis Fayum. Oasis Fayum ini juga dikenali sebagai Tasik Qarun.  Hartawan Qarun yang hartanya diterbalikkan Allah dalam tanah dan jadi tasik.  Habis harta si Qarun jahanam itu menjadi harta karun.



turun ke dasar Piramid di Meidum bersama adik bungsu Muhammad


Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...