Skip to main content

Terimalah diri seadanya...


Saintis yang kecundang 

Suatu hari, seorang saintis yang sedang membuat kajian tentang lautan 
telah meminta seorang nelayan tua untuk membawanya ke laut. Kebetulan nelayan tua itu seorang yang pendiam yang tidak 
banyak bertanya dan tidak akan menganggu kajian yang akan dibuat. 
Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; 
selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya 
saintis itu membuat kajian dengan tekun sekali. Nelayan tua itu 
mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, 
"Hmm. Hari nak hujan." 
"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata saintis itu. 
Nelayan tua itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. 
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah saintis itu menegur nelayan tua. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?  "Hampir seumur hidup saya." Jawab nelayan itu ringkas.
"Seumur hidup kamu?" Tanya saintis itu lagi. "Ya". 
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" 
Tanya saintis itu. Nelayan tua itu hanya menggelengkan kepalanya. 
Masih tidak berpuas hati, saintis itu bertanya lagi, "Kamu tahu 
geografi?" Nelayan tua itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, 
kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata saintis itu lagi, 
"Kamu tahu biologi?" Nelayan tua itu menggelengkan kepala. "Kasihan. 
Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Saintis itu 
masih lagi bertanya. Seperti tadi, nelayan tua itu hanya 
menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 
peratus dari usia kamu. 
Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan 
dengan mendayung sampan." Kata saintis itu dengan nada mengejek dan 
angkuh. Nelayan tua itu hanya berdiam diri. 
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja 
datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan 
terbalik. Saintis dan nelayan tua terpelanting. Sempat pula 
nelayan tua itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Saintis itu 
menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus 
nyawa kamu." Kata nelayan tua itu sambil berenang menuju ke pantai. 



Learning Point 
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya 
lebih berjaya dari kita. Adalah penting untuk
mengumpulkan ilmu dan yang lebih penting ilmu itu boleh digunakan. 












Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...