Skip to main content

Salzburg : Ku rindukan sungaimu yang lesu sepanjang hari


Kutemui Salzburg ketika matahari belum terbit. Aku hanya mampu memandang Sungai Salzach yang membelah kota lama (Altstadt) dan kota baru (Neustadt) Salzburg yang mengalir dengan tenang dan lesu menuju destinisinya.


Salzburg adalah sebuah wilayah Austria yang terletak di bahagian utara Banjaran Alps dan dekelilingi oleh dua gunung kecil iaitu Monchsberd dan Kapuzinerberg.


Salzburg berasal dari bahasa Jerman yang bermaksud kota garam.  Diceritakan kota ini dulu adalah penting untuk peniagaan garam di Eropah dan sungai Salzach inilah yang menjadi nadi perhubungannya.


Pada tahun 1997, UNESCO telah memasukkan Old Town ini ke dalam World Heritage Site dengan nama Historic Centre of the city of Salzburg.


Mentari baru muncul dan kelihatan manusia mula bangun dan bergerak menyusuri sungai lesu ini.  Mamat melayu ini masih bermenung dan merenung sungai ini, cantiknya kejadian ciptaan Allah ini.


Daun maple berguguran, mencetus ilham untuk berkarya. Seorang tua mengayuh spedanya, perlahan, lambat dan tenang sambil menyusuri Sg. Salzach yang tua, tenang dan lesu jua. Mungkin suasana seperti inilah Mozart dapat mencipta karya-karya muzik yang hebat.  Mozart lahir dan tinggal di kota ini.


Ketika suasana semakin cerah, Salzburg semakin meriah.  Nun seberang sungai itu adalah kawasan Neustadt atau new city.  Tempat mamat Melayu tu duduk ialah kawasan Altstadt atau old town.







Mentari semakin menghilang, senja mula menjelma.  Setelah penat berjalan aku kembali bersidai di tepian sungai ini.


Cuaca semakin sejuk, angin mula berhembus menjatuhkan daun-daun maple yang kekuningan. Aku masih lagi di situ.


Menghayati keindahan kota Salzburg di waktu malam.  Ketika cahaya mula bergemerlapan dan terbias oleh air sungai.



Memang cantik...........


Larut malam .... baru kutinggalkan Sg Salzach.....
kerana perjalanan aku masih jauh .....


Aku sukakan ketenangan kau tetapi aku pun seniman ...
aku hanyalah seorang musafir yang tidak boleh "lesu" dalam perjalanannya.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...