Skip to main content

Zawiyah Ghazaliyah - kau tetap anggun di puncak Masjid Umawi Damsyik


 Masjid Umawi di Damsyik Syria ini telah melalui sejarah yang panjang. Malah ada ulamak mengatakan di akhir zaman masjid ini akan menjadi tempat turunnya Nabi Isa ke bumi untuk memimpin umat Islam menentang dan membunuh Dajal. 


Selain itu masjid ini juga telah menjadi tempat Imam Ghazali beribadat dan menulis Kitab Ihya Ulumuddin yang terkenal itu.

Bilik tempat beribadah dan menulis Imam Ghazali di sudut belakang sebelah kanan masjid ini.
Berikut adalah sejarah pembinaan masjid ini:

Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) . Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut.


Ia didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”. 


Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki kota Damsyik mesti melalui tujuh pintu utama yaitu Bab Syarqi, Bab Jabiyah, Bab Kisani, Bab Shaghir, Bab Touma, Bab Janiq, Bab Faradis.(kesannya masih ada sehingga sekarang). Kekuasaan Islam sampai ke kota Damsyik pada tahun 14 Hijriyah (653 M). Ketika itu panglima Islam Khalid bin Walid memasuki kota Damsyik dari Bab Syarqi dan Amru bin Ash memasuki dari Bab Touma. Sementara pasukan Islam di bawah komando Sharbabil melalui Bab Faradis, Abu Ubaudah dari Bab Al-Jabiyah dan Yazid bin Abi Sofyan pula dari Bab Shaghir.

.

.Sejak Islam masuk ke Damaskus umat Islam dan Kristian bersepakat untuk membahagi tempat ibadah tersebut menjadi dua bahagian, sebelah timur Masjid dan sebelah barat Gereja. Mereka beribadah secara bersama-sama dalam suatu tempat yang hanya dipisahkan oleh dinding pemisah. Umat Islam mengumandangkan azan, sedangkan Kristian membunyikan lonceng. 


Keadaan ini berlaku kurang lebih 70 tahun iaitu sehingga tahun 705 M. Sehinggalah Khalifah Al Walid bin Abdul Malik berfikir untuk membangunkan sebuah Masjid yang megah sesuai dengan keperluan kaum Muslim dan pemerintahan Islam waktu itu. Berdasarkan hasil musyawarah antara kedua belah pihak (Islam dan Kristian) maka sebagai gantinya Khalifah mengizinkan dibangunkan gereja-geraja di daerah Bab Touma dan sekitarnya. 
 

Selepas itu sekitar 10 tahun berdirilah Masjid Umawi yang besar dan megah dengan ukuran panjang 150 m dan lebar 100 m. Di dalam masjid ini juga terdapat empat buah Mihrab (ruang imam) yang mana suatu ketika dahulu mereka bersembahyang mengikut mazhab masing-masing. 


Masjid Umawi ini juga dikenali sebagai masjid yang terdapatnya makam ada kepala tanpa jasad. Di sebelah timur masjid ini terdapat makam Nabi Yahya AS.


Dan terdapat juga makam Saidina Husein cucu Rasulullah juga tanpa jasad. Kepala Saidina Husien yang dipenggal di Karbala dikebumikan di masjid ini sebelum dipindahkan ke Masjid Saidina Husien di Kaherah Mesir.

 
Damsyik bakal menjadi ibu kepada segala peperangan!


Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...